Aku merenung saja Airil yang sedang nyenyak tidur. Aku mengeluh kecil, aku tak boleh tidur laaa.
Airil bergerak sedikit merapatiku dengan matanya yang terpejam. Tangannya diletakkan di atas pinggangku lalu dia mendengkur kecil. Aku mendongak sedikit, lenanya dia tidur. Aku ni yang tak boleh tidur.
Huarghhhhhhhh.
Pinggangku ditarik oleh Airil membuatkan aku tersentak. "Tidur, sayang." katanya perlahan dengan suara seraknya. Okey, kenapa seksi sangat suara dia tu? K.
"Tak boleh tidur." jawabku sambil memerhatinya yang sedang menenyeh mata. Pelukannya pula dikemaskan lalu tangannya menepuk nepuk belakang badanku tanda sedang mendodoikanku. Aku menelan air liur apabila terpandang lehernya.
Uish, menguji betul.
Aku cuba untuk tidur tapi mata ini tetap tidak mahu tertutup. Jadi, aku hanya termenung memerhati leher..
Eh, memerhati wajah Airil yang sudah kembali terlena semula. Alahai sedap betul dia tidur ya.
Kesudahannya, aku tak boleh tidur sampai ke pagi. Hm.
Aku keluar dari bilik ingin ke dapur untuk memasak sarapan. Aku hanya buat nasi goreng saja, tak larat punya pasal sebab dari semalam tak tidur. Aku naik pula ke atas untuk tidur, baru sekarang rasa mengantuk.
Pintu bilik dibuka dan aku bertembung dengan Airil yang hanya mengenakan baju biasa. Aku memandangnya atas bawah.
"Awak tak kerja?" soalku lalu memberikan ruang kepadanya untuk keluar. "Tak." jawabnya sambil tersenyum. Aku mengangguk dan baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik, Airil memegang tanganku.
"Teman la suami awak nak breakfast ni." katanya lalu menarik tanganku tanpa mendengar jawapanku. Ya Allah, saya mengantuk ni. Terpaksa lah aku akur, nanti bantah kang dosa pulak.
"Teman main game pulak. Jom." sekali lagi tanganku ditarik olehnya ke ruang tamu. Aku duduk di sofa sambil bersandar memerhati Airil yang sedang sibuk menyiapkan alatan gamenya itu.
Sabar je lah.
Dia duduk di sebelahku. "Nak main sekali tak?" soalnya. Aku berpaling ke arahnya sambil menggeleng. Airil mengangguk dan mula bermain dengan permainan videonya itu.
"Awak, saya nak naik atas boleh tak?" tanyaku lembut lalu memegang tangannya. "Jangan la, teman saya main kejap." jawabnya tanpa memandangku. Aku mengeluh dan kembali menyandarkan badanku di sofa.
Aku merapatinya lalu kepalaku dilentokkan ke bahunya. Tangan kanannya aku peluk erat dan mata dipejam. Airil bergerak sedikit memandangku.
"Mengantuk? Semalam tak tidur ke?" aku geleng.
"Sekarang dah ngantuk?" aku angguk.
"Nak tidur?" aku angguk.
"Nak kiss?" aku angguk.
Eh, jap...
Aku geleng semula. Kedengaran tawa Airil di telingaku. Suka la tu gelakkan orang.
Remote dia letakkan di atas meja lalu duduk menghadapku. Aku mengangkat kepala memandangnya. "Sayang saya ni tak cukup tidur ya?" tuturnya sambil mengangkat daguku. Hidungnya digeselkan ke hidungku.
"Come." tanganku ditarik agar memeluk badannya. Kepalaku rehatkan di dadanya dan Airil turut memelukku. Remote diambil dan tv dibuka semula lalu dia menyambung semula permainan videonya tadi.
Ceh.
Lama kelamaan aku terlena sendiri di dalam dakapannya.
Lama setelah itu, terasa dahiku ditiup oleh seseorang, siapa lagi kalau bukan Airil. Perlahan-lahan aku membuka mataku lalu mendongak sedikit. Kelihatan Airil yang sedang memandangku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ma Sweet Mafia!
Aléatoire"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: ce...
