Bab 26

19 5 0
                                    

Selamatkan aku ...

Nora sedang membaca buku diperpustakaan lalu bukunya dicampak oleh Elen .

"Kau dah kenapa ..." Marah Nora dengan nada yang perlahan .

"Kau ikut aku sekarang ada benda nak bincang ." Kata Elen dengan sungguh dingin .

"Tak nak ." Nora terus bangun dari kerusi mengambil semua barang dan buku yang dicampak Elen .

"Kau ni ikut jelah Aku ." Elen terus menarik lengan Nora secara paksa sehingga keluar perpustakaan .

Nora ikut Elen kerana terpaksa tidak mahu perpustakaan sunyi bertukar kecoh .

"Dah lepaskan lengan aku lah !" Nora menarik lengannya dari pegangan Elen .

"Farsya , Iz senyapkan mulut budak ni ." Arah Elen .

Tiba-tiba mulut Nora diikat dengan kain dan mereka bertiga menarik Nora dengan pantas supaya tiada siapa nampak perbuatan mereka .

Tetapi seseorang melihat mereka dari jauh .

"Eh tu bukan ... Nora ... kenapa dorang bertiga buat dia macam tu !" Dia teriak bersendirian lalu berlari mencari Wawa sahabat baik Nora .

~di Meja batu

Wawa dan Jungkook sedang duduk .
Wawa hanya merenung wajah Jungkook lalu tersengih-sengih berpura-pura ayu gitu .

"Jadi macam tulah ceritanya ." Jungkook habis menceritakan sesuatu tetapi Wawa masih diposisi yang sama asyik merenung Jungkook dihadapannya .

"Wawa ? Kenapa ni ?" Jungkook bertanya kerana Wawa hanya tersenyum-senyum memandang dia .

"Tak ada apa cerita awak best itu yang syok saya dengar ." Balas Wawa .

"Wawa !" Jeritan seorang wanita memecahkan suasana sweet Wawa .

"Wei masa sekarang tak sesuai ..." tetapi kata-kata Wawa itu hanya disimpan dalam kepalanya .

"Tadi aku nampak Nora macam kena paksa ikut dengan Elen ke suatu tempat . Aku risau lah . Kau pun tahukan perangai budak hot tu macam mana ?" Kata dia sambil tercungap-cungap selepas berlari mencari Wawa .

"Apa !? Nora aku kena cari dia sekarang ." Wawa terus bangun tetapi dihalang Jungkook seketika .

"Kenapa awak halang saya ... Saya risaukan dia sekarang ." Wawa berkata-kata dengan kuat .

"Sabar sebab kita perlu minta tolong yang lain juga . Sebab saya pun tahu perangai Elenor tu ." Kata Jungkook .

"Baiklah . Nurin kau tunggu saja kat sini . Kalau ada apa-apa aku call kau ." Kata Wawa .

Dalam keadaan yang kelam kabut Jungkook dan Wawa berlari ke kelas Soonyoung dan yang lain .

Soonyoung , Jun , Minghao dan Chan sedang berlatih dalam kelasnya .
Setibanya Wawa dan Jungkook mereka berempat berhenti seketika dan menyapa .

"Hey Jungkook kenapa ni muka risau sama macam Wawa ?" Tanya Minghao .

"Hyung kenapa ni ?" Chan pun bertanya sekali .

"Korang ikut saya tolonglah saya risau kalau Elen apa-apakan Nora ." Kata Wawa .

"Bila awak nampak Nora ?" Tanya Soonyoung .

"Ada orang datang dan beritahu saya . Lagipun Elen pernah ugut Nora senior ." Wawa risau memikirkan keadaan Nora sekarang .

"Apa awak cakap ..." Tanya berfikir panjang Soonyoung terus keluar dari bilik itu .

Abang Korea Cinta HatikuWhere stories live. Discover now