Mulakan hari cuti kita ...
Suasana sunyi hampir setengah jam di dalam kereta ...
Nora hanya fokus memandang jalan .
Soonyoung fokus memandu kereta .
Tetapi otak mereka ni sudah melayang dan kosong tidak tahu nak mulakan perbualan .
*Nora cuba lah cakap ... selalunya kau boleh je tegur orang tak kenal suka hati . Tapi mamat ... aduhhh ...
Lagu Oh My dah berkumandang pula dalam otak .*
Bisik Nora kepada dirinya .
Soonyoung pun begitu .
Berbisik dalam mindanyaaa ~
*Nak cakap apa ni ... Soon itu lah kau , idea ada langkah sempurna tapi bila depan dia semua hilang .*
Soonyoung berfikir topik apa yang patut dimulakan .
Dia dapat idea topik .
"Nora masa awak pergi Korea-"
Nora dah berfikir macam-macam .
*OhMaiGad isu KLIA pun masih dalam ingatan ni mesti nak tanya aku tinggal dekat rumah dia .*
"- seronok ?"
"Y-ya seronok dapat jumpa Unnie saya juga ."
"Unnie ?"
"Kakak angkat saya semasa di sekolah menengah rendah ."
Kata Nora sambil tersenyum sebab dia gembira bila orang bertanya tentang kakak angkat nya .
"Ohhhhh ."
"Saya gembira dapat jumpa dia semula . Walaupun hanya untuk sebulan ." Kata Nora .
"Nora . Kamu tinggal di rumah saya masa di Korea kan ?"
Tanya Soonyoung .
Nora terdiam mulutnya tertutup rapat tetapi dia mesti menjawab juga soalannya .
"O-oh Ya betul tu ."
"Maaf kalau mereka terlalu hyperactive ."
"Jangan risau lah . Keluarga saya pun sama seperti keluarga awak .
Lagi pun eom- ."
Nora berhenti bila hampir terlepas cakap pamggilan eomma .
*eomma ? adakah eomma suruh Nora panggilnya begitu !?!?*
Bisik Soonyoung kepada sirinya .
Nora sambung ayatnya kembali .
"Lagipun Puan Kwon dan Tuan Kwon layan saya dengan baik . Macam anak sendiri ."
"Baiklah ... saya tanya sahaja takut mereka gembira terlalu melebih macam makan banyak sangat gula ."
Balas Soonyoung .
"Soonyoung saya nak minta maaf ..."
"Kenapa pula ? Awak tak buat salah apa pun ?" Soonyoung berasa pelik .
"Um ... masa dekat Korea selama sebulan saya tinggal di rumah awak dan bilik awak ... Tapi Saya Tak Selongkar Apa-Apa Jangan Risau !"
Nora bercakap dengan nada yang kuat dan tidak keruan .
Soonyoung hanya tersenyum paksa sambil memandang ke arah jalan .
*Jjinja ?!? Nampaknya kalau aku balik Korea aku nak berkurung dalam bilik je ~ Berguling-guling atas katil hhihihih ~~*
Soonyoung meroyan dalam mindanya .
~~
Soonyoung meletak kereta di parking resort itu .
"Dah sampai saya turun dulu terima kasih tumpangkan saya ."
Kata Nora .
"Ya ok jumpa malam nanti ."
Balas Soonyoung .
"Okey jumpa malam nanti ."
Nora keluar dari kereta Soonyoung dan meregang badannya sedikit .
"Hurghh ! Akhirnya sampai ..."
Nora mengeliat setelah beberapa jam duduk dalam kereta .
"Ohhhh Duo dah sampai !"
Wawa menjerit dari jauh dan berlari ke Nora .
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanfictionPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...
