Kisah si pungguk
Pungguk kau tak tahu malu,
Tetap berpaut pada pohon kayu,
Berbunyi sendu,
Hanya kerana rindu,Pungguk kau tak sedar diri,
Memuja sang rembulan setiap hari,
Biarpun patah hati,
Kau tegar menanti,Pungguk kau buruk,
Rupa tiada apalagi harta juga,
Dia terlalu sempurna,
Kau tiada apa,Mustahil rembulan kau miliki,
Cinta kau hanya terlakar askara puisi,
Mencintai dalam sepi,
Berharap dia sedari.