Bab 12

35 5 0
                                        

Kenapa !?!?!

"Kau nak bawa aku pergi mana sekarang ni ?" Tanya Nora dengan nada yang marah .

"Bahasa itu formal sikit Ahjumma ."
Balas Soonyoung yang tengah memandu .

"Senior fikir saya tak faham maksud Ahjumma tu ke hah!"

"Ohh faham rupanya ya Mak Cik ~" Soonyoung berkata dengan nada yang menyindir .

Nora berasa geram dengan Soonyoung .

Kemudian Nora tertanya-tanya arah yang mereka pergi bukan ke universiti .

"Eh ? Senior nak bawa saya ke mana ni ?" Tanya Nora kerana arah yang mereka pergi bukan ke universiti .

"Kita ada pembelajaran diluar kelas . Untuk menenangkan fikiran awak wahai junior ku ." Kata Soonyoung .

"Belajar diluar kelas ?" Tanya Nora .

Soonyoung tak membalas kata-kata Nora sehingga mereka tiba ke sebuah tempat .

"Hari ni pelajaran kita ialah untuk hilangkan rasa takut dan gementar yang awak ada ." Lalu Soonyoung memberikan senyuman ke arah Nora .

Nora dengan riak wajah yang risau memikirkan apa Soonyoung rancang .

"Let's Go !" Soonyoung bercakap lalu menarik beg yang Nora pakai .

Nora diheret untuk pergi ke permainan yang dia sangat benci dan tak suka melihatnya di
theme park .

"Tak nak Senior Soonyoung jangan lah !" Merayu Nora kepada Soonyoung .

"Wah kamu menyebut nama saya dengan penuh hormat bagus !
Ini buat saya lagi teruja nak naik permainan itu ." Soonyoung menunjuk ke arah permainan dalam theme park yang luas itu .

"WARGHHH KEJAMM ! Aku benci tempat tinggi !" Menjerit Nora kepada Soonyoung .

Soonyoung hanya membalas dengan senyuman yang inesen kepada Nora yang menjerit .

"KENAPA ROLLER COASTER ! MAK TOLONG !" Nora menjerit menaiki roller coaster yang merupakan tarikan utama theme park .

Soonyoung yang duduk disebelah Nora hanya menikmati keseronokan menaiki roller coaster .
"NORA BERSERONOK SAHAJA !"
Jerit Soonyoung .

"WAHHHHH ! ARGHHH ! TINGGI SANGAT !!" Nora hanya mampu memjerit ketakutan dan pegang erat penghadang keselamatan hingga habis menaiki permainan itu .

~~

"Wahh saya rasa seronok tadi Nora ! Kamu macam mana ?"
Tanya Soonyoung tanpa rasa bersalah .

Muka Nora yang pucat lesi dan hanya tersengih bila Soonyoung kata 'seronok'?
Bagi kauu bukan aku !
Nora menahan kemarahan dalam dirinya .

"Okey next bungee jump ~" Soonyoung berkata-kata dengan nada yang riang gembira .

"Tak nak ... kenapa senior buat saya macam ni ..." Nora berasa mahu menangis .

Soonyoung rasa risau tapi dia masih mahu menyakat Nora dalam masa yang sama .

"Maaf ya Nora saya teruja naik game tadi . Okey yang lepas ni tak tinggi dah ." Kata Soonyoung dan memandang Nora sambil tersenyum .

Nora terlihat cahaya harapan untuk sementara .
"Betul Ni Senior ?" Kata Nora dengan muka penuh harapan .

"Ya dah jangan risau . Aktiviti seterusnya jalan-jalan sahaja ."
Kata Soonyoung .

Soonyoung pun menarik beg Nora sekali lagi dia pegang beg orang suka hati .

Semasa Soonyoung menarik beg Nora untuk ke game seterusnya .
Nora terlihat papan tanda arah tulis .

Horrors of the phantome

Ye betul Nora tertipu dengan senang sekali .
Aktiviti seterusnya bukan jalan-jalan tapi jalan dalam rumah hantu yang extrem khas untuk orang 18 tahun ke atas ...

Lalu Nora bertanya ...
"Umm ... Senior kita tak pergi ke situ kan ? *Nora menunjuk papan tanda yang dia lihat* "

Soonyoung dan tersenyum sinis tanpa memandang Nora yang mengikutinya dari tepi .

Soonyoung dan tersenyum sinis tanpa memandang Nora yang mengikutinya dari tepi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


*fake hope sia *
Muka Nora hampir pucat semula .

"ARGHGHGGGGGG !!!" Awal-awal lagi jeritan Nora sudah bergema di dalam rumah hantu itu .

Sekurang-kurangnya dia tak berseorangan kerana Soonyoung ikut sekali .

"Aduhai Nora bukan betul pun ." Kata Soonyoung .

"Macam mana kau boleh tenang je ! Terkejut pon tak menjerit langsung ." Marah Nora yang sedang peluk begnya sambil berjalan disisi Soonyoung .

Sedang mereka sambung berjalan semula . Nora terkejut dan menjerit lalu terjatuh .
"Warggh ! *Pang!*" Ya Nora terlanggar satu papan yang berada ditepi semasa di berlari tanpa tujuan .

"Aiisss ... papan ... kepala aku ."

Soonyoung gelakkan Nora yang terlanggar papan .
"Nora papan tu tak salah pun ."
Soonyoung menarik lengan Nora yang terjatuh hingga terduduk dilantai .

Nora menahan muka malunya dan tangisan kerana menjerit terlalu banyak . Lagi satu dia malu apabila Soonyoung tolong dia dan menarik lengan dia perlahan-lahan .

Belum sempat Nora nak berdiri betul Hantu lain pulak keluar tanpa sedar .
"Arghh !!"

Nora terpaut pada lengan Soonyoung dengan kuat .

Soonyoung yang melihat Nora dalam keadaan takut buat dia tersenyum .
*comel juga kalau dia takut ~ ehh apa yang aku fikir ni!* Soonyoung tersedar apa yang difikir dalam fikiran .

"Wargh ! Seni .. nior maaf tak sen ... gaja pegang !" Jerit Nora dalam keadaan gagap .
Lalu melepaskan pegangannya dari lengan Soonyoung .

Semasa Nora lepaskan pegangan sebentar tadi lalu ada tangan tiba-tiba di muka Nora .

"Arghhhh !! "

Ya , pelakon di rumah hantu memang terbaik menjadi hantu tanpa kita sedar dia ada kat belakang kita .

Akhirnya mereka keluar .
Nora suaranya sudah serak banyak menjerit semasa didalam sana .

"Okey dah jom balik ." Kata Soonyoung .

Nora tak berkata apa .
Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap dan hanya lagu-lagu di radio sahaja menemani suasana tegang itu .

Soonyoung hantar Nora pulang sebelum malam ke rumahnya .

Sebelum Nora keluar .
Soonyoung tanya Nora .

"Seronok ? Lain kali jangan buat ha-" belum sempat Soonyoung habiskan ayat .

Nora memandang Soonyoung dan membalas .
"Aku Benci Kau Kwon Soonyoung !"
Jerit Nora dan sedikit air matanya keluar .
Lalu dia terus keluar tanpa pandang Soonyoung .

Soonyoung hanya terfikir sebentar dan berkata sendiri dalam keretanya .

"Aku melampau sangat ke ?"

Abang Korea Cinta HatikuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang