Bintang kau setia temani bulan di awan gelap
dia tak keseorangan ada kau yang lenyapkan sunyinya
Terkadang aku iri hati sama kerlipan bintang
dia berjaya ukir senyuman kerana kau terpilih melukis bahagia di episod-episod hidupnya
Helaian-helaian memoriku mula bertebangan di bawa angin malam
kau dan bulan saling melengkapi antara dua
berkongsi kasih mahupun cinta
Hari seterusnya bulan memeluk bintang
aku diusir tidak dipandang
hanya esok mentari singgah sebagai teman.
9.30 malam
Bulan, aku mencintaimu dalam diam.
