DARI detik kali pertama Hannah bertemu dengan lelaki yang bernama Niel Ashraff sehinggalah ke hari ini, semuanya diceritakan pada Aireen.
"Kau kena sabar Anna," pesan Aireen berulang-ulang kali. Dia ingin menenangkan Hannah yang tidak langsung berhenti menangis.
Pilu hatinya mendengar apa yang dilalui Hannah selama ini, ternyata Hannah banyak berahsia dengannya. Hari ini barulah segalanya terbongkar. Sungguh ujianmu Hannah, terlalu berat.
"Aku tak kuat Reen." Tersedu-sedan Hannah sambil meluah.
"Ini mungkin ujian untuk kau, Hannah."
"Aku dah tak suci, Reen. Lelaki mana yang nak memperisterikan perempuan yang tak ada maruah ni lagi?" Hannah merintih sayu. Hancur hatinya bila saat kali pertama lagi dirinya diceroboh oleh lelaki yang bukan sedarah dengan dia itu.
"Aku nak kau minta dia kahwin dengan kau, kalau kau tak berani cakap biar aku yang berdepan dengan dia! Tak guna punya lelaki, senang-senang ja meragut maruah perempuan!" Aireen mula ingin mengamuk. Melihat mata Hannah membuatkan Aireen cuba mengawal kemarahannya.
"Banyaknya ujian kau Hannah..." Aireen sedih. Dia tidak dapat menahan sebak didada mendengar segala luahan Hannah. Akhirnya dia juga turut menangis seperti Hannah.
Dia terus memeluk Hannah. Bercampur baur perasaannya ketika ini.
"Hannah, kita buat laporan polis?" usul Aireen sambil berbisik ditelinga Hannah dan mengusap perlahan belakang Hannah.
Hannah terus merungkaikan pelukan.
"No! Please Reen, jangan."
"Tapi, kenapa Hannah? Dia dah ragut kehormatan kau, takkanlah kau masih nak membela dia lagi? Dia lelaki yang ragut maruah kau Hannah, ingat tu."
"Aku tak nak."
"Why Hannah? Kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dengan dia!" marah Aireen.
"Wana, Reen. Wana..." Akhirnya Hannah memberitahu sebab dia tidak lari dari Niel.
"Kak Wana?" Aireen terkejut .
"Ya, Reen. Dia ugut aku kalau aku tetap nak lari, dia akan buat sesuatu pada Wana."
"Jadi sebab ugutan remeh ni kau sanggup gadaikan maruah kau?"
"Aku dan ibu aku dah banyak hutang budi dengan Wana, Reen. Dia banyak dah tolong kami. Wana dah jumpa kebahagiaan dia dah sekarang ni. Aku tak nak benda buruk berlaku pada dia, aku sayang dia Reen macam mana aku sayang kau macam tu la aku sayang dia Reen. Mungkin betul cakap kau ni mungkin takdir untuk aku... untuk aku lalui." Aireen mengelap air mata Hannah dan memeluk erat sahabatnya.
MEJA pejabatnya dihempuk sekuatnya.
"Tak guna!" Niel meradang. Habis mejanya bersepah dengan kertas kerjanya.
"Kau milik aku!" Niel sudah menjadi seperti orang yang mempunyai masalah mental tahap tidak dapat dijangka.
KERUSI roda ditolak oleh Rauf dengan penuh rasa bersalah yang mengurungi di dada.
"Aufa, abang minta maaf. Tolong maafkan abang, Aufa." Rauf merayu memohon kemaafan pada Aufa. Dia turun melutut dihadapan Aufa yang menangis lesu.
"Sudahlah, jangan buat malukan Aufa la. Banyak kawan Aufa kat sini." Aufa menepis tangan Rauf yang cuba memaut tangannya.
Tengok kaki aku ni, nasib tak patah tau tak? Nasib tangan aku pun tak patah kalau patah tangan kau aku jadikan tangan aku tau! Err... peliklah pulak kalau aku ambil tangan dia, nanti kanan kecil, kiri besar.
YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomansSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...