🍁BAB 31🍁

2.2K 109 48
                                    

"HANNAH." Suara itu membuatkan Hannah pantas mengangkat kepalanya memandang pemilik suara tersebut, raut wajah Hannah berubah serta merta.

"Abang... Zahim..." Tergetar-getar bibir Hannah menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang bernama Zahim itu menghampirinya lantas memegang dagunya.

"Masih cantik." Hannah segera menepis. Dia cepat bangun dan berlari dengan kakinya terhincut-hincut.

"Jual mahal nampaknya adik abang ni." Zahim lantas bangun kemudian menapak dengan pantas untuk mengejar Hannah.

"Kau tak akan boleh lari daripada aku Hannah." Sepantas kilat lengan Hannah dicengkam sebaik sahaja jarak antaranya sangat hampir. Tubuh Hannah terus ditarik di dadanya.

"Saya merayu sangat dekat Abang Zahim, jangan apa-apakan Hannah. Tolong lah jangan..." Tercungap-cungap Hannah merayu serta meronta-ronta agar dilepaskan.

Bibirnya menggigil ketakutan apabila Zahim hampir menemukan bibir ke bibirnya.

"Tak guna!" Tengking satu suara seraya kakinya terus menerajang serta menghayunkan tumbukan padu pada Zahim yang cuba memperkosakan Hannah.

"Kau lagi Ishraff? Berani kau datang sini lagi? Kau nak mampus ke? Tak puas konco aku belasah kau ke hah?" Zahim mahu membalas tumbukan yang dilemparkan padanya daripada Ishraff namun tumbukan itu tersasar apabila Ishraff pantas menggunakan taktik mengelak.

"Kau silap besar la kalini!" Ditumbuk sekali lagi pada wajah Zahim.

"Kau tu yang silap, Hannah tetap menjadi milik aku!" Zahim tidak mengalah pantas tubuh Hannah ditarik oleh Zahim dengan kasar dan tanpa sengaja tubuh Hannah terjatuh ditepi sepohon besar dibelakangnya, mujur tidak terhentak di mana-mana kerana Hannah sempat menahan tubuh daripada terhentak.

Hampir terbeliak mata Ishraff apabila melihat Hannah diperlakukan sekali lagi seperti itu.

"Kau memang cari pasal!" Bertubi-tubi tumbukan dihempas diwajah Zahim. Longlai terus tubuh lelaki itu dikerjakannya.

"ISHRAFF, sudahlah tu. Awak kalau bertengkar lagi dengan pihak polis ianya lagi menambah masalah, biar polis buat tugas mereka. Lagipun diaorang dah tangkap Abang Zahim sepertimana yang awak saksikan lagi, kan?" Hannah cuba memujuk.

"Yelah, jom Hannah kita ke klinik. Keadaan awak perlukan rawatan." Ifran mendekati Hannah yang sedang duduk di tepi jalan itu. Dia berasa simpati dengan nasib yang menimpa Hannah apatah lagi masalah yang dilalui oleh Hannah.

"Ishraff, kaki saya kejang." Hannah hampir jatuh, mujur Ishraff memegang kedua-dua tangannya dengan pegangan yang kuat.

"Awak kena berdiri, Hannah." Hannah akur kerana terpaksa bersentuhan tangan dengan Ishraff kerana lelaki itu berpakaian lengan pendek.

"Awak kena kuatkan kaki awak Hannah." Hannah sekadar mengangguk. Dahinya yang berkerut menahan sakit sejak tadi, bertambah berkerut bila kesakitan menjalar di urat saraf di kakinya. Atau lebih tepat, urat tarik.

Hannah terjelopok nasib laju Ishraff memeluk tubuh Hannah dan perlahan-lahan membantu Hannah duduk di batu jalan.

"Saya tak boleh berdiri, kaki saya sakit."

"It's okay Hannah, just lunjurkan kaki awak. Awak boleh Hannah."

"Sakit..." Buat seketika Hannah tersentak. Kandungannya? Kandungannya baru masuk 2 bulan...

"Ishraff... tolong bawa saya ke klinik dengan segera. Tolong saya Ishraff." Tangan Ishraff digenggamnya memohon bantuan. Dia dilema rasa cemas. Fikirannya hanya pada bayi dalam kandungannya, walaupun tidak terasa sakit di mana-mana bahagian sekitar perut namun masih ketakutan menyelubungi minda.

KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now