Bab 11

29 5 0
                                        

(Rindu) tukar ke 'Rehat yang tak menyenangkan' ...

PART 2

Pagar besi rumah di tolak dan berbunyi menandakan kedatangan seseorang ke rumah itu .

Pintu rumah itu diberikan ketukan beberapa kali .

Dan suara seorang memberikan pertanyaan .
"Maafkan saya ada sesiapa di rumah ?"

"Waalaikumusalam ... hmm !?!" Pak cik Nora yang membuka pintu terkejut melihat orang yang datang ke rumah itu .

*amboiii tinggi macam galah Cina mana pulak datang ni ?*
Kata Pak Jang .

"Selamat sejahtera saya nak jumpa Nora . Dia ada di rumah ?"
Kata Soonyoung .

Pak Jang yang memahami kata-katanya itu . Bercakap dengan kuat sehingga boleh dengar ke belakang rumah .
"Pika ni ada orang nak jumpa !"

"Ohh jap . Pika tengah sidai baju ."
Menyahut si Nora .

"Meh lah masuk dulu ." Pak Jang menjemput dia masuk .

Acik iaitu makcik Nora yang perasan ada orang datang terus pergi ke dapur buat air teh .

"Eh acik kenapa buat air ?" Tanya aku ketika melihat Aciknya pergi ke dapur .

"Ada orang datang sorang duduk kat meja ." Balas Acik .

*Kalau Wawa datang jarang buat air dah terbiasa macam keluarga layanannya . Aku kenal ke ?* Nora berfikir .

Nora cuba mengintai sedikit lalu mata Soonyoung dan Nora bertemu .
Soonyoung senyum ke arah Nora .
Dengan cepat Nora menutup kepalanya dengan kain yang hendak dijemurnya .

*weii stalker habis mamat ni  sampai datang rumah !?!?* menjerit Nora dalam Hati .

Nora berlari ke bilik di tingkat atas untuk pakai tudung .
Lalu dia turun untuk berjumpa Soonyoung .
Suara meriah didengari Nora ketika turun tangga .

Keluarganya sibuk berborak rancak dengan Soonyoung yang ramah mesra itu .

Memang keluarga peramah habis dengan semua orang .

"Syukur Mama berehat kat atas ." Nora meletakkan tangan ke dadanya menandakan perasaan lega .

Pak Man Nora terlihatnya dan memanggil .
"Apika rara !  Sinilah teman si So ni ."
Dah ada nickname special pak ciknya cipta .

Soonyoung dan tersenyum-senyum dan menutup mulut nak kawal gelaknya dari keluar .

*Ya Allah Pak Man aku sebut nama manja aku ketika kecil Whyyy ...*

Nora kelu tak terkata apabila pak ciknya menyebut nickname nya di rumah .
Tetapi dia melangkah ke ruang tamu itu juga akhirnya .

"Soonyoung kenapa awak datang ke rumah saya ?" Tanya Nora tanpa gelaran senior .
Soonyoung tak kisah Nora tak menyebut Senior dihadapan .

"Datang nak jemput kamu lah sayang . Lepas itu pergi tempat istimewa kita berdua lah wahai 'Apika Rara !'."
Soonyoung tersenyum sambil menyebut nama manja Nora dengan lebih kuat .

Nora terasa tekanan darah rendah dia menaik jadi tekanan darah tinggi tetiba .

Pak Jang , Pak Man dan Acik dah pandang semacam tersengih-sengih lagi .

"Pika kenapa tak cakap ada boyfriend ." Kata Pak Man .

"Tak lah ! Senior pika melawak je tu janganlah percaya !" Nora berkata dengan kuat .

Tetapi suka juga ada tambah 'sayang' hati Nora berdolak-dalih dengan perasaan suka dan benci .

"Pergi lah future husband dah ajak tu . Ufufuf ~"
Acik dah mula menyakat Nora yang dah naik malu .

"Ishh . Yelah Pika pergi siap ."
Nora marah lalu pergi ke bilik untuk bersiap .

Soonyoung suka melihat kerenah keluarga Nora .
Hyper , senang untuk berbual apabila ada sesuatu perkara berlaku dan baik hati .
Dia terasa rindu dengan Appa nya di Korea . Hampir empat bulan dia tidak pulang ke tanah airnya .

Hampir setengah jam Soonyoung menunggu lalu bayang Nora kelihatan akhirnya .

Nora salam pak cik -pak ciknya dan acik sebelum keluar rumah .

"Dah jom Senior ." Kata Nora .

"Ya . Terima kasih sebab jemput saya minum teh tadi ." Soonyoung tunduk hormat kepada keluarga Nora .

Ketika mereka berdua keluar sempat lagi Pak Man cakap sesuatu dengan kuat .

"Jaga Anak Orang Elok 2 !"

Nora mengabaikan kata-kata pak ciknya itu dan hanya berlalu pergi menahan malu ketika berjalan di belakang Soonyoung .

Abang Korea Cinta HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang