🍁BAB 25🍁

2.8K 130 84
                                    

Baca Bab 24 dulu baru boleh faham Bab 25 ni, dah bukak tu bacalah ye dari awal sampai bawah. Hehehe thanks❤️✨

“Kau tak sudi?” Niel menyoal sekali lagi.

“Saya minta maaf Niel, saya bukan tak sudi.”

“Habistu?”

“Saya, saya...”

“Kau nak aku hantar rombongan meminang?” pintas Niel.

“Kan saya cakap ayah saya dan mak saya dah tak ada,” beritahu Hannah yang masih menunduk.

“Kau bagi alasan aje kan, kau tak nak aku jadi suami kau, kan?”

“Siapa kata tak nak?”

“Betul ni?”

“Betul. Tapi, ada syaratnya.”

“Apa syaratnya?” Laju Niel bertanya.

“Saya nak hubungan kita diredhai. Kalau boleh saya tak nak kita duduk serumah macam ni lagi. Saya takut awak tak boleh kawal nafsu awak.”

“Aku setuju, cepat kita pergi siap sekarang.” Niel menarik tangan Hannah.

“Buat apa nak bersiap? Kita nak pergi mana?” soal Hannah.

“Aku nak cari rumah untuk kita.”

“Saya tak nak berdua dengan awak dalam satu rumah selagi kita tak ada ikatan yang sah.”

“Aku tahu, aku nak cari bilik sewa untuk kau dan aku.”

“Kenapa awak sekali? Awak kan ada rumah ni untuk awak.” Hannah membalas.

“Aku tak nak berjauhan dengan kau. Biar kita tak serumah asalkan kau dekat dengan aku. Tepi rumah kawan aku bilik masih kosong. Sebelum tu kau jangan risau, kau takkan duduk seorang. Ada juga kawan perempuan yang lain.”

“Okey. Tapi Niel, lepas awak baiklah saya rasa kita pergi rumah sewa tu. Awak masih sakit. Tambahan pula, saya tolak awak tadi, mesti lagi sakit. Lebih baik harini awak berehat, saya tahu awak penat.”  Lembut tutur bicara Hannah.

“Kau kata tadi kau nak pergi universiti. Biar aku hantar.” Hannah menarik tangannya. Bibirnya masih tersisa senyuman nipis.

“Tak apa Niel, tak payah susah-susah. Saya boleh cari teksi, lagipun seberang jalan ada perhentian bas, teksi mesti akan berhenti dekat situ.” Hannah menolak tawaran Niel. Niel sakit. Dia tak nak bebankan Niel.

“Hannah, biar aku hantar. Tak jadi masalah pun, yang akan jadi masalah kalau kau lintas nak ke seberang tu. Bahaya, nanti benda tak baik berlaku susah Hannah,” ujar Niel masih berkeras dengan keputusannya mahu menghantar Hannah.

“Awak sakit Niel. Cuba bawa diri tu berehat. Awak cakap awak nak kahwin dengan saya, kan? Nak jadi suami, nak jadi pelengkap hidup saya. Jadi, awak rehat. Kalau apa-apa jadi dekat awak tak ke rugi tak dapat jadi suami saya.” Niel ketawa sinis.  Dia mencekak pinggang.

“Kau, nak sangat ke aku mati?”

“Eh taklah, saya nak main psikologi awak. Kalau saya cakap macam tu, awak akan mengalah dan berehatlah. Dah lah Niel, awak pergi masuk bilik lepastu rehat. Tidur je, nanti petang saya dah habis saya terus balik. Sebelum tu, tu atas meja ada bubur. Awak makan lepastu baru tidur.”

“Hannah, pontenglah sehari.” Niel mencapai tangan Hannah.

“Tak boleh la Niel, saya baru je masuk semester baru. Saya tak nak tertinggal pembelajaran saya, kalau saya tertinggal saya mungkin akan dapat rendah untuk ujian semester. Assignment pula bertimbun-timbun.”

KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now