SEJURUS bunyi enjin dimatikan Hannah terus terjaga. Terkejut tiba-tiba berhenti. Tidak sampai sepuluh minit dia terlelap dah tiba rumah umi?
Niel tidak menjawab. Dia hanya keluar dari kereta dan ke pintu di bahagian Hannah. Hannah terpinga-pinga apabila Niel menghulurkan tangan.
“Kenapa ni dan kenapa abang berhenti sini?”
“Abang ada surprise untuk Hannah.” Niel membisik.
“Abang ni, janganlah main-main. Kalau nak jumpa kawan beritahulah terus terang. Hannah boleh je tunggu dalam kereta.”
“Ya huriyah tak percaya abang ke?”
“Bukan tak percaya... Tapi... Surprise apa dekat rumah orang,” balas Hannah sambil matanya meliar melihat keadaan sebuah rumah dua tingkat itu. Keadaan rumah itu serta suasana sangat nyaman malah banglo dua tingkat itu tersergam indah seperti pemiliknya seorang jutawan.
“Ini rumah kita.” Berkerut dahi Hannah. Dia memandang wajah Niel semula meminta penjelasan.
“Rumah kita? Maksudnya...” Hannah terkelu. Dia sendiri tidak menjangka.
“Teratak Niel dan Hannah. Tak nampak ke tu?” Jari Niel tertancap pada papan kecil di laman.
Hannah menyambut tangan Niel yang dihulurkan dan menapak menghampiri laman yang jarak tidak beberapa jauh dengan kereta.
“Membazir je abang beli rumah ni. Kan kita boleh duduk rumah abang tu,” ujar Hannah. Sejujurnya dia terharu dengan kesungguhan Niel sebagai seorang suami untuk membahagiakan isterinya.
“Ini hadiah abang sempena perkahwinan kita. Rumah tu lain, rumah tu pemberian papa untuk abang. Sekarang ni, rumah ni syurga kita.”
“Cinta Hannah pada abang mula terpaut dekat syurga yang sana.” Hannah kembali memandang Niel.
“Tak apa nanti abang angkut bawa ke sini.” Hannah ketawa kecil mendengar gurauan Niel.
“Betul ke ni?” Hannah masih serba salah.
“Ya dear. Janganlah serba salah. Selagi abang kerja dengan papa, gaji takkan putus.”
“Anak manja.” Hannah menolak perlahan muka Niel yang mendekat. Dia tahu Niel cuba-cuba nak mengucup bibirnya.
“Bibir sayang tu haisy...”
“Hannah tak suka la abang ni, miang sangat.” Hannah meneruskan langkah menuju ke pintu utama.
“Hannah perlahan sikit jalan. Nanti jatuh.” Niel mengawasi.
“Nak lari dari singa miang macam abang.”
“Ye dear, singa miang ke apa ke abang tak kesah. Jangan lupa yang dalam perut dear ada Mia.”
“Ya Hannah tahu. Hannah yang bawa Mia Hannah tahulah. Dah, cepatlah buka pintu tu.”
“Jangan merajuk. Abang sayang Hannah. Mia pun abang sayang.”
“Tahulah.”
“Dah tahu kenapa macam marah je?” Niel merenung mata Hannah.
“Cantiknya abang...” Hannah terlopong.
Meliar matanya melihat ke setiap pelusuk rumah itu. Luas ruang tamu sebesar sebuah rumah teres bahkan barang perabot kelihatan kemas dan teratur. Lagi membuatkan Hannah terlopong apabila matanya singgah pada sebuah frame besar yang terletak di dinding ruang tamu.
“Abang, ni gambar nikah kitalah!”
“Ye sayang. Gambar nikah kita,” balas Niel seraya membalas pandangan Hannah.
YOU ARE READING
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
RomanceSebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia...