Bab 22

32 5 4
                                        

HOLIDAY
Nyayi lagu Holiday SVT
Tutututtttu
[Aothur Out]

~~

"Camping ?" Soal Nora .

"Ya time cuti semesta ."

"Bukan cuti semesta kita tak serentak ke ?" Nora angkat tangan dan cakap kepada Soonyoung .

"Jadi nak hari apa ?" Soonyoung tanya kepada semua orang yang berada dalam bilik menari itu .

"Kita buat Jumaat , Sabtu dan Ahad ." Kata Wawa .

"Wah bagus juga cadangan Wawa ."
Puji si Jungkook .

Hidung Wawa dah meninggi sampai siling .

"Kembang kempis aku tengok hidung kau Wa ." Kata Nora .

"Janji jangan kaki aku sampai kat muka kau sudah ." Balas Wawa sambil berikan senyuman .

"Okey okey okey aku diam je ."

"Semua orang setuju dengan hari yang Wawa cadangkan ?" Tanya Soonyoung .

"Yaaaaa !!" Semua orang jawab serentak seperti budak tadika mesra .

"Alright semua orang bersedia lah . Kita akan camping !" Jerit Soonyoung untuk memeriahkan suasana .

Semua orang pun menjerit keriangan .

~~

"Baiknya Mrs. Mei belanja kita untuk buat aktiviti ni ."
Kata Jungkook .

"Bilangan ahli berdaftar tak sampai 20 orang jadi Puan Mei boleh sahaja belanja kalau tak ramai ." Kata Chan .

"Tapi akhirnya group ni je yang pergi ." Kata Minghao .

"Lagi satu naik kereta sendiri pula ."
Kata Chan yang timbul sambil membuka pintu kereta .

"Tak apa lah masih ada orang join juga kan ? walaupun group wakil performance sahaja ."
Kata Jungkook .

"Dah kumpulkan semua jom lah gerak ." Kata Soonyoung .

"Okey semua dah susun ." Kata Jun .

Jun naik kereta Minghao .
Soonyoung sendirian manakala Chan dengan Jungkook .

Lepas itu akan berjumpa dengan lagi dengan pelajar perempuan di sebab dorang orang Malaysia lebih arif pasal highway dekat sini .

~~

"Kau minum kopi je Nora ."
Tanya Wawa yang berdiri sebelah Nora .

"Dah tu ..."

"Haishh makan lah sikit . Selalunya kau lahap je makanan sampai tak ingat dunia ." Kata Wawa .

"Entahlah wei aku rasa lapar tapi malas nak makan minum je ."
Kata Nora .

"Apa yang kau fikirkan ."
Tanya Wawa .

"Hurmm ..." Nora mengeluh panjang sambil memandang ke arah jalan .

"Mengeluh pulak cakap lah ."
Kata Wawa .

"Kau rasa aku sesuai ke dengan Soonyoung Wa ?"

"Bagi aku lah tak ..."

"Kuang ajo tak support member ..."

"Gurau lah aduhhh rajuk lebih . Jadi benda tu rupanya yang kau fikir ..."
Kata Wawa sambil tepuk bahu Nora .

"Ya ... walaupun aku suka dia tapi kalau nak berada dalam hubungan balik ,
macam menyusah nanti . Aku takut dan benci benda yang sama berulang ."

"Janganlah ingat lagi kisah dulu wei ." Wawa peluk belakang Nora .

"Aku takut ... kau pun tahu aku suka fikir benda negatif berbanding yang positif ."
Nora bernada sedih sedikit .

"Aish kau ni kita nak pergi bergembira tiga hari ni janganlah sedih-sedih ."
Wawa lemparkan senyuman lebarnya .

"Kkkk ..." Nora tersenyum sedikit .

"Haaaa borak apa tu ..." Wennie tegur mereka berdua .

"Tak saya cakap dengan Wawa ni manalah geng jejaka-jejaka kelab kita ni . Lambat benar ." Kata Nora .

"Betul tu ." Kata Wawa .

"Ialah ... ke kita yang over sampai awal dekat tempat berkumpul ." Brenda datang sambil membawa bungkusan .

"Bungkus apa tu Ren ?" Tanya Nora .

"Oh ini ya . Saya beli sandwich mana tahu nanti kami lapar masa bawa kereta ."
Jawab Brenda .

"Haah kan wei jom beli makanan dulu sebelum dorang sampai ." Kata Wawa .

"Okey jom aku pun tak bawa makanan yang mengenyangkan setakat keropok je ." Balas Nora .

"Prepared maggie dan ramyeon jom ."
Kata Wawa .

"Oraittt ."

Nora dan Wawa berlari ke kedai di stesen minyak itu .

"Haiyaaa tadi tak mau beli kan dah berlari ." Wennie memandang Nora dan Wawa yang berlari sebentar tadi .

"Biarlah lagipun lagi lima orang lelaki pun belum sampai ."
Kata Brenda .

"Mana ada tu saya nampak kereta Minghao dari jauh ." Wennie memandang ke arah jalan yang mendatang .

Sebuah kereta menghampiri Brenda dan Wennie .

"Ha mana lagi dua orang ."
Tanya Chan apabila tingkap keretanya turun sepenuhnya .

"Wawa dan Nora shopping food dekat dalam ." Kata Brenda .

"Tunggu sekejaplah nanti mereka datang ."
Kata Wennie .

"Okey tak apa banyak lagi masa lagipun masih awal pagi ." Kata Jungkook yang duduk sebelah Chan .

~~

Dalam kedai Nora yang rabun jauh masih boleh melihat muka Chan dari tingkap keretanya .

"Wawa jom dorang dah sampailah ."
Kata Nora .

"Ok dah bayar pun jom pergi ."
Balas Wawa .

Nora dan Wawa berjalan ke arah kereta .
Apabila mereka sudah berkumpul ,
Soonyoung keluar kereta dan bertanya Wawa .
"Wawa ."

"Ha ye apa dia ?" Balas Wawa .

"Boleh Nora naik kereta saya ?"

Semua orang yang berada diluar kereta terkejut bila Soonyoung berkata begitu .

Soonyoung pandang reaksi mereka semua .
"Apanya ... tak salah kan ?"

Tiba-tiba Chan datang dan tepuk kuat bahu Soonyoung .
"Hyung kawal please ..."

Nora memandang Wawa .
Wawa beri isyarat wink-wink .

"Jangan risau kalau ada apa-apa call ." Bisik Wawa .

Meanwhile ~~

Jungkook , Jun , Minghao dan Chan menghadap Soonyoung suruh dia beri penerangan munasabah .

"Ketara sangat ..." Kata Jun .

"Pastikan kau boleh bertahan ."
Kata Minghao .

"Jangan buat perkara bukan-bukan ." Chan dan Jungkook cakap serentak .

"Naik kereta sahaja sampai resort perempuan dan lelaki dah asing ."
Balas Soonyoung .

"Ya ok saya terima alasan hyung ."
Kata Chan .

"Hargai masa tiga jam penuh makna kau ya ." Kata Jun .

"Jangan risau semua berada di dalam kawalan ."
Kata Soonyoung .

Abang Korea Cinta HatikuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang