Hello Korea ♡
Nora telah pun tiba di Lapangan terbang antarabangsa Incheon pada pukul tujuh lebih .
Rasa sama walaupun sedikit berbeza .
Nora terlihat ada orang pegang papan yang tertulis Selamat Datang ke Korea dalam Bahasa Melayu .
Gadis bertudung juga dan ada seorang lagi tidak mungkin orang Korea .
Nora pergi ke arahnya .
"Assalamualaikum ... Ehh Nee-chan !!"
Trivia entah betul ke tak Aothur☆
(Onee-san ke Nee-san tu kakak dlm bahasa Jepun ~ Chan lebih kurang panggilan manja atau rapat dgn seseorang itu klau x silap aothur lah .. k baiii )
"Waalaikumusalamm Adik
Watashi no Imouto-chan Suprise !!"
Gadis hampir sebaya Nora itu tetiba speaking Jepun .
Nora memeluknya dengan erat . Kakak angkat yang dia sayangi seperti kakak kandungnya .
"Rindunya dengan kakak maaf selama ni tak contect langsung akak sejak akak pegi Sarawak ."
Kata Nora dan lepaskan pelukan rindu itu .
"Adik ku Nora Nee-chan pun rindu ."
Kata Hanna .
"Macam mana pula akak ke Korea bukan akak nak sambung belajar dekat Jepun untuk jadi pelukis komik ?"
"Hahahahah panjang ceritanya dah kenalkan ni Eunyoung ."
Kata Hanna .
"Annyeong haseyo . Saya Kwon Eunyoung ." Wanita itu memperkenalkan diri . Senyuman dan matanya seperti Soonyoung tetapi Nora terlupa .
"Annyeong haseyo ." Balas Nora sambil menunduk sedikit .
Nora berbisik pada diri sendiri .
*wajah dia macam aku kenal ? Kenapa tetiba aku lupa ...
hmm abaikan jelah*
"Saya bakal jadi kakak angkat kamu untuk sebulan ni ." Kata Eunyoung lalu tersenyum dan bersalaman dengan Nora .
"Ohhh jadi awak anak family angkat saya . Terima kasih datang jemput saya ." Nora tunduk hormat lagi sekali .
"Sehari sahaja esok saya kena pergi ke kerja dan kamu akan tinggal dengan Appa dan Eomma saya ." Kata Eunyoung sambil menunjukkan senyuman .
"Okey hari ni kamu akan ikut Eunyoung esok baru kita berjumpa di universiti . Jangan risau nee-chan datang ambil esok ." Kata Hanna .
"Mari lah ke kereta saya . Saya hantar awak ke rumah keluarga saya ." Eunyoung memberikan senyuman yang manis kepada Nora .
"Terima kasih ."
Mereka pun pergi ke rumah keluarga Eunyoung .
Akhirnya mereka tiba .
"Inilah rumah keluarga saya ." Eunyoung menunjuk rumah yang bercampur ciri moden dan tradisional Korea sedikit .
Rumahnya berada dipinggir bandar tapi berdekatan juga dengan universiti yang Nora akan melawat dan rasai pembelajaran di Korea .
"Omo dia dah sampai ." Seorang Wanita keluar dari pintu hadapan rumahnya dengan berwajah gembira .
"Serius Ke Yeobo . Wohwooh Anak angkat kita ." Kemudian diikuti seorang lelaki bersebelahannya .
Pasangan itu sungguh hyper dan gembira melihat kehadiran Nora dan Eunyoung yang berada di halaman depan .
"Eomma Appa Eunyoung dah sampai ." Eunyoung berkata dengan nada yang gembira dan kuat .
"Eunyoung sampai pun kamu .
Mana dia bakal adik angkat kamu tu ." Wanita pertengahan usia itu mencari kelibat Nora dan terlihat Nora sedang berdiri jauh di halaman tersipu malu .
"Aigooo janganlah jauh sini lah ." Makcik itu melambai supaya Nora datang lebih dekat dan menyapa mereka .
"Annyeonghaseyo ." Nora menyapa pasangan itu dan menunduk sedikit menandakan hormat .
"Ireumi mwoyeyo ?" Tuan Kwon tanya nama Nora .
"Jae ireumyeon Norafiqah eiyeyo ."
Nora memberitahu namanya .
(Okey aothur stop merepek dengan formal korean yang aothur senditi main amik je )
"Annyeonghaseyo saya Tuan Kwon selamat datang ke rumah kami sekeluarga . Panggil sahaja Appa ." Pakcik itu menyapa Nora .
"Annyeonghaseyo saya isterinya Panggil saja Eomma ya ." Makcik itu memegang kedua belah tangan Nora dan tersenyum gembira memandangnya .
Walaupun bakal tiba musim bunga tetapi suasana sejuk masih terasa di Korea .
"Dah jom masuk sejuk ni ."
Puan Kwon mengajak Nora masuk .
"Nora mulai hari ini duduk dekat bilik anak pak cik boleh ?"
Kata Tuan Kwon .
"Boleh sahaja saya tak kisah ."
Balas Nora .
~~
"Ha ~ ni biliknya . Bilik anak lelaki eomma ." Kata Puan Kwon .
"Oh mak cik ada seorang lagi anak ." Balas Nora .
"Ya , tapi dia jarang pulang sebab dekat luar negara . Maaf lah ya sebab Eunyoung selalu balik rumah sini kalau tak sibuk kerja . Bilik tetamu pula tak besar sangat kalau nak letak barang Nora belajar .
Jadi tinggal lah bilik anak eomma , meja dia pun kamu boleh guna sekali ."
"Jangan lah risau mak cik saya tak kisah sangat pun asalkan cukup selesa untuk saya tinggal ."
"Panggil eomma ~ lagipun sebulan ni kamu menjadi ahli keluarga Kwon ." Balas Puan Kwon .
"Sa-saya cuba eomma ." Nora tersenyum dan berasa malu sikit .
"Boleh pun sebut eomma ." Puan Kwon tersenyum sambil memandang Nora .
"Malam ni kita buat majlis sempena kedatangan Nora ya Yeobo ." Kata Tuan Kwon yang tiba-tiba menyampuk .
"Eun setuju juga ." Eunyoung pun menyampuk sekali .
Nora hanya tersenyum lebar hingga menampakkan gigi kerana gembira kedatangannya dirai oleh Keluarga Kwon .
A/n :
Taram je nama family :'(
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Korea Cinta Hatiku
FanficPerhatian cerita ini tak memfokuskan 100% Kwon Soonyoung ... * * * Cerita tentang seorang wanita yang meminati salah seorang jejaka-jejaka yang datang sebagai transfer students ke Malaysia di sebuah universiti yang termasyur dalam bidang Art and Des...
