Esoknya aku bangun awal untuk bantu Mummy di dapur. Walaupun agak mengantuk sebab semalam tidur lewat, terpaksalah aku bangun awal jugak nanti apa pulak kata mummy.
Fikiranku mula teringatkan Mary. Aku terkejut gila dia boleh join kitaorang awal pagi macam tu. Dia buat apa ek tak tidur lagi?
"Aisya, pergi la kejutkan Airil biar mummy kacau lauk ni dulu." kata mummy dan mengambil senduk di tanganku. Aku mengangguk dan mula berjalan menaiki tangga. Aku terserempak dengan Mary di tangga. Aku memandangnya, dia seperti tergesa-gesa.
"Nak pergi mana?" soalku bersahaja. Kang tak tegur kata aku sombong pulak. "Jumpa orang sekejap." katanya dan mula laju menuruni ank tangga. Kemudian, dia berpaling semula ke arahku. "Harini tak jadi pergi mall kot, aku ada kerja." katanya dan berlalu pergi.
Aku kembali menaiki tangga ke bilik. Aku merapati Airil yang sedang nyenyak tidur tanpa memakai baju itu. Otakku teringat akan peristiwa semalam di mana aku dah pun jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Bila ingat balik rasa cam,
hiks.
Bahunya aku tepuk perlahan. "Awak bangun la, dah lewat ni." Airil menggerakkan sedikit badannya lalu matanya digosok gosok. "Awal bangun? Sini." soalnya lalu menarik badanku agar baring di sebelahnya.
Aku akur sahaja dan lama memandangnya yang masih lagi separa sedar. Tangannya diletakkan di atas pinggangku.
"Kata nak pergi mall?" tanya Airil. Aku mendongakkan kepala. "Dia kata tak jadi, tadi dia tergesa-gesa sangat." jawabku. Mata Airil automatik terbuka luas lalu tersenyum senget.
"Terima kasih sayang." kata Airil lalu mencium lama dahiku. Aku cuba mengawal riak malu dan menolak dadanya.
"Bangun la, Mummy tunggu dekat bawah." kataku. Namun Airil masih mendiamkan diri dan melihat mataku lama. Aku menarik hidungnya kuat. "Aduh, jangan la." bentaknya. Aku ketawa kecil. Siapa suruh liat sangat nak bangun.
Ada gam ke dekat bawah badan tu?
"Awak kena pergi kerja la, nanti lambat." aku mencubit kedua pipinya. Airil mengalihkan tanganku. "Sayang, jangan la. Nanti tak keluar kita dari sini. Nak repeat ke cane?" katanya selamba. Aku memukul dadanya.
"Tengok tu, suka main-main. Cepat la nanti daddy marah." arahku lagi.
Penat deh nak arah dia ni.
"He's my dad, I'm his son and also boss to be. Don't worry sayang." katanya lalu mengemaskan pelukan di pinggangku. Aku hanya membiarkan saja dan memerhati kelakuannya. Kepalaku mula memikirkan Mary. Jujur, memang aku tak senang dengan kehadirannya.
Entah.
"Aisya! Airil dah siap ke belum, daddy dah tunggu dekat office tu!" laung mummy dari bawah. "Pergi la, liatnya." aku menolak bahunya namun dia tidak berganjak dari tempatnya. "Nak kiss dulu. Cepat." katanya sambil menunjukkan bibirnya. Aku menggeleng dan pantas bangun keluar dari bilik.
Semua tiada di rumah, masing-masing ada kerja dan tinggal lah aku sorang dekat dalam rumah ni. Sekarang, aku tak tahu nak buat apa. Aku bangun dan mula menuju ke ruang tamu, badan aku baringkan di sofa. Bosannya apa aku nak buat ni. Nak keluar? Takde kawan, kawan semua tengah kerja. Aku je tak, erm.
Aku hanya mengenakan singlet hitam dan seluar panjang. Dah takde orang, bebas la sikit ke sana sini. Aku bangun lalu menuju ke dapur, aku duduk di kerusi meja makan sambil menongkat dagu. Mummy arahkan aku yang masak tengah hari, tapi sekarang pun aku tak tahu nak masak apa ni. Getah rambutku ambil dan rambut diikat kemas.
Lauk di dalam peti aku ambil dan keluarkan semua. Ayam adalah bahan utama dan sekarang aku nak buat apa dengan ayam ni ek? Tiba-tiba satu tangan melingkar di pinggangku, pantas aku berpaling ke belakang.
"Airil? Awalnya balik." biasa dia akan balik pukul 2 atau pukul 5 petang. "Tak suka ke aku balik awal?" soalnya sambil melonggarkan tali lehernya. "Mana ada." kataku dan mencebik. Airil mengangkat mukaku dan mencium lembut bibirku lalu dia tersenyum nipis. Tangannya mengusap lembut kedua wajahku. Matanya bertentangan lama dengan mataku.
"Mummy takde?" tanyanya sambil menarik pinggangku ke dalam pelukannya. Airil mengangkat badanku ke atas meja lalu memeluk pinggangku. Tangannya meraih kedua tanganku dan diletakkan di atas bahunya. Aku hanya akur. Hidungnya mula bersentuhan dengan hidungku lalu menjauhkan sedikit mukanya ke mukaku.
"Tak." jawabku sepatah dan bertindak memeluknya erat. "Nak goda aku ke ni?" soalnya. Aku menggeleng dan mengemaskan pelukanku. "Saya tak tahu nak masak apa la." kataku. Airil menolak bahuku, aku melepaskan pelukan lalu memandangnya. Airil ketawa. Apa yang lawaknya?
"Sayang, perlu ke fikir panjang nak masak apa?" aku menggeleng. Airil mengusap lembut kepalaku. "Biar aku masak harini, dah pergi main jauh-jauh." kata Airil. Aku mendongak memandangnya. "Awak masak?" soalku tak percaya. Dia mana pernah masak selama ni. Airil mengangguk memandangku.
Apron dihulur kepadaku. Aku capainya dan memakaikannya di kepala Airil lalu menarik bahunya agar merapatiku untuk mengikat tali apron tersebut. Airil memeluk pinggangku lalu dahiku dicium lembut. "Pergi duduk sana." arahnya lembut. "Taknak, nak tolong awak." bantahku. Kaki digoyang-goyangkan. Airil tersenyum manis dan mengangguk.
"Er, saya nak naik atas kejap nak pakai baju." pintaku. Airil mengangkat kening. "Sekarang ni tak pakai baju ke sayang?" tanyanya selamba. Aku memukul lengannya.
"Baju ni tak sesuai. Kejap tau." kataku dan turun dari meja tersebut. Baru sahaja aku ingin melangkah, kedengaran suara Amran dan Azri seperti menuju ke dapur. Aku pandang Airil.
Airil mengambil coat yang dibuang tadi lalu memakaikannya di badanku. Tangannya laju membutangkan butang baju itu.
"Ha buat apa tuuu?" soal Amran lalu merapati kami. "Jangan sibuk pasal rumahtangga orang. Dah, pergi naik." suruh Airil. Aku mengangguk dan pantas berlalu ke tangga untuk naik ke bilik.
Usai menukar baju aku turun semula ke dapur. Di ruang tamu kelihatan Mary dan seorang lelaki di sebelahnya. "Aisya sini kejap." laung Mary. Baru saja aku ingin ke arahnya, tanganku ditarik oleh Airil. Amran dan Azri pula berada di belakangnya. Dah kenapa semua orang ni? Aku berpaling ke arah Airil semula.
"Kata nak tolong aku kan? Pergi dapur." arahnya. Aku mengangguk sahaja dan mula berjalan ke dapur. Sempat aku kerling ke arah Mary dengan mukanya yang sedikit cemberut itu.
Aku mula mengacau lauk yang dimasak oleh Airil dan mencedok sedikit kuahnya. Uish, sedap. Aku ingin merasanya sekali lagi, namun senduk aku diambil oleh seseorang.
"Mary? Kau buat apa ni." tanyaku geram. Siapa je suka orang tarik dia punya barang, aku baru nak rasa masakan suami aku tu. Mary menyilangkan tangannya sambil memandangku. "For your information, I'm married. But, I want Airil. And one more thing, I am not lesbian." katanya lalu tersenyum sinis dan mula menghilangkan diri.
Euww ada aku kesah ke? Penting sangat ke kau dalam hidup aku sampai perlu bagitahu semua pasal kau dekat aku. Kau sape?
Erghh.
"Dah kenapa?" tanya Airil yang sudahpun berdiri di hadapanku. Aku menggeleng. Senduk diletakkan semula di dalam periuk dan aku kembali memandang Airil. "Awak nak apa-apa ke?" soalku sambil bermain dengan tanganku. Airil merapatiku sambil tersenyum. Ha, adela tu benda dia nak buat dekat aku tu.
"Petang ni kita kena balik rumah la, nak siapkan kerja yang banyak tak siap. Nanti kita datang rumah mummy lagi, awak tak kisah kan?" terangnya. Wow, aku agak terkejut dengan penggunaan ayat dia tu dekat aku. Aku kena faham dia, he try slow-slow untuk berubah.
Sokay husband, practice makes perfect!
Aku mengangguk sambil mengukir senyuman paling manis untuknya. Sebab dia dah tambat hati kitaa.
Aaaaaa
K.
Maaf typo. 🙆
YOU ARE READING
Ma Sweet Mafia!
Random"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: ce...