Dugaan ?
Nora POV
Sejak Soonyoung cakap dia suka aku . Lidah aku kelu sepanjang bulan Ramadhan yang lepas apabila terjumpa dengan dia .
Maklumlah kelab yang melibatkan banyak pergerakkan akan berehat selama sebulan kerana menghormati pelajar Islam yang berpuasa .
Aku gembira dia suka aku tapi ...
aku pula yang jadi mangsa kepada seorang senior yang mengelarkan dirinya girlfriend Soonyoung .
ㅋㅋㅋㅋㅋ kekekekeke
kelakarnyaaaa ...
[aothur gelak *padahal dia pun sama*😅]
Hari ni dah mula semula hari ku di Universiti selepas cuti raya .
Aku seperti biasa setiap pagi sebelum waktu kuliah mula Wawa dan aku akan berjumpa di kafeteria dekat sini .
Aku pun cerita punya cerita sampai ke kaki lima tak habis lagi berbincang dengan wawa .
Tamat POV
*
*
*
"Aku tak cakap Soonyoung pun pasal hal ni mungkin sebab ... peminat biasanya macam tu lah . Aku pun macam tu bila nampak bias ." Kata Nora kepada Wawa .
"Tapi kau kena lah cakap juga kalau jadi perkara bukan-bukan macam mana ." Kata Wawa .
"Janganlah cakap macam tu .
Kau pun tahu sepanjang aku hidup buli ni dah lama hadam dalam diri aku ." Balas Nora sambil tersenyum .
"Yelah . Tapi ingat berhati-hati ni universiti bukan sekolah lagi banyak perkara yang lebih teruk berbanding buli pelajar sekolah ."
Nasihat si Wawa .
"Ya aku akan ingat Wawa ."
"Hm yelah aku nak gi kelas dulu . Bye ." Wawa berlalu pergi meninggalkan Nora yang sedang makan .
~meanwhile ~
"Elen budak tu dah sorang gi lah sekarang ." Kata Iz .
"Okey girl lets go ." Kata Elen .
Bunyi kasut tumit tinggi milik tiga orang itu bergema dikawasan kaki lima .
"Hai ~~ sorang je ?" Tanya Elen apabila berada disamping Nora .
Nora dah menunjukkan riak wajah dah jemu .
"Ah ... tiga ekor ni ... tak habis-habis nak kacau hidup aku dan Soonyoung ehehehhe "
Monolog Nora .
"Senyap pula nak kena bagi salam ke ?" Sindir Farsya .
"Waalaikumusalam ." Balas Nora .
"Amboi dia dah jawab dulu . Belum sempat lagi nak bagi salam ."
Kata Iz .
"Korang nak apa lagi ni . Aku dah bosan lah dengar ugutan korang dari first time till today . Ya Ampunn bebel gila panjang . Sakit Telinga Aku ." Terang Nora dengan gaya tangan menutup telinga .
"Aku tak perduli telinga kau . Yang kau asyik nak berkepit dengan Soonyoung aku apa halll ! .
Jerit Elen . Jelingan mata bercontect lens birunya sungguh menyakitkan hati Nora bila dipandang depan-depan .
"Mata dah coklat nak bercontect-contect tak bersyukur ke bila Allah dah bagi kau warna ori ." Kata-kata itu tersekat didalam mulut Nora . Takut kalau diluah lain pula jadinya .
"Haish ... apa yang korang tak puas hati lagi . Aku tak ada kacau hidup kau kan ?" Keluh Nora
"Tak kacau kau kata !" Jerit Elen .
"Yang kau kacau bf Elen tu apa citer !" Celah Iz .
"Haah !" Farsya meniyakan .
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanfictionPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...
