Langit Koyak

42 1 0
                                    


Langit itu terkoyak,
Ku tampal biar tertutup rapat tapi ia tetap koyak,

Hujan lebat jatuh menghakis tanah,
Segugus rindu lekat membuatku lemah,

Dicucuk-cucuk selumbar gelisah membenam ke lubuk jiwa,
Di dalam matamu terpamer luka,

Luka kerana apa?
Kau koyak cinta yang kau puja,
Lalu kau mahu jahit kembali bersama nista,

Aku disini mampu tertawa saja,
Melihat sandiwara meniti dibibirmu yang bersahaja,

Kau kira aku si langit yang kau koyakkah?
Tidak wahai pendusta lidah,

Aku si pungguk hiba,
Masih setia menunggu bulan jatuh ke riba.

Tentang BulanWhere stories live. Discover now