Aku rasa perasaan cinta yang aku alami tu hanya palsu .
Lagipun aku tak sayang langsung dia tu .
Selama ni dia bertepuk sebelah tangan , dah bahagia dalam kepalsuan yang aku cipta .Tapi penipuan aku ni dia tak pernah tahu .
Aku rasa beban yang berat aku tanggung ni buat jiwa aku semakin kosong .Dah tiba masanya untuk dia cari cinta sebenar dan bukannya aku .
"Aku nak berpisah juga"
Ulang diriku banyak kali tetapi keraguan hati membuatkan aku tak mahu bertanya kepadanya sebab hati aku senang berubah .
Lagipun memang sejak pertama kali bercinta sekali je aku keluar date dengan dia itu pun ada members lain . Dah macam reunion kelas . Berborak pun paling tidak time online je tak pernah dia call aku atau sms .
Aku selalu tunggu juga semua panggilan dari dia kalau benar dia sayangkan aku . Tetapi dia tak pernah memulakan semua itu sebagai seorang lelaki yang setulus hatinya mencintai seorang wanita .
Jiwa aku jadi lagi sunyi dengan cinta berjarak jauh ini .
"Saya ada satu permintaan ."
"Apa dia ..."
"Saya ... nak berpisah "Tapi dia lepaskan aku dengan cara baik nampaknya kami memang tiada jodoh .
Aku berjalan di sebuah kaki lima jambatan pada waktu malam .
Angin yang kuat pada waktu malam sungguh dingin .
Aku memberhentikan langkah ku . Berdiri menghadap sungai terbentang luar di mata ku .
Dan menjerit sekuat hati ku ...
"NORA KAU DAH BEBAS ! MULAKAN HIDUP KAU SEMULA !
CARI CINTA SEBENAR! uhukkk ""Aduh sakit pulak tekak . Menyesal menjerit sia .."
Nora minum air botol yg dia bawa dalam beg dan kembali berjalan semula .
*Nora kau baru hidup 19 tahun banyak lagi rintang yang pasti mendatang sebelum jumpa cinta sejati dalam realiti yang sebenar*
Aku berbisik pada diri sendiri . Malam yang dingin membawa hujan lebat dengan tiba-tiba di bandar ini .
"Aduhhhhaiii Hujannn !!?! "
Aku berlari dengan laju balik ke rumah .

ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanfictionPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...