DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Di bawah sebuah pokok yang rendang kelihatan seorang lelaki sedang berdiri membelakangi aku. Tubuhnya disaluti sebuah sut hitam yang cukup kemas. Cahaya bulan menerpa ke sisi kiri tubuhnya namun tak kelihatan wajahnya. Aku setapak mara ke hadapan, tapi pada masa itu juga hujan lebat membasahi bumi. Lalu dengan pantas aku membuka payung berwarna putih yang sudah berada dalam genggaman. Sepasang mataku kembali melihat ke arah pokok itu, lelaki itu sudah mahu beredar. Aku terus teriak. "TUNGGGGUUU!"
"TUNGGGU!"
"Eh kau ni dah kenapa terjerit-jerit?" sambil pipiku dia tampar beberapa kali.
Aku menggosok pipiku yang di tampar. "Kau ni Rara suka sentuh pipi aku. Your hand might have a lot of bacterias. Aku jerit tadi sebab mimpi jumpa dengan seorang lelaki tapi..."
"Tapi kau tak kenal!" sambil Rara mengangkat kening. "Ini bukan kali pertama kau mimpi macam itu. Macam selalu aku akan kata tu Joshua, boyfriend kau."
Aku menghembuskan nafas yang terlalu panjang dan melihat Rara berlalu keluar dari bilikku. Di dalam benak fikiran aku rasa itu Joshua tapi hatiku berkata itu insan lain. Mahu diabaikan tapi mahu tahu yang sebenarnya juga. Bantal-bantal yang ada di atas katil aku lempar ke bawah demi mencari sebuah telefon. Jumpa sahaja telefon terus aku WhatsApp Joshua.
TO : Joshua Kim 👻
Josh baby! Good morning, how are you today? I miss you so much!
FROM : Joshua Kim 👻
Hey Jane, good morning.
I'm doing good and I miss you more!
Get ready now, I'll pick up you at 9.Baru teringat hari ini ada lab yang terakhir untuk semester ini pada pukul 10. Malasnya! Nasib baik minggu depan dah cuti. Minggu ulangkaji konon, aku dengan Joshua dah rancang nak ke Pulau Pangkor. Aku kemas katil lalu segera bersiap.
2 minit sebelum pukul 9 Joshua dah sampai dekat bawah, tak berhenti-henti dia call. Aku tak mengangkat pun. Lagipun jarak kondo aku ni dengan kolej tak terlalu jauh pun. Rara tinggal dengan aku sejak semester 1 lagi. Aku sudah tidak mempunyai ibubapa sejak kecil lagi, kondo ni milik abang aku yang dia hadiahkan kepada aku selepas SPM. Abang aku jarang balik Malaysia sebab kena uruskan bisnes arwah papa dekat luar negara. Mujurlah parents Rara ni baik hati, bagi dia tinggal dengan aku.
Pintu lif terbuka luas, di situ juga berdirinya seorang lelaki memakai kameja berwarna biru gelap dan jeans berwarna hitam pekat. Dia juga turut memperbetulkan rambutnya yang menyentuh dahi. Lalu dia tersenyum. "Dear.. kenapa tak angkat I call? I risau lah."
"Tepi, kang pintu lif ni tertutup I naik masuk rumah." Aku menolak Joshua ke tepi lalu terus menuju ke keretanya. Dia hanya mengekori aku daripada belakang.
Di dalam kereta sudah pasti selain daripada radio pasti ada benda lain yang berbunyi iaitu mulut Joshua. "Dear.. kenapa tak angkat I call? I tanya dah lama you jawab pun tak. Kata rindu I tapi macam ni pula buat perangai. By the way how's your presentation yesterday?"
"Okay listen! I sengaja tak angkat sebab nak bagi you lagi rindu. Presentation berjalan dengan lancar."
Joshua terus menyentuh tanganku yang berada di atas pahaku ini. Perlahan-lahan jari-jemarinya berada di celah jari-jemariku, dia genggam tanganku. "What if one day, I lost the chance to hold your hand like this?" Matanya fokus kepada pemanduan.
Aku pandang wajah dia. "Don't be so ridiculous!" Dia terus ketawa setelah mendengar aku berkata sebegitu. Bagi aku tak masuk akal kalau dia kata aku buat lawak.
"Jane baby.. I'm just teasing you. Next Sunday, kita pergi Pulau Pangkor. Kita stay dekat rumah uncle I jelah erk."
"They will be fine if they know that I'm not Chinese?"
"Perlu ka diorang tahu? Diam sudah la." Dia tersenyum padaku. Kereta juga diberhentikan setelah dipakir dengan eloknya. "I told them that you're my girlfriend and you're Chinese but can't speak any Chinese's slang fluently because your mother tongue is English. Okay with that?"
"Thank you so much Joshua. I love you." Aku terus mencium pipinya.
Dia mencium tanganku yang masih digenggam. "I love you more Jane."
Keluar sahaja daripada perut kereta, bahuku dirempuh satu susuk tubuh dengan kuatnya sehingga jatuh terduduk aku. Joshua pantas menghampiri aku lalu membantu aku untuk berdiri.
"Bro.. you dah kenapa?" Soal Joshua kepada lelaki yang langgar aku itu. Dia memakai sweatshirt berwarna putih, mask berwarna hitam dan topi hitam. Tak kelihatan wajahnya. Dia hanya mengangkat tangan sambil menundukkan kepala kepada kami, selepas itu dia berlalu pergi.
"What a very crazy dude!" Bentak Joshua.
Aku menarik hidung Joshua. "I okay ja dekat sini. You nak marah apanya? Chill lah handsome."
☔🌂☔🌂☔🌂
Ketika di dalam makmal, aku masih meneliti satu per satu prosedur yang terlulis dalam laporan makmal aku itu. Walaupun sudah dibaca, aku harus baca sekali lagi supaya lebih memahami. Kumpulan lain terdiri daripada 3 orang manakala aku dan Joshua sahaja alhi kumpulannya 2 orang sahaja. Joshua yang duduk di sebelah aku tak habis-habis dengan telefon dia sahaja.
"Good morning class, how are you today? Of course you will be fine because today is your last lab with me.. right?" Kata Madam Emma dengan lebarnya. "Today we have one person who will join our lab session, because he isn't attend during lab last week. He is from another course. I hope all of you don't mind. Okay!?"
Pintu makmal dibuka dan kelihatan kelibat seorang lelaki yang masih segar di ingatan. Joshua terus mencampakkan telefon ke atas meja. "Ehh dia ni bukan ka..."
![](https://img.wattpad.com/cover/177550557-288-k929387.jpg)
YOU ARE READING
H U J A N
РазноеWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...