Pelangi🌈

14 2 0
                                    

Pelangi datang selepas hadirnya hujan,
Mula mencipta detik kenangan,
Mewarnai hati yang gelap gelita,
Setelah buta kerana cinta,

Pelangi kini dilanda suram,
Warna indah sudah pudar dicengkam kesepian,
Biarpun wajah-wajah cinta tidak kelihatan,
Ada pemuja menaruh perasaan dalam diam,

Siapakah dia pelangi?
Ia tetap rahsia si gadis bisu,
Mengubat jiwa dilukai pilu,
Bagai rahsia si pungguk yang rindukan bulan,
Tak pernah berakhir ditelan zaman.

Tentang BulanWhere stories live. Discover now