🍁BAB 29🍁

2.3K 119 92
                                    

BUNYI ketukan pintu diselangi loceng bertubi-tubi membuatkan Hannah yang sedang sibuk mengenakan pakaian terus terhenti perbuatannya. Hannah mengetap bibir, panas hati dengan si gerangan yang mengetuk pintu tidak henti-henti.

"Boleh sabar tak?" Hannah mengemaskan lipatan tudungnya kemudian lantas mendapatkan tombol pintu utama.

Hannah terlopong sebaik sahaja dia membuka pintu dan terlihat susuk tubuh Niel yang kemas dan segak mengenakan pakaian baju melayu lengkap.

"Dah kenapa awak pakai samping pula dah ni, Niel?" Hannah menekup mulutnya, hampir sahaja melepaskan ketawa.

"Nak ikut kaulah, kau suruh aku bersiap, kan? Nak solat subuh dekat masjid dengan terus dengar ceramah." Niel masih dengan lurus bendulnya.

"Awak ingat kita nak solat raya ke Niel?" Hannah ketawa besar sekali lagi tapi kali ini kuatnya... Ya Allah, kalau hantu menjerit.

"Bukan ke kena pakai baju melayu?" Hannah menepuk dahi mendengar pertanyaan itu. Rupanya Niel ni lurus bendul.

"Tapi bukan pakai lengkap macam ni, Niel."

"Salah ke Hannah?" Tidak sampai hati hendak memarahi Niel. Kacak sangat, lagi-lagi bila Niel menyoal sebegitu. Comel sangat. Melting tengok.

"Okey la tu, kejap saya ambil beg tangan dan buku nota."

"Kau lagi cantik Hannah." Niel melakar senyum kemudian memusingkan tubuhnya sambil memeluk tubuh. Hannah bijak memikat hatinya, hatinya dihiasi bunga jelita milik Hannah.

"Jom Niel." Hannah mendekati setelah mengunci pintu pagar.

Senyuman Hannah terus pudar apabila Niel turut mendekatinya malah wajah mereka begitu rapat, jarak hanya seinci membuatkan nafas Hannah terhenti buat seketika. Bau haruman minyak wangi yang sering digunakan oleh Niel menusuk rongga hidungnya sehingga jantungnya hampir terhenti berdegup.

Lama-lama wajah Hannah memukau pandangannya. Dia terus mendekatkan mulutnya ke telinga Hannah. Hannah dah gelabah, bimbang Niel mengucup pipinya. Nasib ke telinga, kalau tidak dia karate dah.

"Boleh tak kalau jangan cantik sangat, macam mana kalau orang lain terpikat?" Hannah terpinga-pinga.

"Saya cantik?" Hannah terus mengejar. Pipinya yang merona merah tidak langsung dia hiraukan bahkan dia teruja dipuji sebegitu.

"Jangan pandang aku, susah betul nak larikan pandangan daripada kau."

"Jadi betul la saya cantik?" Hannah ketawa kecil. Gembira apabila Niel sudi memujinya.

"Perempuan, memang perasan."

"Tadi awak kata saya cantik." Suara Hannah automatik mengendur.

"Ya Hannah Qalisha. Kau cantik sangat. Cantik, kalah bidadari dan Ratu Malaysia..." puji Niel meleret tetapi lebih kepada menyindir.

"Awak pun hensem Niel. Hensem, kalah hero novel." Hannah senyum manja lalu lantas meloloskan diri di dalam perut kereta Niel.

"Kurang asam betul, dia samakan aku dengan watak hero dalam novel yang tak wujud? Sabar Niel, itu maknanya kau hensem. Kau memang hensem Niel, kalah Rosyam Nor. Percayalah." Niel mengurut dadanya sambil menarik nafas supaya sabar.

Hannah ni kalau sehari tak buat aku angin memang bukan dia dan... Kalau sehari dia tak buat aku jatuh cinta berkali-kali bukan dialah... Haish Hannah, aku sayang kau. Aku cintakan kau dengan sepenuh hati aku.

"PINTU taubat Allah Swt sentiasa terbentang luas, namun akan tertutup jika seseorang hamba itu hampir menemui ajalnya dan apabila telah sampai detik kehancuran dunia iaitu tibanya hari kiamat."

KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now