Aku dipaksa bersiap untuk mengikut Airil ke pejabatnya. Banyak kali dah aku tolak, tapi dia tetap pujuk sampai naik cair hati aku ni. So, aku terima.
Kami dalam perjalanan menuju ke pejabatnya.
Pejabat dia terletak agak jauh dari hotel,jadi dia bawak aku sekali. Tapi, apa function dia bawak aku. Bukan dia buat kerja ke? Entah, persoalan itu hanya berlegar dalam fikiranku.
"Jom." ajaknya sambil menarik tanganku sehingga ke depan muka pintu masuk bangunan miliknya ini. Aku melepaskan genggaman tangannya.
"Nanti orang tengok macam mana?" soalku sambil memandang sekeliling. Airil meraih semula tanganku lalu digenggam kemas. "Kenapa nak peduli apa orang tengok, sayang?" soalnya pula. Aku hanya terkebil-kebil tiada jawapan.
Airil pantas menarik aku masuk ke dalam tanpa menghiraukan sapaan daripada pekerja-pekerjanya. Aku pula cuma menunduk memandang lantai sebab malu la nak tengok orang lain yang pandang kami semacam je.
Kami masuk ke dalam sebuah bilik. Airil menutup pintu dan berpaling memandangku. "Okey?" soalnya. Aku mengangguk lambat-lambat walaupun sebenarnya aku tak okey sangat sekarang ni.
Awkward.
Pintu pejabatnya dikuak dari luar. Azri, Amran dan Mary mula masuk ke dalam bilik ini juga. Aku melangkah ke belakang Airil, bukan takut. Tapi tengah tahan geram dengan Mary yang pakai baju nampak peha ayam kepci dia tu.
Ergh.
Airil memandangku. "Duduk dekat sana tau, kami nak meeting kejap." katanya sambil menunjukkan kerusi dimana tempatnya selalu duduk dan Airil mula menapak ke ruang sofa di hadapanku. Rahangku hampir jatuh, so kenapa dia beria ajak aku ni?
Nak suruh aku tengok dia meeting?
Dengan lemah longlai aku berjalan menuju ke kerusi itu. Punggungku labuhkan dan automatik kepala aku sembamkan ke meja. Selang beberapa minit, aku angkat semula kepalaku dan mula menongkat dagu memerhati mereka yang sedang bermesyuarat.
"Aisya! Bring us some water." arah Mary. Dia ingat aku ni apa hah? Ee geramnya. Azri dan Amran mengangguk menandakan mereka mahukan air juga manakala Airil sibuk membelek segala kertas di tangannya. Aku bangun dan mula menapak keluar, pintu ditutup.
"Dah tahu dahaga, takleh standby air sendiri ke? Geramnyaaaa." kakiku hentak-hentakkan. Pandangan orang lain aku buat tak endah. Aku mula melilau mencari dimana dapur pejabat ini. Aku mencuit salah seorang pekerja yang kebetulan sedang menyusun kertas.
"Er, akak.. Saya nak buat air, tapi tak tahu...."
"Oh, mari ikut akak." potongnya. Aku tergamam seketika. "Er, okay." aku terus mengikuti langkahnya.
"Aisya kan?" soalnya. Aku yang tadi menunduk, terus mengangkat kepala dan mengangguk. "Pandai tuan pilih isteri." katanya sambil tersenyum manis padaku. Aku membalas senyumannya dan mula memerhati perbuatannya.
"Eh, kan saya yang kena buat air..."
"Takpe, biar akak buat." potongnya lagi. Ya Allah, memang semua pekerja dekat sini perangai macam Airil ea? Aku menggeleng gelengkan kepala, tak baik lah..
"Terima kasih." kataku setelah melihat dia selesai membuat air. "You're so lucky, but you must be extra carefull. There's a lot of enemies out there are watching you." tungkasnya sambil menyentuh bahuku seketika. Aku hanya beriak biasa kerana aku tak tahu apa-apa.
"Ehem."
Kami berpaling melihat Airil yang entah berapa lama berada di situ. "Assalamualaikum." kata pekerja itu dan berlalu pergi sambil menundukkan kepalanya. Aku kerling ke arah Airil pula yang sedang membuka butang baju kot nya. Dia mula menapak di hadapanku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ma Sweet Mafia!
Diversos"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: ce...
