Perjumpaan kelab selepas waktu kuliah .
"Mangat pulak kau hari ni ye Nora awal sampai ." Wawa perhati je Nora yang duduk bersila di lantai depan pintu bilik menari .
"Heheh ..." tersengih Nora lalu dia bangun dan berdiri sebelah Wawa .
Mereka berbual sedikit lalu ada orang menyapanya .
"Ehh!! Junior baru ke ?" Tanya seorang senior perempuan yang memegang kunci bilik menari .
"Ye kami Junior baru kelab ni" balas Nora dan Wawa serentak .
"Waaawahhh okey jom masuk dulu sebelum yang lain datang ." Kata Senior itu sambil tersenyum . Lalu senior itu membuka pintu bilik menari , mereka pun masuk ke dalam .
Mereka bertiga duduk di lantai bilik itu sambil bersila . Lalu senior itu mengajukan soalan dengan tiba-tiba setelah duduk di lantai .
"Bila korang ni interview dengan Puan Mei ?"
"Kami interview dua hari lepas kak ... umm ?" Kata-kata Wawa tersangkut kerana tidak tahu nama senior itu .
"Alamak maafkan saya tak kenalkan diri dulu . Saya senior tahun akhir ada lagi empat orang tetapi mereka sibuk . Nama saya Shakira panggil saya kakak ke Kak Shakira atau Shakira pun boleh pilih lah ." Jawab Shakira .
"Kakak Shakira ni pengerusi ke ?" Tanya Nora .
"Ye saya pengerusi kelab ni . Tapi tahun ni saya akan mula sibuk jadi jawatan ini akan ditukar .
Hari ni perjumpaan rasmi Puan Mei akan datang dan pilih pengerusi baru dengan melihat penilaian yang dia buat tahun lepas .
Lagi satu kunci pendua ni saya nak serahkan kepada pengerusi baru ."
Shakira memberi penjelasnnya kepada mereka berdua .
"Saya Nora junior tahun ni , sama dengan kawan saya ." Kata Nora sambil menunjuk ke arah Wawa .
"Saya Wawa ramai panggil nickname ni . Junior dan kawan dengan dia ni ." Kata Wawa .
"Awal betul korang sampai padahal mulannya sejam lagi . Semangat ! Bagus betul junior tahun ni I Like !" Shakira bercakap dengan nada yang gembira sampai senyuman lebar terukir di wajahnya .
Sementara mereka berborak di bilik menari , Soonyoung , Jun ,Minghao dan Chan dalam perjalanan ke kelab juga .
"Lampu bilik tu dah buka mesti sunbae dah sampai ." Kata Chan .
"Jom lah jumpa dia nanti dia dah sibuk tak dapat menyapa ." Kata Soonyoung .
"Jom ." Kata Jun .
"Betul juga ." Kata Minghao
Soonyoung membuka pintu bilik itu . Shakira memandang pintu dan berkata .
"Ohh abang Korea dan Chinese kita dah sampai on time ." Lalu Shakira bangun diikuti Wawa dan Nora di belakang Shakira .
"Sunbae nampaknya betul jangkaan kami ." Minghao lalu menyapa Seniornya itu dan berjalan ke arahnya .
"Nampaknya sunbae sorang sahaja pasti yang lain dah mula sibuk dengan persediaan tahun akhir ." Kata Chan .
"Lama juga tak jumpa hampir dua bulan . Aduh sakit belakang nak dongak tengok korang semua ni ."
Kata Shakira sambil mengosok belakangnya yang sakit .
Jun terlihat dua orang perempuan yang dia tak pernah lihat dalam kelab selama ini .
"Shakira siapa mereka ?" Tanya Jun .
"Mereka lah junior baru untuk kelab ni Puan Mei pilih ." Balas Shakira sambil menunjuk ke arah mereka berdua yang berdiri senyap tetapi tunduk hormat sedikit .
Nora POV
Banyak kata-kata dah memenuhi fikiran aku apabila melihat seorang dari lelaki itu pernah dia lihat semasa hari pertama di universiti .
*Ya Allah dia depan mata !?!?
Kenapa boleh sama kelab ni !?!?
Senior pulak tu !?!
Arghhhh suka mata dia !!
Baju dia OMG !
Okey bertindak normal jangan kelam kabut Nora ...*
Tamat POV
Soonyoung pergi ke arah Nora dan Wawa lalu bertanya .
"Kamu berdua ni Azuwaniza dan Norafiqah ?"
"Ye saya Norafiqah ." Kata Nora sambil menunduk ke arah lantai .
"Ya saya Azuwaniza , nama panggilan saya Wawa ." Wawa berkata dengan relaks sahaja dan memperkenalkan diri .
Nora berbisik pada Wawa .
"Wei dia punya bahasa Melayu setaraf kite ."
Wawa membalas .
"Betul dohh ... "
"Hmm ? Apa kamu kata ?" Tanya Soonyoung .
"Tak de apa tak adalah !" Nora dan Wawa jawab serentak dengan suara yang kuat .
Shakira tersengih melihat dua orang junior perempuannya itu berdepan dengan Soonyoung .
Puan Mei datang bersama beberapa orang pelajar dari performance art .
Seorang lelaki Korea yang datang sekali dengan Puan Mei dan beberapa orang lain.
Wawa memandang lalu dia terpandang cinta pertamanya ~~
{Tersedak member aothur}
Seorang abang Korea~
tinggi taste si Wawa ni tau .
Sepanjang Nora duduk di sebelah Wawa otaknya dah diawang-awangan gitu .
Nora hanya menumpukan perhatian kepada kata-kata Puan Mei .
"Hari ini kita akan memilih pengerusi baharu untuk kelab .
Berdasarkan penilaian yang di buat pada tahun lepas . Kwon Soonyoung Tahniah! kamu pengerusi baharu kelab menari ."
Puan Mei melemparkan senyuman semasa mengumumkan pengerusi baharu .
"Saya dah tahu kamu mesti akan dapat jawatan ini ."
Shakira berdiri dan memberi kunci kepada Soonyoung .
"Baiklah saya Kwon Soonyoung akan bertanggungjawab keatas kelab ini ." Soonyoung memberi ucapan kepada semua ahli kelab .
Tepukan gemuruh di berikan . Terutama sekali rakan-rakannya Jun , Minghao dan Chan .
"Woooohhh Tahniah ! Kau belanja makan celebrate nanti ." Kata Chan .
"Tahniah dan Jangan nak membongkak lebih Soon ." Kata Minghao .
"Tahniah pastikan kata-kata itu benar ya ." Kata Jun .
Soonyoung POV
Rasa nak tampar mulut members tiga orang ni sekarang .
Ucapan tahniah macam tak boleh nak ikhlas lagi dari tu .
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanficPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...
