Bulan...
Kau bercahaya waktu tengah malam,
Diusik hatiku oleh kerinduan mahu menatap bayangan,Bulan....
Gelap sering menyusup seakan sedang cuba leraikan kita,
Leburlah wahai masa aku tetap sang setia,Bulan...
Esok malam kita bersua lagi,
Ku duduk bersimpuh dirumput kering tiada berganti,Bulan,
Teriakku pada awan sendu untuk menceritakan,
Tentang kisahku berjudul harapan.11.13 malam
Bulan kau puncak kayangan