Akhiri kisah kita

23 1 0
                                    

Hari-hari yang berjalan mengajar aku erti pertemuan dan perpisahan. Aku seumpama pungguk yang cuma mengenal erti rindu, merindui sang bulan yang jauh nun dilangit malam.

Siapa aku? Hanya bisa menyorok di sebalik ranting-ranting yang seakan mahu rapuh,
Serapuh hatiku yang saat ini sudah memilih untuk pergi.

Sang bulan, penantian tentang kau dan aku hanya mimpi dalam lena, bukan nyata dalam realiti. Si pungguk tetap seperti semalam. Bersendirian melewati angan-angan, dan waktu menyedarkan bahawa kisah tentang bulan sekadar kisah cinta perlu ditamatkan.

Perlu kau tahu sang bulan, bukanlah aku ingin jatuh cinta, bukan jua aku menyusun degupan jantung hingga tersusun jadi melodi cinta. Dulu si pungguk tetap sombong menunggu dari berundur diri. Hari ini, takdir mengubah agar aku sedar hakikat kehidupan.

Aku pemuja rahsia yang mencintaimu, tersembunyi di senyuman kepuraan. Kau tahu sang bulan? Kisah kita harus diakhiri kalau kedukaan masih milikku.

Ku kesal menaruh perasaan pada sang bulan kerana selalunya aku yang berlebihan, sedangkan kau tetap begitu. Andai merelakan adalah kebahgiaan, ku rela lepaskan kau demi kecintaanku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tentang BulanWhere stories live. Discover now