Aku Lupa

34 1 0
                                        


Hujan turun lebat seperti memerli aku yang sekarang menangis teresak-esak. Titisan air mataku semakin laju menuruni pipiku yang cekung, aku menumbuk kencang cermin hingga berkecai cuba lawan kesedihan.

Taburan kepingan cermin itu dapat aku menyaksi dua raut wajah separuh umur sedang melambai padaku. Papa? Mama? Redup matanya memandangku. Di dalam suasana hening, aku meminta Tuhan kembalikan nyawa kedua-dua orang tuaku.

Aku mengerti tiada apa yang perlu dipertikaikan jika telah Tuhan menetapkan-Nya. Seingatku dulu, aku terlalu memuja kekasih, dan sering ciptakan jurang antara mereka, aku yang lupa menangkap kasih sayang mereka, aku pikun sebelum usia atau aku sendiri tak hargai kewujudannya?

Aku yang jahil maknai erti menghargai sewaktu keberadaan mereka, aku yang lupa. Jantung mereka berdegup paling dekat dinadiku, segumpal darah mereka mengalir deras dipembuluh darahku. Sebegitu konyol aku mengagungkan egoku ke langit kerana aku lupa tanah jua asalku. Kalau tak disebabkan mereka pasti kota dunia ini buta dari penglihatanku.

Ketika ini, aku berbaring sambil menyelimuti sekujur tubuhku, aku selalu berharap untuk kesekian kali, jemputlah kemari menjengguk anakmu. Aku kehausan ingin didakap erat olehmu, tegar menunggu sekalipun masa berdegil untuk pergi menjauh.

Pada malam ini yang dingin, aku merajuk pada bulan. Aku putuskan menyambung mimpi yang terputus, lalu aku diulit pilu bersisa hati yang merindu.

16 Januari 2019

Tentang BulanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang