Tok! Tok!
Niel terus bangun mengejut. Bulat matanya apabila Hannah tiada di sisi. Dia pusing kanan, dia pusing kiri, kedua-dua tiada. Bingkas dia turun dari katil, di setiap pelusuk bilik digeledahnya seolah Hannah disumbat di dalam almari. Sayang betul ni. Adeh...
“Abang Niel! Cepatlah buka pintu! Kitaorang ada curi bidadari Abang Niel ni, kalau Abang Niel tak buka pintu secara rasminya bidadari abang geng kami.” Suara itu kuat bahkan dua tiga pemilik suara yang melaungkannya.
Niel tangkas menyusun langkah ke pintu. Pintu dibukanya pantas. Tatkala pintu terbuka luas, mata Niel menjamah sekumpulan sepupu perempuan termasuk adiknya Aufa sedang berdiri sambil tersengih-sengih.
Dia tidak ambil peduli, kepalanya dipanjangkan mencari kelibat Hannah dibelakang mereka. Namun, tiada.
“Mana Kak Hannah, kauorang nampak tak?” Niel bertanya dengan nada yang cukup gusar.
“Kak Hannah hilang, dia keluar bawa beg tadi sambil nangis-nangis. Kesian Kak Hannah,” beritahu Aufa sambil berpura-pura sedih.
“Kenapa Kak Hannah menangis? Kauorang cakap apa-apa ke?”
“Eh, bukan kitaorang tapi abang. Abang yang buat Kak Hannah menangis,” balas salah seorang sepupu perempuannya.
“Tepi, abang nak cari Kak Hannah.” Niel memusingkan tubuhnya dan menuju ke pintu almari, pintu almari dibukanya seraya menarik sehelai baju tshirt dan disarung ke tubuhnya.
“Aip, mana boleh.”
“Aufa, jangan buat abang naik angin. Kauorang ingat main-main ke?”
“Risau betul,” ujar Hannah lembut seraya ketawa kecil. Lucu mendengar suara Niel yang risau benar akan dirinya.
Hannah menunduk sedikit, takut terbongkar prank yang dirancang oleh Aufa untuk mengenakan Niel. Katanya, semua pasangan pengantin baru dalam keluarga pasti akan diprank sebegini, oleh itu dia bersetuju sahaja.
“Bidadari untuk bidadara kacak!” Bergema satu rumah mendengar jeritan mereka. Mereka berpusing-pusing menolak Hannah dari belakang ke depan dan akhirnya terjatuh dalam pelukan Niel.
“Yeay! Berjaya! Jom jom, kita turun bawah! Siapkan aktiviti seterusnya. Beri ruang pada pengantin baru untuk berdrama,” arah Aufa dengan suara yang lantang. Mereka berpusu-pusu turun ke bawah semula.
Hanya tinggal Niel dan Hannah yang masih berpelukan.
“Abang...” Hannah memanggil dengan nada yang perlahan.
Janggal sedikit apabila dia berpelukan secara mengejut sebegitu. Niel meleraikan pelukan. Dia terpegun seketika, terpesona melihat kecantikan Hannah yang dihias seperti puteri gunung ledang.
“Cantiknya bidadari abang ni,” puji Niel seraya matanya menatap wajah Hannah.
“Jom kita duduk, penat berdiri dari tadi.” Hannah mengajak.
“Siapa yang hias dear?”
“Tukar panggil dear pula?”
“Dear kedengaran sweet, jadi abang panggil Hannah dear. Okey?”
“Hannah okey.” Hannah mengangguk sambil menguntum senyuman manis.
“Siapa yang hias ya huriyah abang ni?” ulang Niel semula seraya menyelitkan rambut Hnanah yang berjuntaian di belakang telinga.
“Aufa dan sepupu yang lain yang hiaskan, diaorang cerita yang setiap kali perkahwinan yang berlaku dalam keluarga ni, pasti ada aktiviti prank-prank macam ni. Tapi sekadar prank je, bukan amalan.” Hannah menerangkan.

YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomanceSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...