Part 22

107K 4.3K 492
                                        

Keesokan harinya aku pulang seperti biasa ke kondo milik Airil. Beg yang berisi barangan aku diletakkan di atas sofa. Tanganku ditarik agar aku merapatinya.

"Saya kena pergi kerja."

Terus aku mencebik. "Alaa perlu ke?" soalan yang kurang bijak aku tanyakan. Airil senyum senget. "Perlu lah sayang, nanti daddy marah." kepalaku diusap lembut sebelum dia menapak semula ke keretanya.

Aku meraih tangannya lalu disalam sambil mulut yang muncung sedepa. Tak semena mena bibirku dicium olehnya. Tersentak aku dengan tindakan drastiknya.

"Jangan muncung sangat sayang, takut nanti penangan kat dia." bisiknya. Kening aku bertaut. Dia? Siapa? pelik. Apa yang Airil cuba sampaikan sebenarnya. Setelah itu, kereta Airil berjalan laju di jalan raya.

(readers tahu ni *smirk*)

SUDAH hampir masuk waktu malam, tetapi kelibat kereta Airil masih belum kedengaran mahupun kelihatan. Aku masih lagi menunggu kepulangannya di muka pintu. Akibat letih berdiri lama, aku duduk memeluk lutut di atas lantai terlebih dahulu.

Penat.

Selepas beberapa minit, lampu kereta Airil cerah terpancar di mukaku. Kedua tangan Airil dihulurkan dan aku menyambut kedua tangannya. Badanku terdorong ke depan sehingga aku terpeluk Airil. Hidungnya digeselkan ke hidungku.

"Kenapa duduk luar?" pinggangku dipeluk.

"Tunggu awak la. Kenapa balik lambat? Letih saya tunggu tau!" rajukku. Kepala disembamkam ke dadanya. Titew rindu laaa.

"Letih? Buat apa?" soalnya lagi. Aku mengangkat semula kepalaku lalu kedua tangan diangkat sama paras dengan dadanya.

"Saya masak tengah hari sebab ingat awak balik, tapi awak tak balik. Saya masak petang tadi, awak tak balik jugak." jariku ligat menghitung segala kerja yang aku lakukan untuk dia hari ini, namun tidak berjaya seperti yang dirancang.

"Saya penat tau. Pastu tadi tunggu awak balik, lenguh tau kaki saya." aduku seperti budak kecil yang sedang mengadu pada ayahnya.

"Okey saya janji lepasni saya balik awal ya sayang? Nak saya urutkan tak kaki tu?" matanya melihat kakiku.

"Tak payah la, awak kan penat. Saya mintak maaf." kepalaku tundukkan sambil menahan sebak. Benci! Emosi aku tak terkawal lagi.

"Look at me." daguku diangkat supaya aku memandangnya. Tubir mataku berair lagi. Airil senyum.

"Sensitif." katanya sambil mengelap air mataku sebaik sahaja ia jatuh. "Shh, jangan nangis-nangis. Nanti tak cantik." pujuknya. Kedua tanganku automatik naik menyeka air mataku.

"Saya nak pesan. Lain kali jangan tunggu kat luar macam ni, tunggu kat dalam je. Walaupun kawasan ni berpagar, tapi tetap bahaya." pesannya.

"Dan satu lagi, awak kena ingat. Awak isteri seorang mafia yang paling kacak dalam dunia tau. Jadi, berbangga lah. Hehe." sambungnya lagi. Aku memukul lembut bahunya. Airil mengunci keretanya dan menarikku masuk ke dalam rumah.

USAI makan lewat malam bersama, kami duduk bersahaja di ruang tamu. Airil sibuk menyusun segala kertas kerjanya di bawah manakala aku cuma menjadi pemerhati dari tadi. Aku tak tahu la apa nak buat. Nak tengok tv?

Aku tak berminat sangat la dengan cerita sekarang.

Aku turun dari sofa ke karpet berbulu di bawah. Aku merapati Airil lalu tangannya dipeluk dari tepi. Kepalaku jatuhkan di bahu kirinya. Airil kerling ke arahku.

"Sayang nak apa?" soalnya sambil tangan sibuk menyusun kertas.

"Nak perhatian awak." hembusku tanpa berlapik. Betul, aku nakkan perhatian daripada dia. Aku sunyi.

"Kejap tau, 5 minit."

"Lama."

"4 minit?"

"Lama sangat."

"3 minit?"

"Lagi lama."

"2 minit?"

"Oloo lama nya."

"1 minit?"

"No!" pelukan di tangannya aku leraikan dan mula menjauhkan diriku daripadanya. Airil menarik tanganku dengan tangan kirinya manakala tangannya yang satu lagi lincah mengalihkan segala kertas kerjanya itu ke tepi. Badanku ditarik ke dalam pelukannya.

"Okay, i'll give you an attention sayang. I'm sorry." aku membalas pelukannya. "Saya pun sorry, sebab ganggu awak." Airil mengangguk.

"So, kita nak buat apa ni?"

"Tu la saya nak attention awak. Saya tak tahu nak tengok cerita apa la, awak kan fasih bab-bab movie. Pasang la yang mana-mana." pintaku. Airil mengangguk kemudian dia bangun dan memasang sebuah cd lalu dia kembali duduk di sebelahku. Tv dibuka.

"Cerita apa ni?"

"Horror"

"Saya takut laa, tukar lah cerita lain awakkkk." suaraku meleret panjang. Tangan kanannya merangkul bahuku lalu jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan tanda tidak boleh.

"Tapi saya takut. Saya tak tipu, saya takut." kataku serius. Namun, wajah Airil hanya beriak selamba. "Saya hero awak sayang, tenang okey? I love you." dahiku dicium lama dan dia mula menyaksikan movie tersebut. Aku menutup muka.

Airil bergerak ke hadapan sedikit. Aku terasa seperti sound cerita ini menjadi semakin kuat. Aku angkat muka dan kelihatan Airil yang sedang tersengih. Tangan kirinya memegang remote. Oh rupanya dia yang buat ye.

Tanganku panjangkan untuk
mencapai remote tersebut namun gagal kerana ditahan oleh Airil. "Awak bagi lah saya, kuat sangat la." pintaku sehabis lembut. Airil menggeleng. Dia saja, nak kenakan aku sebenarnya.

"Jangan la sayang. Tak feel la kalau sound tak kuat nanti tak clear." katanya. Remote dilarikan jauh daripadanya lalu dia memelukku kemas. "Stay je kat sini, hero awak ada ni." ujarnya. Aku menyerah, lalu turut memeluknya.

"Awak.. Saya rasa mual la."

"Biase lah tu, tahan ya?" dahiku dicium. Matanya masih fokus menonton movie horror yang dipasangnya. Favourite mungkin, sampai tak berkelip!

"Awakk.."

"Hm?"

"Kepala saya pening." terus tangannya naik mengurut kepalaku. Terasa lega sekejap dengan urutan lembutnya di kepalaku. Sempat dia kerling ke arahku seketika dan terus fokus movienya semula.

Bertuah punya laki.

Bunyi sound effect horror yang kuat mengejutkan aku sampai terhinjut bahuku. "Awakk saya takut, tutup la." sangkaan aku bahawa dia akan perlahankan sound pada remote, tapi dia terlebih cerdik. Ditutupnya kedua telingaku.

"Awakkk.."

"Iyee, sayang nak apa lagi ni. Lapar pergi je dapur, ada apa-apa jerit." terus aku pukul perutnya kuat. Dia mengaduh kesakitan lalu terus memandangku, aku menarik muncung.

"Sampai hati tak layan saya kan? Cerita tu lagi penting dari saya kan?" pelukan aku lepaskan. Sakit hati!

"Okay saya tutup." remote diambil lalu tv ditutup. Tanganku ditarik lalu dia memelukku semula. "Sorry sayang. Awak nak apa ni sebenarnya? Bukan saya taknak layan awak la, tapi cerita tu best sangat sampai saya tak sedar awak ada."

"Jahat." sekali lagi aku memukulnya. "Okay okay saya gurau, now tell me. Sayang nak apa ni?" soalnya lembut. Matanya halus menikam anak mataku.

"Saya nak tidur dengan awak."

Airil senyum manis. "Maafkan saya tau." hidungku dicium lama. "Jom." lalu dia mengajakku naik ke dalam bilik. Sampainya di bilik, aku terus merebahkan diri di atas katil lalu terus memeluk Airil. Ubun-ubunku dicium sebelum dia melelapkan mata.

"Goodnight sayang." ungkapnya lalu kami terlelap bersama.
































































Maaf typo 🙆

HO HO HO. Amacam? 😝

Ma Sweet Mafia! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang