Bab 27

33 4 1
                                        

Maafkan saya

Tiga orang pelajar itu digantung kerana kesalahan yang mereka lakukan ke atas Nora .

Hari demi hari berlalu pelajar-pelajar yang digantung telah diambil tindakan .
Nora tidak hadir ke universiti berturut .

Nora POV

Aku malu nak pergi sana . Tak sanggup nak tebalkan muka . Jadi budak junior viral .

Cukuplah aku bermuka tembok masa zaman sekolah sekarang aku dah tak sanggup .
Aku hanya duduk dalam bilik dan hanya gelap dan kelam menemani aku .

Bila aku lapar aku makan selepas itu masuk bilik balik .
Kelakuan aku juga buat family aku risau tetapi mereka faham sejak pihak universiti call nombor rumah ni .

Hari ni pula ...

Aku hanya menatapi semua buku lama yang aku kumpul dari yang mempunyai lukisan hingga hanya yang bertulisan .
Inilah sudut kegemaran yang aku reka ... penuh dengan buku tentang fakta dan fantasi .

"Pika ! Wawa datang ni ." Aku terdengar laungan suara acik aku dari luar pintu .

Dengan perasaan malas aku masih berguling-guling atas katil dengan kedua belah tangan ku memegang komik yang dah lama ku beli tetapi tak kesampaian hendak membacanya .

"Woi kau aku datang ni sambut lah ." Wawa membuka pintu bilik aku tanpa sebarang ketukan .

"Hmm ." Keluh ku mata ku menghadap siling .

"Kau ni sampai bila nak terperap dalam rumah dan bilik kau ni ."
Wawa duduk disebelah ku .

"Rumah juga lah tempat aku rasa selamat ." Balas ku .

"Kau ni masuk lah kelas dah seminggu kau tak hadir . Aku risau kau pelajar tajaan , kalau prestasi kau merosot macam mana ?" Terang Wawa disebelahku .

Aku mengendahkan dia . Aku percaya dia begang kalau aku bersikap dingin terhadap dia .

"AW ! APA NI MAIN TARIK RAMBUT AKU ." Wawa menarik kuat rambut aku dari posisi baring aku terus bangun menyuruhnya melepaskan rambutku .

"HAA ADA PON SUARA DAH LAH MOODY JE NANTI HIDUP PUN TAK KE MANA !" Teriak Wawa .

"Iiiee kau ni ." Balas ku perlahan malas untuk berbalah dengan kawan baik sendiri tak tentu pasal aku hilang orang yang aku sayang macam keluarga .

"Jom lah aku nak ajak kau keluar ni ." Kata dia .

"Ke mana ?" Tanya aku .

"Tak yah lah banyak tanya . Dah Gi Siap !" Jeritnya lagi .

Aku tahan je dengar suaranya . Dia bukan selalu pakai suara speaker bila penting je suara dia kuat , kalau tak suara dia ayu gila slow macam aku .

"Hm yelah ." Balas ku .

"Aku tunggu dekat depan Siap Cepat Atau Aku Heret Kau Nanti ." Dia berkata sambil bangun dan terus keluar dari bilikku .

Aku pun siap je lah ...

~

"Ha nak kemana ?" Tanya aku selamba . Aku hanya pakai baju normal yang bertrend kan sifat malas tapi masih sesuai untuk berjalan ke tempat shopping ternama lah .

Tudung sarung simple berwarna kosong tanpa corak .
Tshirt hitam seperti biasa aku dan seluar jeans legging walaupun aku tahu kaki aku tak kurus macam si Wawa yang skinny ni ...

"Jom ." Hanya sepatah perkataan dia jawab . Aku dan Wawa memberi salam sebelum keluar .

Terus masuk ke keretanya tanya banyak soal takut telinga sebelah kanan yang aku sayang ni dapat masalah pendengaran mendengar maki hamun dia .

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 11, 2019 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Abang Korea Cinta HatikuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang