Part 29

85K 3.9K 1.3K
                                    

Pada malam itu, hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Aku duduk di tangga luar rumah, menunggu kepulangan suami tercinta. Sekarang dah hampir pukul 10, tapi bayangan keretanya belum lagi kelihatan.

"Aisya buat apa kat luar ni?" soal opah yang baru sahaja pulang dari surau. Bajunya sedikit basah terkena air hujan walaupun menggunakan payung.

"Aisya tunggu Airil." jawabku sambil memeluk lutut, sejuk. Opah naik tangga satu persatu lalu bahuku ditepuk. "Nanti dia balik lah tu. Jangan duduk luar ni lama sangat, tak elok malam-malam macam ni. Kejap lagi, kalau Airil tak balik jugak masuk dalam." pesannya. Aku mengangguk tanda mengerti akan nasihatnya itu.

Aku mengeluh kecil. Entah mana la dia ni pergi tak balik-balik. Tak ingat jalan ke rumah agaknyaa.

Aku bangun dari duduk dan terus naik ke dalam rumah. Kedengaran bunyi kereta di perkarangan rumah. Aku berpusing ke belakang. Amran?

"Mana Airil? Bukan dia pergi sekali dengan kau ke?" soalku. Amran menggaru kepalanya sambil melihat ke arahku.

"Er, Airil kat hospital. Jom kita pergi."

Membulat mataku apabila mendengarnya. Opah yang kebetulan keluar memandang Amran. "Hah, kamu aje Amran? Airil dengan abang dia tu kemana?" tanyanya. Sekali lagi Amran menggaru kepala.

"Airil kemalangan. Dia ada dekat hospital sekarang."

"Ya Allah! Dahtu dia macam mana sekarang?"

"Er.. Am.. Amran tak tahu. Jom lah kita ke hospital." ajaknya. Opah laju menarik tanganku masuk ke dalam kereta dengan muka risaunya. Eh eh, laki sape yang kemalangan sekarang ni opah?

Sampainya di sana, kami turun dan terus melangkah ke wad Airil berada. Kelihatan dari jauh Azri yang sedang nyenyak tidur di atas kerusi sambil berselimutkan sweater hitamnya.

"Azri, bangun." opah menggoyangkan bahunya. Azri mengesat matanya lalu menggeliat kecil. "Eh, opah buat apa kat sini? Am, aku kat mana ni?" tanyanya.

"Eh mangkuk, kita kat hospital la. Kan tadi Airil accident." wajah Amran merah menahan geram. Dijelingnya Azri dengan tajam.

"Eh ha ah lahhh. Lupa, hehe."

"Airil macam mana sekarang?" soalku. Amran dan Azri saling berpandangan antara satu sama lain lalu masing-masing mengangguk.

"Dia tengah dirawat."

Ceh. Aku ingat dah siap check dah apa semua. Bukan main lagi korang main mata pastu angguk. Macam Airil tu ada sakit parah jee. Aish, mintak dijauhkan.

"Isteri encik Airil boleh masuk ke dalam." arah seorang jururawat sebaik sahaja keluar dari bilik tersebut. Aku melangkah masuk perlahan-lahan merapati Airil yang sedang terbaring dengan matanya yang sudah pun terbuka. Dan juga terdapat balutan di bahagian kepalanya.

Aku duduk berdiri di sebelah katilnya tanpa berkata apa-apa. Airil nampak.. Sedang memikirkan sesuatu..

"Awak.." panggilku. Dia berpaling seketika ke arahku lalu memalingkan semula mukanya. Dia bangun lalu duduk bersandar di kepala katil kemudian memandangku semula.

"Kau.. Siapa?" soalnya. Aku terpana, terkesima, tergamam dan seangkatan dengannya.

"Awak tak kenal saya? Saya isteri awak." kataku lembut. Dia menggelengkan kepalanya sambil memandangku kosong. Mukanya, dingin.

"Panggil mummy, i need her. Not you." katanya sambil menunding jari telunjuknya ke arahku. Seolah-olah aku ini bukanlah sesiapa baginya. Aku pandang doktor yang baru sahaja masuk ke dalam bilik ini.

"Dia amnesia. Tapi, kebolehan untuk dia ingat balik. Erm, agak tinggi. Jadi, awak kena banyak ingatkan dia tetapi jangan terlalu memaksa. Nanti kang dia jadi gila.. Ehh, er maksud saya. Nanti fikiran dia bercelaru." matanya kerling ke arah Airil yang sedang tahan tawa.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now