2019

51 3 0
                                    

Kau tahu? Sebaik jarum jam menunding ke tepat pukul 12 malam, itu petanda hari ini bermula episod tahun baru. Tahun yang lalu telah ku lipat menjadi sebuah kenangan. Pahit, duka, lara sudah kenyang ku telan selama masa berjalan meninggalkanku lewat mimpi cinta tentang harapan layu.

Akulah sang pencinta yang selalu kalah dalam menentang kerinduan. Masih juga aku setia mencintaimu bagai pungguk yang setia menanti bulan. Kau lebih awal menyerdarku dari terus melayang harapan di angkasa. Sekelumit cinta tak mungkin hadir kerana aku adalah pasir yang tempat kau berpijak, kau pula ombak yang selalu menarikku dari dicumbui cintamu; "Bodohkah aku merindui bayanganmu?"

Aku terkial-kial memutar ingatan tentang dimana awalnya pertemuan. Lantas hatiku bertanya; "Perlukah pertemuan itu wujud jikalau berakhir dengan perpisahan?" Serpihan hati mula bertukar kecil lalu makin halus, kemudian menebar dibawa melodi angin menari-nari ke langit biru.

Dalam dadaku sudah kosong, sunyi juga kerana tiada penghuni hati yang selalu memimpinku menuju dalam arah cintamu yang bergulung-gulung bersama dusta. Barangkali aku terlalu mendaki tinggi khayalan sampai aku terlupa aku terjunam ke curam penipuanmu. Pedih, amat menyiksa rasa yang mematikan jiwaku.

Dan kolam air mataku sudah pecah ditusuk duri cinta yang berbisa. Apa gunaku memuja senja kalau dirimu jua tidak sudi memayungi kasihmu. Hanya aku beria-ria mewarnai pelangi cintaku sedang kau tega mencurah warna hitam ke potret yang ku lakar seraut wajahmu.

Setiap bait-bait yang ku coret, semua ku petik tentang hati dan perasaanku. Cermin itu ku tatap dan kelihatan jelas, aku ini tiada rupa cantik jelita. Sekadar wanita yang sering terluka kerana cintamu. Secawan Kopi pekat manis ku hirup perlahan, lidahku seolah berasa tawar. Manis itu sudah lama hilang saat rinduku tiada artinya. Setiap malam yang melabuhkan tirainya akanku soal pertanyaan pada sang rembulan; "Di tahun 2019 kau teguh mencintai orang yang sama?"

12.30 malam

Tentang BulanWhere stories live. Discover now