🍁PROLOG🍁

14.5K 404 63
                                    

NIEL cuak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NIEL cuak. Dia tidak mahu Hannah terjaga. Macam mana ni, takkan nak tidur balik? Macam tak logik, kan?

"Niel, awak dah sedar." Tubuh Niel terus dipeluknya.

"Kau nangis ke Hannah?" Niel bimbang.

"Kenapa awak degil? Kenapa awak nak juga kejar saya bila saya dah cakap yang saya tak nak awak ikut saya? Kenapa tetap ikut? Kenapa awak buat saya macam ni?" Belakang tubuh Niel ditumbuknya bertubi-tubi.

Niel memejam matanya menahan sakit. Ya Allah, penangan dia pergh pedih.

"Awak tahu tak kalau apa-apa jadi dekat awak saya takkan sesekali maafkan diri saya. Awak jahat! Kalau lagi sekali awak buat saya cubit awak!"

"Uish! Hannah apa ni? Cakap lain kali, ni bukan lain kali ni nampaknya macam sekarang. Sakitlah Hannah," adu Niel. Berkerutan dahinya.

"Awak sakit ke? Saya minta maaf Niel, saya tak sengaja." Lengan Niel yang dicubitnya segera diusap untuk mengurangkan rasa pedih.

"Tak apa, aku okey Hannah. Sikit je kau cubit."

Niel hampir menjerit namun ditekup mulutnya tatkala tangan Hannah kembali terarah di lengannya.

"Tak sakit, kan?"

"Kau sengaja, kan?" Hannah ketawa kecil.

"Awak kata tadi sikit je kena cubit. Jadi, tak salah sikit tu ditambahkan."

Niel mulai tak keruan apabila Hannah senyum. Terus kepalanya di serang rasa sakit kepala.

"Aduh, jangan senyumlah! Aduh sakitnya kepala..." Kepalanya dipegang.

"Sorry, tak sengaja. Saya senyum je pun, tak sangka pulak effect sampai ke kepala."

"Dahlah kau apa tahu, apa pun kau tak tahu. Jadi, dah kalau pandang aku jangan senyum."

"Hannah." Niel menegur.

"Okey, okey."

"Kau nak pergi mana tu?"

"Nak keluar pergi kantin beli makanan."

"Sebelum tu ambil dekat aku air, tu cawan aku jatuh." Mulutnya dimuncungkan ke tepi katil.

"Iyelah." Hannah akur.

Baru sahaja Hannah menunduk, tiba-tiba Hannah menjerit kesakitan. Terjatuh Hannah sambil memegang perutnya.

"Hannah, kenapa ni?" Niel lekas menuruni katil.

"Sakit, perut saya..."

"Sekejap aku panggilkan doktor." Dalam kepayahan Niel bangun semula untuk mencapai butang panggilan.

"Tak apa Niel, saya okey."

"Jangan macam ni... Sekejap, tadi kau buat tak pemeriksaan tak?"

"Tak sebab saya..." Membulat mata Niel.

KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now