Part 10

128K 4.9K 211
                                    

"Mummy, petang nanti Airil balik rumah la kerja banyak. Nanti Airil datang sini lagi." kata Airil. Aku hanya mendengar sahaja perbualan anak beranak itu, tidak ingin masuk campur dalam perbicaraan mereka.  Sebenarnya, aku tiada selera nak makan. Jadi aku hanya menguis-nguis sahaja makanan tersebut.

Usai makan tengah hari bersama, aku naik ke bilik untuk rehatkan diri. Aku duduk di birai katil lalu melepaskan keluhan berat. Penat semacam je harini. Airil yang entah dari mana duduk melutut di hadapanku.

"Aku nak pergi main basketball ni, nak ikut?" soalnya. Aku menggeleng. Kini Airil melutut dengan kedua lututnya pula, cuba untuk memujukku. Tanganku diraih. "Jom la sayang, teman aku. Lepastu kita terus balik rumah." katanya cuba memujuk aku. Aku berbelah bagi, saya tak sedap badan la. Tapi apakan daya, awak pujuk saya dengan muka macamtu pun saya dah cair.

Erm.

"Okay." jawabku. Airil pantas memelukku dengan senyuman di bibir. "Thanks sayang. Bersiap cepat, aku nak mandi." katanya dan mula berjalan ke bilik air. Aku bangun dan mula mengemas apa yang patut. Setelah itu, aku turun ke bawah pula.

Aku mula duduk di atas sofa sambil memerhati sekeliling rumah Mummy. Cantik la rumah Mummy ni, pandai dia hiaskan rumah ni. Perabot-perabot semua disusun elok dan kemas sangat. Aku rasa habuk pun takde kat dalam rumah ni. Mummy such a wonderful woman.

Badanku sandarkan ke sofa lalu mata dipejam. Haih, penat.

"Jom." ajaknya. Airil yang lengkap berpakaian sukan bola keranjang itu aku pandang. Terdedah lengan sasa dia tu, halamakk aku cair lagiii.

"Mummy dengan Daddy?" soalku sambil mencari kelibat mereka. Airil menarik tangan aku ke muka pintu. "Mummy dengan Daddy ada kerja, diorang suruh kita balik dulu. Aku dah bagitahu, jangan risau." katanya sambil senyum ke arahku. Aku mengangguk dan mula memakai kasutku.

"Airil!" laung seseorang dari dalam rumah. Kami saling berpandangan. "You dah nak balik ke?" soalnya sambil memintal-mintal rambutnya dengan penuh kegedikan di mataku. "Ha ah." jawabnya sepatah dan mula  menarikku agar masuk ke dalam kereta dan kami mula bergerak. Aku nampak Mary bercakap sendiri di pintu.

Gila ke?

Aku hanya mendiamkan diri sambil memerhati pemandangan di luar cermin. Bantal spongebob aku peluk erat. Bantal busuk aku ni. Airil mengenggam tanganku lantas menyebabkan aku berpaling ke arahnya sambil mengangkat keningku.

"Kenapa ni? Diam je. Aku ada buat salah ke sayang?" soalnya. Aku bukan diam saja-saja, cuma aku tak tahu nak borak apa dengan dia. Lagipun, serius aku memang penat gila harini. Entah kerja apa yang aku buat sampai penat semacam, rasanya aku tak buat apa-apa pun. Aku makan tengah hari tadi tu je, lepastu Airil ajak balik.

"Tak, saya cuma penat je." kataku sambil memandangnya lama. Lama Airil memandangku sambil mengusap-usap lembut tanganku. "Nanti tak payah keluar lah, duduk je dalam kereta kalau penat." katanya. Aku mengangguk sahaja dan kembali memandang pemandangan di luar. Dalam tak sedar, aku sudah terlena akibat kepenatan.

Aku menenyeh mataku lalu membetulkan posisi tidurku. Aku mengalihkan pandangan ke luar kereta pula. Kelihatan Airil, Azri,Amran dan beberapa lagi orang lelaki sedang bermain bola keranjang. Aku pelik lah, ingatkan budak sekolah je main bola keranjang rupanya laki aku sendiri pun pandai main dan aku langsung tak tahu dia pandai main.

Heh.

Aku membuka pintu kereta dan berdiri di luar kereta sambil melihat mereka yang sedang bermain. Aku berpaling ke belakang apabila terasa seperti diriku sedang diperhati. Aku berpaling ke hadapan semula, hampir saja aku terjatuh ke belakang apabila melihat Airil yang berdiri rapat denganku. Airil menarik pinggangku dan membantuku untuk berdiri.

Cap diambil dalam dashboard kereta lalu dia memakaikannya di kepalaku. "Panas kat luar ni, duduk lah dalam kereta." pintanya lembut. Aku memandang langit, tak panas pun mendung je. "Tapi saya nak tengok awak main. Boleh laaa." suaraku meleret cuba untuk memujuknya. Lambat-lambat Airil mengangguk dan mula berlari masuk semula ke dalam gelanggang.

Aku mengambil beg galasku dan baru saja ingin menutup pintu kereta, mulutku tiba-tiba ditekup dengan kain. Aku meronta-ronta, nasib dia tak letak ubat dekat kain ni kalau tak dah pengsan aku dekat sini. Aku ingin memanggil Airil namun mulutku ditekup dengan kuat dan aku diheret ke belakang kereta. Badanku ditahan di kereta manakala penjahat ini di hadapanku.

Pisau kecil dikeluarkan dari poket seluarnya. "Bagi duit!" katanya. Pisau lipat itu diletakkan di leherku. Aku menggeleng tanda tiada duit denganku. Tetapi lelaki ini tetap berkeras mahukan duit dariku. Dia ni pekak ke apa, aku cakap takde kan memang takde. Takde masa aku nak tipu dia. Mulutku ditekup dengan lebih kuat membuatkan ku lemas.

"Woi!"

Airil menyepak lelaki tersebut sehingga dia terdorong ke tepi dengan kuat. Sayangnya, pisau yang dipegang olehnya terkena tanganku dan tertoreh sedikit dengan pisaunya apabila dia hendak terjatuh tadi. Lelaki itu pun melarikan diri.

"Kau tak apa-apa ke? Dia ada apa-apa kan kau? Dia buat apa dekat kau? Kau okay kan?" soal Airil bertalu talu. Tangan kiriku yang menutup tangan kananku yang tercedera aku alihkan. "Sakit." aduku. Airil pantas menarik tanganku masuk ke dalam kereta. Pintu kereta di tutup dan dia mula menuju semula ke gelanggang dan bercakap dengan Azri dan Amran.

Kemudian Airil berjalan semula masuk ke dalam kereta. "Sini, tangan." arahnya. Tanganku hulurkan perlahan-lahan kepadanya dan dia mula merawat lukaku. Aku hanya setia memerhatinya yang amat tekun mengubati tanganku. Sakit memang sakit sebab kaso sangat cara dia ni. Aku tau la lelaki.

"Awak, gentle la sikit." pintaku. Dia hanya membalas dengan 'hm'  sahaja. Aik? Marah dekat aku ke?

Setelah siap dibalut dia mula menghidupkan enjin kereta dan mula memandu laju di atas jalan raya. Malam, baru kami sampai di rumah. Airil membuka pintu belakang untuk mengambil beg pakaian dan mula masuk ke rumah tanpa memandang aku yang terpinga-pinga. Mukanya berubah dingin yang amat setelah kejadian itu berlaku.

Salah aku ke?











































Maaf typo. 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now