SUASANA di dalam bilik disiplin ini amat menggerunkan kerana adanya Encik Nazri, guru disiplin yang teramat garang dan sangat tegas.
Matanya tajam memandang ke arah maya yang sedang menunduk itu.
" jadi..awak tahu apa kesalahan yang awak dah buat? " soal encik nazri dengan nada yang agak kuat.
Maya terdiam dan memandang ke arah naim.
Encik Nazri pula paling pantang kalau pelajar dia membisu.
" JAWAB SOALAN SAYA! " terhenjut bahu mereka bila encik nazri tengkingnya dengan kuat.
Naim membisik ke telinga maya sambil tangannya menggeletar melihat encik nazri marah maya.
" Shh..ni semua kau punya pasal tau tak! "
Maya mengetap giginya, geram dengan naim.
" salah kau sebab paksa aku datang sini! "
Bulat mata encik nazri melihat mereka berdua bertolak badan.
" Naim, maya! " terus mereka menoleh ke depan setelah dipanggil guru disiplin mereka.
" YES, Sir! " kedua-dua mereka mengangkat tangan sama serentak.
maya dan naim tak berpuas hati bila diorang cakap serentak sekali gus, tangan diorang tak berhenti mencubit." DAH CUKUP! " sekali lagi mereka terkejut dengan jeritan encik nazri.
" Syed Naim Bin Ahmad! " fuhh, nama penuh terus disebutnya.
" ye, saya tuan! " tangannya diangkat memberi tabik hormat..kononnya mahu menjadi tentera la tu.
Maya yang tergelak itu terus menutup mulut dengan tangannya.
" pfftt..nak jadi tentera ke? " usik maya dengan gelak dia lagi." Diamlah kau! " naim bengang, tak pasal-pasal dia kena soal pulak dengan encik nazri.
" awak tahu awak tu seorang pengawas kan? " soalnya tegas sambil memandang ke arah naim.
" ya..cikgu " jawabnya pula dengan menunduk.
" Awak ada masalah ke dengan maya?? " soalnya lagi.
Naim memandang lagi ke arah maya dan membuat muka humble.
" tak..takde cikgu! "" dah tu..kenapa awak gaduh dengan dia?! maya jawab! " disuruh maya pula yang jawab.
" Dia ni yang cari pasal dulu dengan saya cikgu! harap je pengawas.." jawab maya dengan muka muncung.
" disebabkan awak berdua buat hal hari ini...awak berdua didenda sapu sampah satu sekolah! " bulat mata mereka bila Encik Nazri memberi arahan yang berat macam tu.
Naim tak boleh nak terima arahan daripada cikgu disiplinnya, macam mana pengawas boleh kena denda pulak ni??
" Jelas arahan saya?! " soalnya dengan tegas dan kuat.
" jelas cikgu.. " kedua-dua mereka jawab lagi dengan serentak.
maya menjerling ke naim dengan penuh geram, naim pula rasa macam nak humban maya ke dalam tandas." Alright..awak berdua boleh keluar sekarang..maya, jangan ingat yang awak boleh lepas ye..ada banyak lagi denda yang awak kena terima akibat semua kesalahan awak tu " naim tertawa kecil dengan apa yang encik nazri katakan itu.
Encik Nazri naik angin bila naim ketawakan maya " Awak pun sama naim! jangan sampai saya keluarkan nama awak daripada list pengawas.. "
" awak tu dah 4 tahun jadi pengawas..sekali awak buat silap saya takkan teragak-agak nak buang awak, faham? " naim terdiam dan hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Pergi
Teen Fiction+ IN EDITING + - FIRAISY - Mampukah dendam menguasai cinta? 🌹 Aku sakit kerana mencintaimu 🌹 " I'll make sure that you will never want to run from me Aisy Ariana " - Firash " No! aku akan buat sampai kau lepaskan aku " - Aisy ...