“Tolong apa Niel? Kau nak ke mana?”
“Hannah, aku rasa dia. Tolong papah aku ke kantin, aku tak tahu arah kantin.” Niel bersuara cemas meminta bantuan daripada Aisya.
“APA yang kauorang tak puas hati dengan aku? Apa yang aku buat?”
“Perempuan tak tahu malu memang tak akan mengaku yang dia dah jadi pelacur.” Kedengaran gamat suara yang menyokong.
“Kauorang memang gila, aku malas nak bergaduh. Jadi, tolong pergi. Jangan ganggu aku.” Hannah berjalan menuju ke meja makan yang telah terletak makanan untuk disantapnya.
“Orang miskin macam kau memang jual badan pada lelaki sebab hanya tu sahaja sumber pendapatan kau yang tinggi dan mampu sara hidup kau dan mak kau. Makan duit haram!” Langkah Hannah terhenti. Kata-kata itu menggores perasaannya membuatkan Hannah meluru mencekak baju perempuan yang cari gaduh dengannya itu.
“Kau ingat kau kaya kau ada hak untuk hina aku? Apa sebenarnya yang kau nak? Kenapa dengki dengan aku? Adakah kejayaan aku buatkan kau cemburu?”
“Kejayaan kau? Kalau kau berjaya kau takkan ulang semester banyak kali Hannah!”
“Aku ulang kerana hanya itu pendapatan aku.”
“Aku tahu semua rahsia kau Hannah, rahsia kau dah terbongkar dan lihat sekeliling kau, semua memandang kau! Kau hina! Itu sebenarnya tujuan aku kekal di tahun akhir ni, disebabkan kejayaan kau. Ya, aku cemburu kerana kau berjaya mencapai gred terbaik, dan keluarga aku bandingkan aku dengan kau.
Tapi, apa hebat kau? Kau hanya perempuan murah, sepatutnya keluarga aku bandingkan antara aku dan kau. Kau dah hilang maruah diri tapi aku tidak! Itu keburukan kau yang mampu membuatkan keluarga aku membuka mata seluasnya dan sedar yang pelajar macam kau tak layak berkedudukan di universiti dan kau hanya layak memegang sijil SPM dan hidup sebagai manusia yang dipandang rendah, kerana itu selayaknya.”
Hannah mula rasa malu. Ya Allah, orang sekelilingnya semua memandangnya dengan pandangan yang hina. Hatinya perit tercarik luka.
Semua yang mendengar setiap butir bicara itu semakin ingin tahu. Ada suara yang menjerit mendesak mahu cerita selanjutnya dan ada juga yang melemparkan kata-kata yang menyakitkan. Hannah diam. Matanya yang bertakung dengan air mata akhirnya tumpah meluak membasahi pipinya yang gebu itu.
“Kenapa kau diam? Kenapa kau tak menafikan? Dulu bukan main berlagak sebab kau dapat Sir Firhad, sekarang kau dah dapat hati dia kau tinggalkan dia. Sebab memang aku tahu sangat, Sir Firhad tak nak lakukan perkara terkutuk tu dengan kau sebab tu kau tinggalkan dia dan tidur dengan anak saudara Puan Intan, kan?”
Membuat mata Niel yang mendengar setiap butir bicara itu. Kejam betul budak ni, nasib dia harini memang dapat makan kaki dia dengan aku.
Niel menguatkan dirinya dan terus menerpa ke arah gadis yang mencetus pergaduhan dengan Hannah. Pedihnya hati dia melihat wajah Hannah yang basah dengan air mata.
“Kau bersuara lagi, aku akan pastikan Mak Usu aku buang kau daripada universiti ni, tak kiralah ayah kau datuk, tan sri ataupun pangkat tinggi. Kau patut cermin diri kau perempuan, ada ke nak perempuan yang memalukan perempuan lain depan semua ni?
Kau tak takut ke perkara ni jadi dekat kau? Kau dihina, sekeliling kau berbisik tentang kau. Kau akan rasa jika perkara ni jadi dekat kau.” Tangan Fatin dilepaskan dengan kasar. Bengang membelenggu dirinya apabila melihat Hannah dihina sebegitu sehingga jatuh air mata Hannah. Ini salahnya, berpunca daripadanya. Sungguh dia kesal. Kerananya Hannah dihina sebegini bahkan diperlekehkan.
“DAHLAH Na, janganlah nangis.” Niel memujuk lagi dengan nada yang paling lembut.
“Sebab awaklah saya nangis...” Teresak-esak Hannah menutur kata.

YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomanceSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...