🍁BAB 13🍁

3.1K 143 12
                                    

"AUFA rindukan abang ke?"
Aufa segera memanggung kepala.

Takkanlah? Satu susuk tubuh berdiri di hadapan Aufa.

"Abang?"

Malunya! Nak lari la macam ni!

Aufa mula mengangkat kakinya. Hujan pun hujanlah janji tak malu.

Abang Niel! Aufa rasa macam nak pengsan je sekarang tau tak? Abang tipu Aufa!

Kalau boleh dia jerit memang dia nak jerit kuat-kuat, biar satu dunia dengar betapa dia malu. Ketika ini, situasi menunjukkan dia jelas beremosi dan merindui Rauf.

"Jangan lari Aufa, hujan!" halang Rauf seraya menyusun langkah mengejar Aufa.

"Stop! Abang... Tolong berhenti! Jangan kejar Aufa. Please... Aufa merayu!" Aufa menjerit sambil berlari.

Rauf tersenyum sambil mengejar. Setelah apa yang didengarinya jelas dan tepat. Betul! Ada peluang! Malahan cerah peluang itu.

"Abang sayang Aufa! Tolonglah jangan lari lagi daripada abang. Abang dah dengar semuanya."

"Aduh..."

"Aufa!"

"TERIMA kasih hantar sa..." Tergendala ayatnya apabila Niel keluar terus dari kereta.

Tangannya digenggam oleh Niel.

"Awak buat apa ni? Kenapa tak pergi tempat kerja awak dan kenapa ikut saya?"

"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku cium kang!" Niel sengaja berlagak serius seakan mahu mengucup pipi Hannah padahal sengaja. Mengusik memang dah jadi rutin hariannya.

"Asyik-asyik cium. Gatal!" gumam Hannah sendiri .

"Aku dengar." Niel mendekatkan bibirnya pada telinga Hannah membisik.

"Jangan."

"Apa yang jangan? Kau gila ke?" soal Niel lalu memberi senyuman pada yang sibuk melihatnya dengan Hannah.

"Awak tu asyik nak cium je." Kecil suara Hannah.

"Aku tak hingin pun nak cium kau. Aku cuma nak bisik."

CUP! Satu kucupan singgah di pipi Hannah. Bulat mata Hannah.

"Haisy..." Hannah sedar terlepas kemarahan. Dia lantas menekup mulutnya dan menunduk.

"Wah ada peningkatan? Kau nak melawan aku la pulak ea sekarang?" bisik Niel.

"Tak, tak!" Lekas Hannah menggeleng, takut.

"Mana dewan kau?" Tercongok-congok Niel.

Hannah entah macam mana fikirannya tidak langsung menerawang ke mana mana tapi peliknya fikirannya, hatinya semua tepat pada Niel. Kenapa ni? Tak, takkanlah, jangan Hannah jangan. Bisik hatinya menghalang segala rasa yang mula menghinggap.

"Kau dengar tak ni? Ni yang payah ni jadi lelaki hensem, pujaan ramai sampai kau terliur dah aku tengok."

Cis isi bakul masuk sendiri betul! Tapi memang betul pun!

"Awak suka perasan."

"Ya aku memang suka perasan. Aku pelik juga sebab apa aku ni suka perasan tapi yang lagi pelik bila kau perasan yang aku tengok kau sedangkan banyak lagi perempuan kat sini bukan kau je aku tengok." Sakitnya hati. Hannah mengerang kuat tangannya dari digenggam. Buat sakit hati ja!

"Kau nak pergi mana ni?"

"Ikut suka hati saya la." Hannah berjalan tanpa menghiraukan Niel. Malas nak layan lelaki mulut jahat tu.

"Allah!" Hannah terkejut besar apabila dia terjatuh disebabkan terpijak kainnya sendiri.

"AUFA!"

"Aduh sakitnya... dah mati dah ke ni? Terangnya cahaya ni pun, entah-entah dah masuk lubang kubur?" bebel Aufa tak henti. Jatuh pun nak bebel lagi. Aufa, Aufa.

Sepantas kilat Rauf menghampiri Aufa.

"Aufa bangun, Aufa... bangun," panggil Rauf seraya mengangkat kepala Aufa diletakkan di atas pahanya. Pipi Aufa sedikit ditepuknya.

Rauf panik.

Nak bangun ke tak nak? Tolonglab abaikan aku dan pergi. Ya Allah... malu sangat dah ni. Aufa meraung di dalam hatinya berulang kali. Alahai... bantulah hambaMu ini.

Aufa terus membuka matanya. Membulat besar matanya apabila tubuhnya terasa berada di awang-awangan.

Baru sahaja beberapa saat Rauf mencempung Aufa. Aufa terus menjerit tak mampu nak berlakon dah.

"Turunkanlah!"

Rauf yang terkejut akan bunyi suara jeritan Aufa, tanpa tidak sengaja dia terlepas tubuh gadis itu.

KEDENGARAN terbahak-bahak Niel Ashraff menghamburkan ketawa. Tak diendahnya langsung orang yang melihatnya, seperti pesakit yang baru masuk ke tanjung rambutan.

Hannah yang berair air mata langsung tidak diherannya

Ketawa Niel yang makin kuat itu dirasakannya seakan mengejeknya berulang tanpa henti. Melihat sikap Niel yang tak henti daripada tadi mengertawakannya membuatkan Hannah berkecil hati. Hannah mengelap air matanya yang jatuh.

Dia memandang Niel. Langsung tiada tanda-tanda mahu berhenti dari ketawa. Hannah mengelap sekali lagi air matanya dan bangun secara perlahan-lahan tidak mahu lagi ada di situ.

Hatinya benar-benar tergores, baru sahaja hendak melangkah pergi cepat-cepat Niel menghalang.

"Kalau nak sakitkan hati saya lagi lebih baik lepaskan saya, saya bukan perempuan macam perempuan yang pernah awak tiduri sebelum ni yang boleh tahan dengan perangai awak ni. Jadi lepaskan saya." Hannah mencuba melepaskan pegangan tangan Niel dari memegangnya. Kemerahan matanya akibat meluakkan air mata disebabkan sikap Niel itu.

Air matanya sudah merembes dipipi. Kenapa lah Niel memperlakukannya sebegini?

"Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku Hannah!"

"Selagi saya belum menjadi sah isteri awak selagi tu kita tak ada apa-apa pertalian hubungan pun!" Hannah mula membentak.

Dia terus melangkah, mujur Niel melepaskan tangannya.

"Kau jangan lupa Hannah. Kau takkan pernah terlepas dari aku, kau larilah sejauh mana pun kau milik aku!" Hannah memekakkan telinga. Dibiarkan sahaja Niel dengan amukkannya.

Dia sudah letih.

Letih dipermainkan... 

Hannah jalan tanpa arah, sekarang yang pentingnya dia tidak mahu wajah Niel yang terpapar di matanya.

Dia benci. Hargh!

Dia mengangkat kepalanya. Wajah sahabatnya berada beberapa jarak sahaja dengannya yang sedang sibuk bersembang dengan rakan yang lain, tanpa membuang masanya melencong ke tempat tanpa arah tuju lebih bagus rasanya dia meluah rasa pada sahabat baiknya.

"Itu Hannah la Aireen," kata gadis itu pada Aireen yang sedang bercerita. Spontan Aireen mengalihkan matanya ke arah Hannah. Aireen tersenyum gembira, ya sahabat! Baru kakinya setapak ingin menghampiri Hannah, Hannah lebih dahulu yang menyaingi langkahnya.

"Hannah. Ya Allah rindunya aku..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Hannah terus memeluknya tanpa berkata apa-apa hanya suara tangisan sahaja yang kedengaran.

"Hannah kau okey tak ni?" Cepat Aireen bertanya kerana kehairanan.

"Aku..."

KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁Where stories live. Discover now