Aira membawa aisy ke atas dan mahu menunjukkan tempat untuk di diaminya.
" Aisy..kau boleh duduk kat bilik ni dulu..nanti kalau tak cukup apa-apa ke bagitau je aku "
" tak menyusahkan kau ke? " soal aisy sambil perlahan memegang tangan aira.
" Untuk kau..semua boleh hehe " senyuman yang manis dilontarkan pada aisy.
" Thanks aira.. " aisy menarik nafas lega.
Aisy melabuhkan punggungnya di atas katil single berwarna putih dan cadar bercorak bentuk petak.
Cantik jugak bilik ni eh..
Selepas membelek biliknya, dia masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.
Wajahnya ditenung lama depan cermin yang berada di atas sinki.
Aisy menatap pipinya yang bengkak, bibir berdarah dan lebam di sekeliling lengannya.
Semua itu adalah perbuatan lelaki yang tak berhati perut.
Bibirnya yang berdarah disentuh perlahan.
Firash..mana kau yang dulu..kenapa kau buat aku macam ni? mana sifat kau yang selalu menunjukkan contoh yang baik pada junior kau dulu..?
Lukanya disapu ubat dengan perlahan-lahan.
Pintu diketuk dari luar dan kedengaran seperti ada yang memanggil namanya.
" Aisy! " pintu diketuk berkali-kali.
Aisy perlahan berjalan ingin membuka tombol pintu biliknya.
" Oh kau rupanya..kenapa? " soal aisy yang sedang memakai towel di atas kepalanya.
" aku ada masak jom makan kat bawah "
Aisy hairan, bukan ke aira yang dia paling kenal dulu tak pandai masak?
" Jom la penat aku masak untuk kau tau! " aira menarik tangan aisy.
" Okeh okey hahaha jom.. " aisy menurut saja ajakan kawan baik dia itu.
**Dendam firash masih lagi takkan pernah berhenti kepada gadis itu.
Walaupun dia tahu abang tirinya yang salah..tapi dia tetap mahukan gadis itu berada dalam dakapannya dan mahu memusnahkan aisy.
Kerana satu-satunya manusia yang berkaitan dengan harraz ada sekarang ni adalah..Aisy Ariana.
Itulah target utamanya, menghancurkan gadis itu dalam tangannya saja.
Ringdingdongdingringdingdong~
Bunyi panggilan daripada phone firash dicapai daripada poket seluarnya.
" Kau nak apa setan?! " marah si firash.
" weh relax ah..yang kau nak marah-marah ni dah kenapa "
Kalau boleh semua benda dia nak tendang apa yang ada di depannya itu.
" kau jangan call aku sekarang boleh tak?! aku tengah kusut ni!! "
" kayy..relax kita jumpa kat tempat biasa okay? " dengan pantas dia offkan panggilan daripada anas.
Firash dengan bengang menyepak tin botol dan berjalan menuju ke keretanya.
***
Aisy terkejut dengan lauk yang dimasak oleh aira..semuanya sedap dan nampak sangat berselera.
" hehehe semua ni aku yang masak tau..bukan beli "
YOU ARE READING
Izinkan Aku Pergi
Teen Fiction+ IN EDITING + - FIRAISY - Mampukah dendam menguasai cinta? 🌹 Aku sakit kerana mencintaimu 🌹 " I'll make sure that you will never want to run from me Aisy Ariana " - Firash " No! aku akan buat sampai kau lepaskan aku " - Aisy ...