Faiz

25 2 0
                                    

Di mana janji yang kau tawar? Kau jejaka yang berhasil mengentuk pintu hati yang sekian lama ku katup. Aku lelah sayang, mendaki cinta yang tinggi di puncak khayalan. Di dalam gelap, kakiku tersandung pendustaan. Redup sepasang mataku memandangmu.

Apa tujuanmu membenihkan dendam dalam hidupku? Kau lelaki yang bernama Faiz, hadirmu ku kira bahagia. Kau itu bilah-bilah pisau yang hanya merobekkan hatiku. Sampai jantungku bernoktah mati dengan sandiwaramu.

Faiz, kau masih jua menetap di segenap laraku. Sirna kasih yang kau lakar, tinggal bekas pahit yang mengunyah kerinduanku. Malam yang menjemput bulan, seperti aku yang mencintaimu bersama penyesalan.

Aku gadis lemah, terasing di dada langit. Adakah aku tak setanding kilauan bintang-bintang?  Alasan yang kau sampaikan bahawa cinta itu kesempurnaan, dan sempurna itu bukan aku.

Aku memujuk hati, usahlah kau tangiskan si dia. Kau terlalu berangan mengharap pengakhiran seindah novel cinta. Kau tak jatuhkan hati di tempat yang salah cuma kau diperdaya cinta yang berkisar nista.

5 Febru

Tentang BulanWhere stories live. Discover now