Dance , Dance and Dance
"Tarikh Karnival Budaya untuk tahun ini sudah dikeluarkan ."
Kata Puan Mei yang sedang duduk di mejanya dan menghulurkan sehelai kertas .
"Jadi kelab kita akan masuk pertandingan peringkat universiti yang bakal diadakan di universiti pada hari Karnival Budaya ."
Kata Puan Mei .
~Meanwhile di pondok dalam U~
"Macam mana lahh kau boleh jatuh cinta pandangan pertama terus , aku musykil ?"
Nora bertanya kepada Wawa yang tak habis-habis tengok IG orang yang dia cinta tu .
"Cubalah terangkan kat aku wajahnya dalam otak kau tu macam mana ?" Tanya Nora lagi .
"Seorang jejaka tampan yang tinggi lampai . Dia juga menjadi kegilaan wanita sekarang . Jejaka yang bernama Jeon Jungkook itulah orangnya . Dia mempunyai banyak kebolehan termasuklah mencairkan hati para wanita ."
Wawa menjelaskan penampilan dalam jiwa dia dan pandangan semua orang .
"Waaoww , nama pun dah tahu dulu sebelum aku ." Kata Nora .
"Mestilah This is Wawa ~" Balas Wawa dan mem'flip'kan bukunya .
"Okey saya faham semuanya sekarang Cik Wawa ~"
Balas Nora .
Waktu selepas kuliah telah tiba dan ada perjumpaan tak rasmi kelab .
"Kau rasa kita kena buat apa hari ni?" Tanya Nora .
"Entahlah ? Aku nak tengok JungKook husband aku sahaja ." Balas Wawa dengan nada gembira .
"Amboi ~ belum sah lagi dah dapat panggilan Husband ya ." Kata Nora .
Mereka terus berborak dan seseorang menyapa mereka .
"Hi ! boleh kami join sekali ?" Tanyanya .
"Duduk lah ." Kata Wawa .
"Sebelum ni tak sempat tegur masa hari first . Nama saya Brenda Liu . You can call me Brenda ." Gadis berambut coklat perang itu memperkenalkan diri .
"Saya Xue Wennie . Junior sama dengan awak berdua ." Wennie memperkenalkan diri .
"Wahhh korang berdua cantik ."
Kata Nora dan mulutnya melopong lalu Wawa tolong tutupkan .
Tersipu malu dua orang chinese girl itu .
"Panggil saya Wawa . Ini kawan saya Nora ."
Wawa memperkenalkan dirinya dan Nora .
"Saya tertanya-tanya kenapa kita dipilih untuk Karnival budaya ." Kata Nora .
"Ohh ! Puan Mei pernah cakap dia pilih orang guna interview ." Kata Wennie .
"Betul juga ." Balas Brenda .
Semasa mereka berbincang Minghao menegur mereka .
"Bukan Puan Mei pilih kali ."
Empat orang gadis itu terpinga-pinga .
"Soonyoung ehh pengerusi yang pilih untuk kita jadi wakil kelab ."
Kata Chan .
"Lagipun Soonyoung dah bincang awal dengan Miss Mei ." Balas Jun .
"Ohhhh" Balas Nora .
"Hi Saya Wen Junhui tapi ramai panggil saya Jun ." Jun memperkenalkan diri kemudian chan pula .
"Annyeong haseyo , saya Lee Chan . Panggil saya Chan .
"Hye saya Xu Minghao . Call me Minghao . Kami semua senior kamu dalam group ini ." Kata Minghao .
"Oh hai !" "Selamat berkenalan ."
"Hi senior-senior ku ." "Hi guys "
Empat orang gadis itu menjawab serentak tapi berbeza .
"Selamat pagi dan annyeong !" Seorang lagi lelaki datang .
Wawa mata dah bersinar . Yup itu Jungkook yang masuk dengan cerianya ke dalam bilik menari .
"Hai semua ! Hai Wawa ~" Jungkook menyapa semua orang dan menyapa Wawa .
Hati Wawa dah penuh dengan taman sampai tak tahu nak campak mana lagi bunga yang mekar dalam jiwanya .
Fikiran dia dah melayang dan hanya tersenyum melambai jejaka yang bernama Jeon Jungkook itu .
"Wewwww Wawa ~~ ." Nora menolak-nolak sikit kawannya itu .
"Okeyy dah tu semua orang berkumpul ." Suara Soonyoung kedengaran dari jauh .
Semua orang duduk dan mendengar apa yang Soonyoung mahu sampaikan.
"Kita akan masuk pertandingan semasa Karnival Budaya . Jadi kamu semua ni saya pilih untuk masuk group dance wakil universiti kita ."
Jangan risaukan kreografi . Saya ada ciptakan khas untuk kelab ini ."
Kata Soonyoung dengan serius .
Semua orang setuju dengan Soonyoung tanpa bantahan .
"Baiklah semua orang stand by kita akan berlatih sedikit langkah ." Kata Soonyoung dalam mood tegasnya .
Semua orang kecuali Nora yang struggle dengan gerak langkah yang Soonyoung ajar .
"Nora sekali lagi ." Soonyoung bercakap dengan kuat dan tegas .
Semua orang memandang Nora .
Wawa memandang Nora dengan rasa yang risau tentang kawannya itu .
"Sekali lagi ." "Sekali lagi ." Dan "Sekali lagi ." Soonyoung menyuruh Nora berkali-kali ulang kerana dia banyak salah gerak langkah yang sepatutnya .
*Aduhai aku bukan pelajar performance art ! Aku multimedia art !* Nora berfikir dalam mindanya .
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanfictionPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...
