Jemput baca, jangan ketinggalan bab 37 ya😜jangan lupa tinggalkan jejak seperti komen dan vote eh! Aye sayang korang! Muah-muah!
“NIEL, ambilkan buah strawberi...” bisik Hannah yang sedang sedaya upaya mengawal nafsu syahwatnya. Dia lapar. Lapar sangat walaupun dah makan tadi.
“Kau lapar lagi ke Hannah?” Niel mengalihkan tubuhnya.
Jurugambar tidak henti mengambil gambar mereka berdua untuk dijadikan sebagai kenangan. Oleh itu mereka naik ke atas pelamin semula, hampir seluruh tetamu sudahpun beredar pulang membuatkan mereka berasa lega kerana tidak terlalu bising, lagu juga dipasang perlahan.
“Lapar strawberi...” Kedua-dua tangannya diletak di atas bahu Niel sambil berbisik dengan nada suara yang manja.
“Nak aku ambilkan ataupun kita berdua turun sekali?” Niel memberi pilihan. Mata Hannah ditatapnya dengan senyuman yang nakal.
“Turun sekali, boleh?” Niel menjauhkan muka dan beriak serius semula.
“Tak payah. Nanti tersadung ke terjatuh ke, siapa susah?” Hannah mencebik.
“Lainkali jangan bagi pilihan.”
“Tangan dengan mata tu nak bawa lari mana?” Niel angkat kening tanda serius. Matanya menumpu pada mata dan tangan Hannah.
“Apa awak ni?”
“Dah letak jangan gatal nak ubah.”
“Saya tak fahamlah Niel.” Muncung bibir Hannah. Bengang dengan Niel yang gemar buatnya tertunggu-tunggu.
“Maksud aku tangan kau dengan mata kau terpana dekat aku aje tadi, kan? Biar aje terpana di pandangan aku. Jangan ubah, faham?”
“Kalau saya berkeras nak ubah juga?”
“Aku cari perempuan lain.” Sejurus itu Niel menapak turun dari pelamin dan ke meja makan pengantin untuk mengambil strawberi yang diidamkan Hannah.
Hannah kemam bibir menahan air mata yang hendak menitis ke pipi. Hatinya cepat terasa. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengawal rasa sedih ini. Dia rasa sangat sedih mendengar jawapan itu.
Kelihatan melebih tapi dia rasa hatinya terlalu cepat sensetif. Selama ini dia tidak kisahpun ataupun mengambil serius dengan gurauan Niel tapi kali ini hatinya mudah sedih.
Hannah berdiri dan berhati-hati menuruni setiap anak tangga pentas untuk ke bilik persalinan pengantin yang terletak di tepi dewan.
Membulat mata Niel apabila melihat susuk tubuh Hannah tiada di tempat duduk pelamin. Lantaran itu matanya melilau mencari kelibat sang isteri. Gelisah bertandang tatkala matanya tidak dapat menangkap di mana keberadaan Hannah.
“Hannah.” Mata Niel mengecil apabila matanya menangkap satu susuk tubuh sedang meloloskan tubuh di sebalik pintu. Dia yakin itu Hannah. Siapa lagi pakai pakaian pengantin selain Hannah? Mesti Hannah.
“Hannah, kenapa ni?” Niel menguak pintu.
Niel merapat. Hannah menjeling sekilas lalu menjarakkan kedudukannya.
“Kenapa ni sayang?” Niel ingin meraih tangan Hannah namun Hannah pantas menjauhkan.
Niel senyum kemudian tangkas Niel merentap lembut tangan Hannah.
“Kenapa sayang tak cakap nak berasmara dalam bilik?” bisik Niel lalu menatap muka Hannah yang cemberut.
“Gatal!” Hannah berdecit sambil mengetap bibirnya kuat. Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Niel tapi langsung tidak berjaya.
![](https://img.wattpad.com/cover/176729715-288-k637993.jpg)
YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomanceSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...