BAJU yang dia ada hanyalah baju sekolah yang dipakai sekarang ni, aisy buntu mahu pakai apa untuk ikut firash nanti.
Kau memang gila firash..nak suruh aku ikut kau pakai baju sekolah ke??
Aisy memeriksa pada bahagian lengannya dan mendapati ada kesan koyakan baju.
Takkanlah aku nak keluar dengan keadaan macam ni...
Tombol pintu dibuka lagi.
" Nah pakai baju ni cepat! " gaun bercorak bunga dicampakkan ke arah aisy.
" k-kasut?? " soal aisy.
" Ni ada sekali..aku nak kau pakai cepat! " tajam anak matanya memandang aisy.
Aisy memandangnya kembali dengan rasa geram yang amat.
" Kau tunggu apa lagi ah sial?! SEKARANG!! " jerkahnya.
Taulah harap muka je hensem tapi perangai serupa setan.
" Macam mana aku nak pakai kalau kau ada kat sini firash? keluar lah.. " katanya sambil menunduk.
Takkan la dia nak tukar baju depan lelaki tu pulak kan.
" Mengada-gada la kau ni!! " pintu dihempas dengan sekuatnya.
Cantik jugak gaun ni..tak sangka lelaki macam tu pandai pilih baju perempuan..
Aisy sibuk membelek baju dan kasutnya.
Sementara firash masih lagi menunggu di luar pintu bilik.
Nak pakai baju pun lembab sangat ke?!?
Pintu diketuk kuat menunjukkan tanda geram yang besar.
" OIIII AISY APA BENDA YANG KAU PAKAI LAMA SANGAT TU?! " jeritnya dari luar pintu bilik.
" Ye..dah nak siap la ni " jawab aisy yang sedang memakai gaun itu.
" KAU keluar sekarang kalau kau taknak tengok aku mengamuk kat sini!! " jerit dan jerit, itulah kerja dia.
Kreekkkk!!
Aisy membuka tombol pintu dengan memakai gaun berbunga paras lutut dan kasut hitam tinggi, rambutnya pula disikat dengan rapi.
Firash terpegun melihat aisy pakai baju macam tu..baru dia tahu yang sebenarnya aisy lagi cantik daripada alyssa.
" Fuck la! asal dia cantik sangat pulak ni?! " kata firash dalam hatinya.
" Fi-rash kenapa?? ada yang tak kena ke?! " soal aisy tidak sedap hati tengok firash asyik memandangnya.
" yess memang ada..kau ambik benda ni then kau sapu kat muka kau yang merah tu " bekas ubat sapu dicampak ke arah aisy.
" Taknak.. " tolak aisy dengan selamba.
" Kau ni memang degil kan?! meh sini ikut aku! " tangan aisy ditarik kuat.
" ishhh sakitlah! " tangannya yang masih luka ni pun belum sembuh lagi.
" Duduk sini!! " tubuh kecil gadis itu ditolak dengan kasar ke sofa.
Firash merapati tubuhnya dengan aisy dan mata mereka bertentangan.
Ubat luka dituangkan pada pad kapas
dan disapu perlahan ke pipi aisy.Wajah firash didekatkan pada aisy sehingga hidung mereka bertembung.
Aisy seperti merasakan sesuatu di dalam hatinya, perasaan yang sama ketika dia mula-mula terjatuh hati kepada firash dulu.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Pergi
Teen Fiction+ IN EDITING + - FIRAISY - Mampukah dendam menguasai cinta? 🌹 Aku sakit kerana mencintaimu 🌹 " I'll make sure that you will never want to run from me Aisy Ariana " - Firash " No! aku akan buat sampai kau lepaskan aku " - Aisy ...