"Apa lagi yang kau mengelamun ni? Dah tak nak makan ke? Ke nak tunggu roti tu bersuara baru kau nak makan?" Niel terus pandang Hannah yang masih hanyut dalam lamunannya.
"Ha?" Hannah masih lagi dikuasai rasa tidak percaya.
"Wake up Hannah. Kelas kau dah nak start, kan? Kau nak kena marah dengan pensyarah kau ke terkemut-kemut macam ni?" Hannah kejutkan dahi.
"Semut? Bila masa saya bela semut? Kenapa? Semut ada dekat tudung saya ke?" Hannah sibuk memeriksa tudungnya. Mencari-cari semut yang dikatakan itu.
"Ke kau nak aku suap kau makan ni?" Terhenti terus perlakuan Hannah.
"Suap? Siapa nak suap?" Hannah menoleh ke belakang. Sungguh dia tidak dapat menangkap apa yang lelaki itu cuba sampaikan. Mata ni dah tawaf keliling dah, tapi tak ada pun orang bersuap? Tapi kalau ada pun, apa kena mengenanya dengan aku?
"Buka mulut tu." Kedengaran Niel bersuara semula membuatkan Hannah m menoleh semula.
"Look at me okay? Biar aku suap kau sebab aku pun dah lambat." Baru sahaja Hannah terpegun dan ingin membuka mulutnya untuk menerima suapan itu, ketika itulah suara Niel menyapa kuat telinganya.
"Adik?" Hannah terkelu. Aku berangan? Bukan betul pun la? Aduhai malunya!
"Ye?"
"Bungkus roti ni," pinta Niel seraya menghulurkan pinggan berisi roti bakar serta semangkuk telur separuh masak kepada pembantu gerai makanan itu.
Pembantu gerai itu menyambut lalu mengangguk.
"Ni kalau aku tunggu kau sampai ke besok tak habis drama kau." Niel bangun dari tempat duduknya seraya mengeluarkan beg dompetnya dari seluar.
"La saya ingat awak nak suap saya tadi," gumam Hannah perlahan. Hampa dengan angan-angannya. Walhal cuma angan dalam lamunan je.
Niel mengatur langkah ke jurujual di gerai itu untuk membuat pembayaran. Tingkah Niel menjadi pemerhatian Hannah.
"Kenapa aku jadi angau ni? Kau hanya jadikan aku sebagai tempat kau melepaskan nafsu je, tapi kenapa aku harap kau anggap aku lebih dari tu, anggap yang aku ni sebagai sebahagian dalam hidup kau, bukan sebagai wanita simpanan tapi sebagai wanita yang bakal menjadi yang sah untuk kau."
"Tunggu apa lagi? Ke kau nak aku dukung kau?"
"Tak apa saya boleh berjalan sendiri." Ringkas jawapan yang Hannah berikan. Terlebih dahulu kakinya diatur melintasi Niel.
"Hannah!" Niel segera menyambar tubuh Hannah. Hampir sahaja kereta itu menghentam tubuh Hannah.
Dipeluk kuat tubuh Hannah sebaik mengenjak ke tepi. Baru dilepaskan sedikit tubuh Hannah, tubuh itu sudah melorot jatuh.
"Hannah kau okey tak?" Niel mulai cemas. Gelisah menujah halaman mindanya.
"Perut saya rasa sakit bila awak tarik macam tu tadi." Tertunduk-tunduk Hannah menahan rasa sakit yang terasa mencengkam perutnya tiba-tiba itu.
Niel meradang. Matanya terus tertumpu pada seorang lelaki yang menghampiri mereka dalam keadaan yang turut cemas dengan situasi itu. Dia melihat semula kereta yang hampir menghentam tubuh Hannah tadi. Pintu kereta itu terbuka luas, jadinya lelaki inilah yang punca ni.
"Ya Allah, maafkan saya, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak perasan..." Niel meluru ke arah lelaki yang beberapa langkah mahu mendekati mereka itu. Satu tumbukan padu dihempas ke wajah itu.
"Tak perasan abah kau! Kalau kau langgar dia, dia mati apa alasan bodoh lagi yang kau nak bagi?"
"Sabar Niel, kita bincang dulu." Satu suara menegur, cuba untuk membaiki masalah itu.
"Bincang apa lagi?" Niel membentak panas hati. Niel berpaling. Wajah tegang ibu saudaranya menjamah pandangan.
"Mak Usu..."
"Mak Usu nak kita selesaikan masalah ni dekat pejabat, masuk bilik Mak Usu, ada perkara juga penting yang Mak Usu nak bincangkan." Serius nada ibu saudaranya itu.
"Kamu lepaskan dia dan ikut Mak Usu," arah Puan Intan.
"Tapi Mak Usu Hannah..."
"Firhad, saya nak kamu bawa dia ke bilik rawatan. Pastikan awak segera laporkan kepada saya keadaan dia selepas mendapat rawatan." Puan Intan memberi arahan kepada Firhad selaku yang hampir melanggar Hannah tadi.
Berkerumun semua pelajar di depan gerai di dalam universiti itu. Jika dihitung bilangan yang menyaksikan aksi layangnya penumbuk Niel tadi, hampir kesemua pelajar universiti itu melihatnya.
Rasa jiwanya tidak langsung menentu apabila lelaki yang bernama Firhad itu mencempung Hannah. Kalau tidak kerana Puan Intan berkeras meleraikan pergaduhan itu sudah lama bersepai wajah lelaki itu dikerjakannya.
"BERITAHU Mak Usu siapa perempuan tu?" Tegang wajah Puan Intan. Puan Intan melangkah ke mejanya seraya melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya.
"Tak penting untuk Mak Usu tahu." Niel tidak tentu arah. Fikirannya ketika ini hanya memikirkan Hannah dan Hannah. Suara Hannah mengerang sakit tadi sudah cukup membuatkan hatinya gundah.
"Kamu tiduri dia kan Niel?" Niel tidak langsung terkejut akan pertanyaan itu, dia sudah dapat mentafsir bahawa Mak Usunya sudah tahu segalanya.
"Jawab pertanyaan Mak Usu Niel! Jangan sampai Mak Usu sendiri panjangkan hal ini terus pada papa apa yang kamu lakukan selama ini."
"Ya! Niel mengaku, Niel yang tiduri dia. Jika Mak Usu nak panjangkan hal ini kepada papa, panjangkanlah, Niel tak kisah lagi. Niel tak heran jika papa nak tarik semua yang dia berikan pada Niel, Niel juga tak kisah kalau papa dan Mak Usu nak pergi dari hidup Niel!
Selama ni papa dan Mak Usu tak pernah sikit pun nak ambil tahu pasal Niel, tapi selepas kematian mama? Baru nak ambil tahu tentang kewujudan Niel dan mama kan? Niel sudah puas hidup dengan keluarga seperti ni. Dah lama kan Mak Usu tunggu-tunggukan Niel akui semuanya ini kan?
Selama ni, Niel nampak, Niel nampak betapa teruknya mama di mata papa. Mama dihina, mama dikeji. Niel masih tak boleh lupa, papa sanggup katakan yang mama meninggal disebabkan kemalangan?" Niel ketawa sinis selepas ayat terakhirnya.
"Mama meninggal dalam kemalangan semua disebabkan perempuan jalang tu! Bukan hanya mama yang nampak, Niel juga ada masa tu, depan mata Niel sendiri, Niel nampak papa bersama dengan perempuan tu, buat apa lagi kan dalam bilik berdua kalau bukan tak buat perbuatan terkutuk tu! Disebabkan kehadiran perempuan tu dalam hidup papa, buatkan papa lupa siapa arwah mama! Buatkan sehingga papa sanggup menghina wanita yang bergelar isteri. Semuanya sebab perempuan tu! Sekarang, Mak Usu dah tahu kan semuanya? Sudah! Niel nak pergi ambil Hannah! Dia hidup baru Niel, selamanya hanya dia." Kendur suaranya menahan air mata yang mulai jatuh ke pipi.
Puan Intan yang mendengar setiap coretan yang anak saudaranya luahkan itu membuatkan bertakung penuh kolam matanya. Dia tidak dapat menidakkan setiap coretan itu, semua yang Niel katakan benar, sungguh perit rasa di hati mengingatkan dirinya yang dahulu yang berkeras ingin memendam segala kebenaran. Akhirnya semuanya berakhir dengan penyesalan, tiada guna lagi untuknya membongkarkan kebenaran, nasi sudah menjadi bubur.
"Sampai bila Niel? Sampai bila kamu nak permainkan hati perempuan macam Hannah tu? Bukankah dia yang kamu cerita sama Mak Usu yang kamu sayangkan dia malah kamu cintakan dia, tapi kenapa kamu ragut daranya? Kenapa kamu sanggup buat dia sampai hilang kehormatannya sebagai seorang wanita?" Lemah lutut Puan Intan menyembah lantai. Maafkan Mak Usu, Niel...
Sedekah vote please, sekurangnya author tahu cerita ni tak sendu.
YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomanceSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...