Part 24

92.6K 4.1K 712
                                    

"Kemaskan baju kita." arahnya sebaik sahaja aku keluar daripada bilik air. "Nak buat apa?" siapa je tak pelik. Lepas je solat subuh, terus dia suruh aku kemaskan baju.

"Kita pergi kampung opah. Awak tak pernah pergi pun kan? Opah pun tak pernah jumpa awak." Airil pernah menceritakan tentang opahnya yang tinggal berseorangan di kampung. Tapi tak sampai habis pun.

"Okay."

KAMI dalam perjalanan ke kampung halaman opah yang terletak di kawasan pedalaman. Perjalanan dari kondo Airil ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sedang dalam perjalanan, aku terasa mual. Aku cuba untuk menahannya tetapi tidak tahan lama.

Kereta Amran juga ada mengikuti kami di belakang. Azri juga turut menumpang.

"Awak saya nak muntah."

Airil terus memperlahankan keretanya dan berhenti di tepi jalan. Aku meluru keluar dari kereta, terus ke longkang dan memuntahkan segalanya. Airil melutut di sebelahku sambil menggosok gosok belakang badanku. Aku diam sambil mengelap mulutku dengan tisu yang Airil berikan.

"Ril, kenapa?" soal Amran.

"Aisya muntah. Kau nak terus follow aku ke nak pergi dulu?" leherku diurut perlahan-lahan.

"Aku ikut kau la, aku mana kenal jalan. Azri pun tengah tidur tu." kata Amran. Airil mengangguk dan merenung lama wajahku.

Aku sudah terduduk di atas rumput. Tangannya mengangkat daguku. "Dah?" aku menganggukkan kepala. Aku cuba untuk berdiri, namun entah kenapa kakiku lemah semacam. Aku terjatuh semula lalu Airil memegang kedua bahuku.

"Am, kau drive kereta aku boleh? Aku rasa Aisya morning sickness lagi. Aku kena tengokkan dia selalu." Amran terus mengangguk tanpa banyak kata dan berjalan ke keretanya. Airil kembali memandangku.

"Jom masuk kereta." Airil membantu aku untuk bangun dan berjalan lalu kami masuk ke tempat duduk belakang manakala Amran di hadapan. Kereta dipandu semula dan terus ke atas jalan raya.

"Am, slowkan aircond." Amran akur.

"Minum air ni." aku minum air yang ditawarkannya. Badan Airil aku peluk erat, kepala dilentokkan di dadanya. Rasa mual aku masih lagi berbaki, namun aku tahan supaya tidak muntah lagi.

Aku sembamkan mukaku di dadanya. Bau wangian pada baju Airil serba sedikit menghilangkan sakitku. Airil mengangkat sedikit mukaku lalu disapukan sedikit minyak angin di hidung, kepala dan sekitar leherku bagi mengurangkan bau aircond kereta ini.

"Sayang tak boleh kena aircond ke?" aku menggeleng di dalam pelukannya. Setahu aku, aku belum pernah muntah apabila berada di dalam kereta dalam jangka masa yang lama. Malah, badan aku segar je. Tapi sekarang lain.

"Baby buat la tu." aku penat hendak memandang Airil. "Baby siapa?" soalku polos. Aku tak syak apa-apa masa ini kerana badanku yang terasa letih dan lesu membuatkan aku tak ada mood nak bercakap panjang.

"Baby kita mungkin."

"Awak jangan la main-main. Saya penat." terus aku memejamkan mata. Dapat aku dengari tawa halus Amran. Ada apa sebenarnya ni? Malas la nak ambik tahu baik tidur.

KAMI tiba di perkarangan rumah opah. Walaupun kawasan kampung, tapi rumah opah tidak seperti kebanyakan rumah kampung. Rumahnya lebih kepada rumah zaman moden.

"Sayang.." Airil mengerakkan bahuku sedikit untuk mengejutkanku. Aku mengonyoh mataku lalu selamba menyandarkan kepalaku di dada Airil. Pinggangnya aku masih peluk.

"Kita dah sampai ni, jom."

Airil menolak perlahan bahuku. Aku patuh dan aku mula meleraikan pelukanku. Airil mengusap kedua belah mataku yang masih separa sedar.

"Pening lagi tak?"

"Kurang."

"Opah takde kat rumah Ril, dia mesej aku suruh kita masuk dulu. Pintu tak berkunci." kata Azri dan berlalu pergi. Airil menarikku untuk keluar daripada kereta dan kami mula melangkah ke dalam rumah.

"Nak makan tak? Sayang belum makan kan, nanti muntah lagi."

Aku menggeleng.

"Saya takde selera." kataku sambil memerhati sekeliling ruang tamu ini. Gaya orang-orang lama. Cantik.

"No, kena makan jugak." paksanya dan terus menarikku ke dapur lalu memaksa aku untuk duduk. Dia mengambil tempat di sebelahku lalu nasi goreng yang sedia terhidang di atas meja dicedok.

"Awak tak mintak izin opah pun."

"Saya cucu kesayangan dia, opah tak marah." tungkasnya lalu menyuapkan nasi goreng itu terus ke dalam mulutku.

Setelah makan, Airil mengajak aku keluar melihat kawasan kampung ini pula dengan berjalan kaki. Katanya, kampung ni kecil sahaja jadi tak letih sangat bila berjalan.

Sedang aku berjalan, kami lalu di hadapan sebuah kedai kecil dan terdapat bangku panjang di luar kedai tersebut. Terdapat ramai anak remaja perempuan yang duduk di situ. Ada yang memakai tudung dan ada yang tidak memakai tudung.

Perempuan berbaju biru melambai-lambaikan tangannya kepada Airil. Airil balas dengan senyuman. Perempuan di sebelahnya pula tersenyum lebar dan Airil turut membalas senyumannya itu.

Perasaan cemburu aku mulai datang perlahan-lahan. Punya lah lebar senyuman dia dekat perempuan-perempuan tu. Hm!

Genggaman tangannya aku lepaskan kasar dan mula berjalan mendahuluinya. "Sayang! Tunggu la." dia mengejarku kemudian tanganku ditarik dan terus dia memeluk pinggang aku. Aku terkejut. Serius la, depan perempuan yang tengah lepak tu kot.

"Kenapa ni?" soalnya sambil menggeselkan hidungnya ke hidungku. "Takde apa. Saya nak balik sekarang." aku tidak memandangnya. Dapat aku rasakan bahawa muka aku dah cemberut sangat ni. Jeles punya pasal.

"Sayang.. Cakap, apa yang sayang cemburu." seperti dapat menebak fikiranku. Aku menunduk seketika.

"Awak tak pernah senyum dekat saya macam tu."

"Lagi?"

"Awak layan perempuan lain sedangkan saya ada dekat sebelah awak." mukaku panas.

"Lagi?"

"Saya sayang awak.." ungkapku perlahan. Tangannya menaikkan kedua tanganku di lehernya membuatkan aku memeluk lehernya. Pandangan orang lain dia tidak hiraukan, tapi aku yang tengah menahan malu sekarang ni.

"Awak.. Kita diperhatikan orang."

"Let them be. Saya tengah nak pujuk isteri saya yang kuat cengeng dan yang tengah merajuk ni. Lagipun, kita halal." ayatnya buat aku terpana. Dapat aku rasakan kasih sayangnya kepadaku.

"Cepat terasa, sensitif, kuat menangis, mudah merajuk, nakkan perhatian. Tu sifat awak sekarang, sayang. Saya terima sebab sekarang, ada dua orang yang saya akan sayang buat selamanya."

"Maksudnya apa?" Keningku bertaut. Masih tidak faham.

"Awak mengandung."

Aku membatu. Aku? Tapi, bila?

Aku terus memeluk Airil tanpa mempedulikan orang lain. Aku tak percaya, aku sangat tak percaya. Patut lah aku tak boleh nak kawal perasaan aku dan selalu memberontak bila tak cukup itu dan ini.

Aku menangis di dalam dakapan Airil. Di tepi jalan, tempat orang lalu lalang. Tapi aku tak peduli, aku gembira sedih teruja dan seangkatan dengannya.

Terima kasih ya Allah.






































































Maaf typo 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now