Part 13

115K 4.9K 886
                                    

Aku merapati Airil yang sedang memasak sarapan di dapur. Aku memeluk belakang badannya lalu melentokkan kepala padanya.

"Pergi la duduk sana dulu, nanti dah siap aku panggil kau." katanya. Aku menggeleng kepala. "Taknak, nak teman awak." kataku manja dan penuh dengan kegedikan. Alah, at least aku tak gedik cam Mary.

Eh.

Airil memusingkan badannya menghadapku lalu dicium dahiku untuk seketika. "Tak jadi pergi kerja lah." katanya sambil tersengih padaku. Aku memukul perlahan lengannya.

"Ee mengada."

Dia sengih lagi. Aku membetulkan tali leher di lehernya seperti tidak siap itu. "Hehe, thanks sayang." katanya lalu mencium dahiku sekali lagi. Aku mengangguk sambil membetulkan pula kot di badannya.

"Aku ada benda nak bagitahu kau ni."

"Apa?"

"Nanti Mary datang sini.."

Muka aku terus berubah apabila mendengar nama perempuan yang lebih gedik daripada aku tu. Tapi aku cuba untuk mengawalnya dan terus mendengar penjelasan daripada Airil.

"Kitaorang akan buat projek bersama, Daddy yang arahkan. Tapi tak lama, seminggu je. Okay?" soalnya lalu memandangku lama.

"Okay." jawabku acuh tak acuh. Airil menarik pinggangku ke dalam pelukannya, lalu hidungnya digeselkan ke hidungku. Dia hanya merenungku tanpa berkata apa-apa. Aku pula cuba beriak biasa.

"Jangan la merajuk. Nanti kita lunch sesama tau?" ajaknya sambil mencium dahiku lalu mula melangkah ke pintu. Senyuman dihadiahkan buatku. Tangannya aku raih dan salam.

Mary yang memang sudah berada di luar itu aku kerling. Suka la tu boleh menggatal dengan laki aku.

Airil dah pergi kerja, aku pulak nak buat apa?

Haih. Tido lu.

Aku terjaga daripada tidur dalam pukul 11:30. Cepat-cepat aku menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mula melangkah laju turun ke dapur. Segala barang keperluan memasak aku ambil.

Sepenuh perhatian aku tumpukan ketika memasak tanpa menoleh kiri dan kanan. Garam dimasukkan secukup rasa, gula dicampak begitu sahaja dan lauk digaul dengan penuh ayu sekali.

Pergh, mesti sedap nih!

Telefon di atas meja berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku mengelap tanganku menggunakan kain yang tergantung di pinggangku bagi memudahkan kerjaku ketika memasak. Telefon aku ambil dan buka chat daripada Airil.

'Takyah masak lah, saya tak balik.'

Dush!

Apakah ini? Aku rasa nak menangis, meraung meroyan dan seangkatan dengannya. Weii aku punya lah sanggup bangun tidur walaupun masih ngantuk, tapi aku gagahkan jugak bangun sebab nak masak untuk dia.

Aku punya berlari turun ke dapur kalah usain bolt, dia boleh kata...

'Takyah masak."

Arghhh!

Api dapur aku tutup dan tudung periuk aku ambil lalu menutup lauk tersebut. Aku naik ke atas dengan perasaan yang agak bercampur baur sekali. Sape je tak marah bila kau dah kasi effort seratus peratus hanya untuk dia. Tapi balasan dia tak seperti yang kau harapkan.

Sakit babe.

Aku tak kira aku nak merajuk gak. Biar dia pujuk aku semanis gula, nisan, susu, nestum sekalipun, takmo layan!

Aku buat keputusan untuk selubung di dalam selimut sampai ke malam. Sebelum itu, aku menunaikan solat zohor dahulu untuk menenangkan hati yang sedang marah ini. Kemudian aku kembali selubung di dalam selimut.

Luar tu hujan, elok sangat lah aku spend time dengan katil. Masuk waktu asar aku bangun untuk solat, then sambung tidur balik.

Indahnya dunia.

Setelah sekian lama tidur dengan amannya tanpa gangguan, aku menggeliat sedikit. Tanganku terlanggar badan seseorang, terus aku berpaling ke arah bertentangan dengannya. Siapa lagi kalau bukan Airil.

"Sayang, nape pandang sana?" soalnya lembut. Ah! Jangan cair, biar dia cakap lagi aku nak dengar sebab aku suka dengar.

Eh? Erm.

"Saja." jawabku acuh tak acuh. Terasa bahuku ditarik olehnya dari belakang, aku memandangnya lalu mengangkat kening. "Awak tak solat lagi kan? Pergi solat dulu." arahnya lembut. Aku lambat-lambat mengangguk dan mula bangun lalu duduk bersila.

Ya Allah, kenapa dia begitu menggoda aku ni? Kenapa aku jadi makin gedik dengan laki aku sendiri ni? Aku dah tergilakan suami aku sendiri ke? Ahh tidakkk.

"Cepat, maghrib dah nak habis ni. Nak kena angkat ke?" celahnya. Aku segera bangun dan menuju ke bilik air. Sewaktu aku keluar, Airil sudah tiada di atas katil. Aku memandang jam di dinding, tanpa berlengah lagi aku terus menunaikan solat maghrib.

Baru saja aku ingin bangun, Airil yang entah dari mana menahan bahuku dan aku terduduk semula. Aku mendongak memandangnya. "Kita solat isyak sama-sama." katanya dan mula menghamparkan sejadahnya di hadapanku dan kami bersedia untuk menunaikan solat isyak.

Aku menyentuh dadaku. Nak merajuk lagi ke tak ni? Aduhh aku dalam dilema. Tanpa banyak bicara kami mula menunaikan solat bersama.

Selesai sahaja melipat telekungku, Airil berjalan merapatiku dan berdiri lama dihadapanku. "Sedap lauk tu." katanya sambil tersenyum manis kepadaku. Rambutku dikuak ke belakang olehnya, mata kami bertembung.

"Er, okay." baru sahaja aku ingin berjalan melepasinya, tangannya menarik kuat tanganku. Aku tersandar pada dinding manakala dia menahan tangannya di dinding. Dia nak buat drama korea ke china sekarang ni?

"Kenapa sayang makin cantik ni?" ungkapnya. Allahu, mengucap wahai hati. Aku kan tengah merajuk ni, ya merajuk!

"Tak tahu. Tepi la, saya nak tidur." oh Aisya, lapuk sekali alasanmu. Tadi pun kau dah tidur lama mana wei. Aku pandang Airil yang tengah tersenyum sinis.

"Mana boleh lari daripada Airil macam tu je. Kena ada upah." katanya lalu menjongket keningnya. Mukanya dirapatkan ke mukaku.

"Nak kiss boleh? Rindu laaa." katanya dengan penuh kecomelan. ya Allah, mengadanya. Laki sape ni?!

"Ee taknak."

"Nak la."

"Tak. Nak."

"Nak."

"Suruh Mary cium awak!"

Airil memandangku. Aku mula bermasam muka, sakit pulak hati kita bila ingat balik dia chat aku tadi. Tapi, Airil kata lauk aku sedap kan? Bermakna dia makan kan?

Kan kan? Hm.

"Mary? Sayang bagi green light ke ni? Jap saya call Mary." katanya dan mula menjatuhkan tangannya. Aku menarik tangannya dan Airil kembali menghadapku. Aku mencebik lalu melangkah perlahan merapatinya lalu memeluk pinggangnya. Kepalaku sembamkan di dadanya dan aku mula menangis.

Apesal aku touching sangatt niiiii!

Airil membalas pelukanku. "Kenapa ni? Okay, I'm sorry." dia mengusap-ngusap kepalaku dan juga belakang badanku.

"Awak jahat!" kataku yang sedang tersedu sedu mengalirkan air mata. "Mind to tell me sayang?" tanyanya. Aku cuba untuk berhenti melayan perasaan untuk seketika.

"Aw.. Awak tak cakap awal-awal pun yang awak tak boleh nak lunch sesama. Mesti awak makan dengan Mary kan? Haa, cakap bebetul. Saya benci awak kalau awak tipu." air mata yang gugur aku usap kasar.

"Apa sayang merepek ni? Kenapa saya nak lunch dengan Mary sedangkan ada Amran dan Azri?" soalnya lalu mengusap air mata di pipiku dengan kedua tangannya. Airil ketawa melihatku. Ya, memang muka aku ni dah macam belacan.

"Tak baik tipu." kataku.

"Saya tak tipu."

"Betul?"

"Betul."

Airil memeluk pinggangku. "Isteri saya cengeng rupanya. I love you sayang, only you. Okay?"

Aku mengangguk. "Jom, kita tidur." ajaknya. Aku mengangguk dan mula berbaring di katil. Terubat sikit hati aku ni. Tapi aku tak mengantuk dah?

Hikss.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now