🍁BAB 15🍁

2.9K 143 0
                                    

"DAH okey?" Air mata Hannah diusapnya. Simpati melipat-lipat pada nasib yang menimpa diri Hannah.

Hannah mengganguk lantas mengelap air matanya yang mengalir.

"Sekarang kau tenangkan fikiran kau dan lepas kau okeu kita masuk kelas," usul Aireen sambil membuka penutup botol air mineral yang dibelinya semasa dalam perjalanan ke universiti.

KERETANYA dipandu selajunya melintasi jalan raya yang sesak melalui laluan kecemasan. Bunyi hon yang bertubi-tubi langsung tidak diendahkannya

Minyak ditekannya dan dipandu selajunya.

AUFA membuang pandangannya keluar. Tak langsung dia mengalihkan pandangannya mahupun bersuara.

"Tak pasal-pasal aku kena cuti. Dahlah aku patut hire pesakit bilik 206 Irisya tu, ingat senang ke doktor praktikal macam aku nak hire pesakit?" Aufa sudah menyumpah seranah dalam hatinya. Naik bengang tahap gabban dah!

"Salah aku jugak, yelah yang aku pergi suruh dia lepas buat apa?" monolog Aufa sendirian meneleku otaknya memikirkan ada juga kesilapannya berlaku semua ni.

"Abang minta maaf."

"Itu sahaja la dialog abang." Aufa menjeling sekilas kepada Rauf.

"Dari dulu sampai sekarang, tak pernah sehari pun abang tak sakitkan hati Aufa. Hampir setiap hari tak sudah sakitkan hati Aufa," sambung Aufa lagi bernada kemarahan.

Tiba-tiba Rauf memberhentikan keretanya secara mengejut membuatkan Aufa terkejut.

Aufa melihat suasana di luar. Mereka di tepi cerun bukit? Dah gila ke? Dia mengalih pada Rauf yang masih setia memegang stereng kereta.

"Dah lama sangat dah ke hah hidup? Dah sakitkan hati Aufa sekarang ni lepas tu nak Aufa mati pulak ke hah?" Aufa mengherdik.

"Fine! Now tell me, apa yang abang dah buat dari dulu sampai sekarang Aufa still ungkit abang sakitkan hati Aufa tak henti, jadi beritahu abang apa yang abang buat sampai sakitkan hati Aufa? Sampaikan Aufa sanggup layan abang macam abang buat dosa membunuh!" Bahu Aufa terhinjut akibat terkejut dengan ketinggian suara Rauf.

"Beritahu abang, Aufa!" tegas suara Rauf membuatkan Aufa tergamam kerana selama ini Rauf sama sekali tidak pernah meninggikan suara padanya.

"Tell me now!"

Apa yang dia perlu jawab sedangkan Rauf tahu jawapannya sendiri? Kenapa perlu tanya dia? Aufa dibelenggu keegoan.

"Abang jangan pura-pura la, enough! Tak perlu berdalih lagi, Aufa serius cakap, stop! Aufa tak suka bangkitkan hal dah berlalu."

"Kalau Aufa tak suka bangkitkan hal yang dah berlalu tapi kenapa Aufa masih tuduh abang menyakiti hati Aufa?" Rauf masih bertegas mahukan jawapan.

Aufa bungkam.

"I said stop it la abang! Aufa tak nak cakap dah hal ni! Cukuplah!"

"Abang nak jawapan tu sekarang!"

"Abang ni kenapa? Abang ingat abang ni siapa? Abang ingat abang ni suami Aufa ke? Abang tak ada hak nak tinggikan suara ataupun mendesak Aufa macam ni, abang bukannya sesiapa pun tapi kalut nak tahu pasal Aufa!" Angin Aufa sudah menyerap ke seluruh tubuh badannya.

Habis seluruh kata yang pedas dan menyakitkan hati dihamburnya keluar.

BUNYI tayar kereta yang menggesek jalan tar di kawasan universiti itu jelas membuatkan semua pelajar yang mendengarnya, serentak melihat kereta tersebut.

"Siapa tu?"

"Bising gila siot!"

"Dia ingat bapak dia punya uni kut!"

Niel memakai cermin matanya yang menggambarkan dirinya yang sangat dikenali oleh seluruh yang belajar di universiti ini.

"Itu anak sedara Puan Izzah lah!" kata seseorang pelajar disitu mewakili yang tahu.

Semua yang mendengar siapa pemilik yang membuat onar dan mengganggu pendengaran mereka, lekas semua beredar membuat hal masing-masing.

"SAMPAI hati dia sampai sanggup tolak kau."

"Kau ni merepek je la, dia tak tolak aku pun."

"H tengok-tengok tu. Kenapa kau pertahankan lagi dia?"

"Dah aku yang jatuh sendiri, kau tahukan aku jenis suka pijak kain kalau pakai baju kurung," beritahu Hannah tentang satu perangainya yang jelas diketahuinya sangat membahayakan dirinya tapi baginya ianya tetap ada sedikit lucu.

Aireen ketawa. Dia pun rasa lucu je Hannah ni. Dahlah pernah jatuh masa naik tangga nak ke dewan kuliah, kesian sangat.

"Sakai betul la kau ni, sedih sedih pun buat jugak lawak hambar."

"Yelah takkan nak sedih je memanjang. Lagipun mungkin ni takdir yang aku harus lalui." Mula katanya bernada ceria tetapi dipengakhiran pula bernada kekecewaan.

Terperanjat Hannah apabila lengannya direntap begitu sahaja membuatkan dia sedikit terkejut.

Niel?

"Lepaskan! Awak ni kenapa?" pekik Hannah perlahan. Oleh kerana berada di kawasan yang penuh dengan khalayak ramai, dia perlu mengelakkan fitnah dari berlaku.

Dia gementar. Mana pernah dia cuba mahupun berniat meninggikan suara pada Niel.

Niel mengabaikan pekikan Hannah dan dia terus berjalan menarik lengan Hannah mengikutinya.

"Lepaslah!" Berkerut wajah Hannah meronta meminta untuk dilepaskan malah Niel makin menguatkan.

Dia memalih memandang wajah Hannah.

Niel diserbu kehairanan melihat wajah Hannah, mengapa Hannah menangis lagi?

Matanya dialih menumpu pada kain Hannah. Masih merah dengan tompokan darah. Masih sakitkah dia?

"Ikut aku."

Aireen berjalan selajunya menghalang Niel dengan berhenti di hadapan Niel.

"Kau siapa?" Suara Aireen membantutkan langkah Niel daripada diteruskan apabila Aireen selamba menjadi penghalangnya.

"Jangan cakap kau ni lelaki tak guna tu!"

Niel senyum sinis. Baru selangkah ingin melangkah menakutkan Aireen yang lagak seperti ketua mafia ingin menakutkannya. Silap besar la kau perempuan.

"Awak please! Saya akan ikut awak, jangan apa apa kan Aireen."

"Hannah!" Aireen membentak tatkala mendengar Hannah akan mengikut lelaki di hadapannya ini.

"Jangan risau, aku takkan apa-apa."

"Kau dengar, kan? Dia sendiri beri kau jaminan yang dia takkan apa-apa. Jadi kau jangan menyibuk. Kau ingat aku ni jahat sangat ke sampai nak apa-apakan anak dara orang?"

Aireen berdecit kasar. Tak guna betul!







KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now