Pemuja

36 1 0
                                    


Terbit matahari dengan wajah-wajah riang,
Memberi ucapan selamat pagi buat yang tersayang,
Mataku terarah pada sekeping gambar usang,
Fotonya sudah lusuh tetapi dua mulus bibir mekar senyuman,

Kamu yang semalam menyelip  dalam drama mimpiku,
Kamu menagih cinta itu?
Tubir air dimataku kering-kontang mengemis setia kamu,
Hatiku sudah lopong kerana kamu yang palsukan kepercayaanku,

Kamu tetap begini?
Keras kepala mahu mendaki cinta yang bernisan mati,
Kamu memutuskan tali,
Barangkali kamu dihasut penyesalan tak bertepi,

Awan-awan kelabu mula memayungi sayu,
Laksana bulan menyusul temani aku,
Bakal menggamit sendu,
Akulah pemuja rindu.

16 Januari 2019

Tentang BulanWhere stories live. Discover now