〖 CHAPTER 9 - F 〗

297 41 8
                                    

『 Universiti | 8:30 a.m 』

Minhyun masuk ke dalam universiti untuk mencari Nayoung .

" uwahh Minhyun ! Weh MINHYUN !! " jerit salah satu pelajar universiti yang amat menggemari wannaone . Disebabkan dia , Minhyun menjadi tarikan ramai . Ramai pelajar yang mula menangkap gambarnya dan mengupload di media sosial . Minhyun berjalan laju untuk cuba mengelak daripada semua yang menganggunya . Tiba-tiba , dia ditarik oleh seorang lelaki  yang mungkin merupakan pelajar universiti itu kerana dia memakai kad pelajar. Dia dibawa masuk ke kelas yang kosong .

" Apa ni ? Siapa awak ? " Minhyun bertanya dan memandangnya hairan .

" Sebelum tu , ... " pelajar itu mengeluarkan telefon pintarnya dan mengajaknya untuk berselfie. Minhyun hanya ikutkan sahaja kemudian dia bertanya semula soalan tadi.

" Oh , saya kawan Nayoung . Ni ha , Nayoung ada dekat dewan sebab adik dia tengah graduate. " terangnya . Minhyun menggaru kepala . Aduh , nak panggil kesian la pula, graduate adik dia kot ?!

" Macam mana awak tahu eh saya cari Nayoung ? " soal Minhyun ingin tahu.

" Alah , media sosial bersepah la bagitahu . Repeat again , BERSEPAH. "

" Ouh .. Habis Nayoung dekat sana dengan siapa ? " soal Minhyun lagi.

" Lah , of course la family dia ada . Nama pun graduasi , sekali seumur hidup tahu tak . By the way , Nayoung ada pesan dekat saya yang kalau jumpa hyung , tolong bawa hyung pergi dewan so jomlah . "

Minhyun mengikuti langkah budak lelaki itu memandangkan dia tidak tahu selok-belok universiti ini.

『 Hall 』

" Tu , pergi duduk sebelah Nayoung . " lelaki itu menunjukkan arah dimana lokasi Nayoung duduk bersama keluarganya . Baru sahaja lelaki itu mahu meninggalkan Minhyun , Minhyun memegang tangannya.

" Nak pergi mana ? "

" Nak duduklah takkan nak berdiri pulak. " cebiknya.

" Er-er...kalau hyung duduk tempat lain tak boleh ke ? Seganlah. " tanya Minhyun .

" Hyung , ini amanah saya . Please , jangan khianati amanah saya yang Nayoung bagi. Pergilah , nothing to worried. " katanya sebelum berlalu meninggalkan Minhyun seorang diri. Atas disebabkan kata-katanya , perlahan-lahan Minhyun berjalan kearah Nayoung. Amanah orang , kena jaga dan tepati.

" Huh , Minhyun bila sampai ? " Nayoung menegurnya sebaik sahaja perlahan-lahan Minhyun duduk di kerusi yang berada di sebelahnya.

" Tadi " sepatah sahaja dia menjawab . Tujuannya sekarang bukan untuk menghadiri majlis graduasi.

" Kita bincang lepas habis majlis. Saya kena bagitahu keluarga saya juga." Nayoung berbisik kerana majlis sudah dimulakan. Minhyun hanya mengangguk dan terpaksa menyaksikan majlis itu . Nak main telefon , tak hormat pula majlis orang.

🍦🍬🍦🍬

Daniel mengambil tempat duduk di bangku taman dan makan waffle sebagai sarapan. Tangannya masih bermain telefon bimbit untuk mencari maklumat Sohye. Sudah hampir 50 akaun dia buka namun lokasi Sohye masih tak ditemui malah tiada petunjuk di mana dia berada . Hanya petunjuk 2 bulan lalu dia berada China . Takkanlah dia masih ada dekat China kan?

Melihat keindahan bunga , dia teringatkan akan waktu-waktu yang mereka lalui sama-sama. Daripada kesedihan jadi kegembiraan , kegembiraan bertukar pada pahitnya kehidupan dan semuanya sangat memberi makna dan dia sangat terkesan jika mereka betul-betul perlu berpisah. Kegembiraan yang mereka lalui serentak kerana berjaya mengejar impian untuk debut , pahitnya pula apabila dikenangkan perkataan bubar. Hanya tinggal satu hari lagi dan sekarang ini kurang daripada 24 jam. Ayat author jiwang HAHAHAHA .

" Kau nak tahu tak , kakak aku kata kan. Dia jumpa Sohye...aku kata lah dia tipu sebab dia tu suka main-main dengan aku. " Daniel yang terdengar perbualan 2 orang gadis memasang telinga sambil mengunyah waffle .

" Ye ke ? Takkanlah benda macamtu pun kakak kau nak tipu. " bantah kawannya yang disebelah.

" Yelah , kau bayangkan haritu dia tipu aku dia pergi Premier showcon wannaone , padahal dia pergi teater cerita rakyat je . Buat aku sakit hati je , dia tahu aku minat wannaone lepastu boleh tipu aku pasal tu. Cerita je nak gempak,"

Daniel tergelak kecil dengan cerita gadis itu. Apa tipu benda-benda macamtu , tak baik !

" Kakak kau cakap dekat mana dia jumpa Sohye tu ? Bila ? "

" Dekat Guri , ni pagi la dia bagitahu aku. Kau rasa dia tipu ke betul ? Tapi ada logik juga tau sebabkan haritu aku ada terserempak dengan Sejeong dekat sana. " kawannya sekadar mengangkat bahu .

Daniel segera bergegas ke Guri , mana tahu betul apa yang mereka katakan. Harapnya dia dapat berjumpa la dengan Sohye. Jaraknya sekarang adalah 15 kilometer daripada tempat Sohye berada.

🍦🍬🍦🍬

Sejeong memisat-misat matanya. Dia agak keliru dengan persekitaran . Selimut dilipat sambil melihat sekeliling . Aku dekat mana ni ?

" Hm , dah bangun ? " seseorang menegurnya dengan memegang secawan air.

" Eo ? Annyeonghaseyo. " Sejeong menunduk 90° apabila terpandang Sungwoon . Sungwoon duduk di sebelahnya dan menghulurkan cawan itu kepadanya. Sejeong menyambut hulurannya dan mengucapkan terima kasih. Dia meneguk air itu.

" Aku tertanya-tanya lah , macam mana la kau boleh mabuk teruk sangat. " Sungwoon membuka topik. Sejeong pula hairan ? Mukanya menunjukkan reaksi bila-masa-aku-mabuk-?

" Aih , semalamlah . Kau keluar dengan Chungha kan ? Sampai semua cerita pasal adik kau , kau ceritakan dekat aku. Jangan risau , aku simpan masalah kau dengan adik kau tu. "

" Oh ya ka ? Er-err maaf. Semalam ada lagi tak benda yang .. agak luar jangkaan yang aku buat ? " Sejeong bertanya lagi inginkan kepastian.

" Ada. Kau nak aku yang papah , bila Chungha atau Guanlin nak papah kau taknak. Beria kau tolak dorang , aku juga yang kau cari. Dahla nak aku yang papah , dalam kereta boleh pula kau tidur pegang tangan aku. " Sungwoon bercerita dengan selamba badak. Muka Sejeong sudah merah seperti tomato . Lahaii , malunya !!

" Err sorry . Saya tak sedar pasal tu. Minta maaf sangat-sangat. "

" Hm. Saya faham , sokay. "

Keadaan sepi secara tiba-tiba. Kejanggalan menguasai suasana. Sungwoon bermain telefon di sebelahnya manakala Sejeong tidak buat apa-apa.

" Nak dating pun , janganlah open sangat. " Jinyoung dan Guanlin sengaja mengusik hyungnya itu apabila mereka melihat hanya Sungwoon dan Sejeong berada di ruang tamu.

" Yah , Guanlin ! Bae Jinyoung ! " Sungwoon membuat muka geram dan mengejar mereka . Mereka melarikan diri . Sejeong pula akhirnya membawa diri kedalam bilik.

" Weh , eee asal kau tak papah aku semalam ? Sungwoon dah ceritakan semuanya tahu tak ." Sejeong membebel pada Chungha.

" Aku dah papah , kau yang taknak..kau jangan nak salahkan aku eh. Dia yang gatal Lol " Sejeong menggaru kepala . Argh macamana nak berdepan dengan Sungwoon nanti ?! MALUUUUUU LA

🍦🍬🍦🍬

takmo update agi kalau tak komen.
hmmmmmmmm
hmmmmmmmm
HAHAHAHA NGADA LEBIYH

Random tags : jihoonieslifeitsmeparkwoojinwebarebaejinswannablebae11hyunjuwu-KyungNandablondejunhuipeanuteuuugreen-peasWANNAONE99

『 48 Hours ✿ Wanna One  』 Where stories live. Discover now