HUJAN 6

13.5K 78 6
                                    

DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋

Ke depan dan ke belakang lalu berulang kembali arahnya. Aku dan Joshua duduk di atas buaian sambil melihat bulan pada malam ini. Langit tak terlalu berseri dengan kehadiran bintang, mungkin mereka juga mengerti apa yang aku rasa. Cahaya bulan menerpa tepat pada wajah kami berdua.

Bahu kiriku rapat pada dada bidangnya, tangannya melurut ke atas dan bawah pada bahu kananku. Air mata ini terus-terusan membasahi pipi, kerana kini aku tinggal aku.

Abang meninggalkan aku kerana penyakit kanser hati. Hampir 3 tahun dia menderita disebabkan penyakit tersebut tapi dia rahsiakan daripada aku. Aku ni langsung tak sedar yang dia tak sihat. Adik apa aku ni?

"Dear... I tahu ini kehilangan terbesar yang pernah you alami selepas kematian parents you. Abang you mesti tak nak tengok adik dia bersedih macam ni. Dia sayangkan you lebih daripada you sayangkan dia, Jane." Tak lama selepas itu Joshua mengucup dahiku perlahan-lahan. Terasa kehangatan kucupan itu, mata aku pejam seketika namun air mata tak mampu aku sekat.

"I sebatang kara." ujar aku tanpa sebarang rasa.

"You have me, Jane. I won't be able to stay away from you even for a minute." Pujuk Joshua lagi.

Tangan aku letak tepat pada dada Joshua. Aku sendiri tak pasti kenapa aku berbuat demikian, tapi yang pasti aku memerlukan sokongan. Aku kehilangan insan yang aku sayang, yang besarkan aku, yang ajar aku erti kehidupan... segalanya dia.

Joshua menghembuskan nafas. "Both of us ada memori indah dengan abang you. I'm the only child in my family. For me he is also my brother. He treated me well like I used to know him since I was born. Even though he knew I'm not Muslim and your boyfriend. He gave me all his trust. For sure, I can't betray him."

Wajah aku angkat sedikit melihat Joshua yang fokus memandang bulan. "Do you still remember our first met dekat Taiwan dulu? For me it was a tragedy."

"Of course!" Joshua tersenyum manis.

10 years ago : Taiwan ⌛

Aku mundar-mandir dalam bilik hotel ini sehingga setiap inchi sudah aku teroka. Abang pula sudah keluar kerana ada urusan perniagaan. Ini pertama kali aku ke luar negara dengan abang berdua. Hal ini kerana, pengasuh aku terpaksa ambil cuti mengaja anaknya yang sakit di kampung. Abang pula ada urusan jadi terpaksalah aku ikut.

Taiwan? Sungguh cantik dan mendamaikan. Sumpah tak menyesal ikut abang. Aku ambil keputusan untuk turun ke bawah. Kaki ini laju sahaja keluar dari hotel. Di hadapan hotel terdapat sebuah kedai bunga. Kiri dan kanan aku toleh, setelah pastikan semuanya selamat. Aku melintas.

"Hello, can I get this Gypsophila bouquet." Ujar aku kepada seorang penjual bunga lingkungan 50an sambil jari aku tunding ke arah bunga tersebut.

Mak cik itu langsung tak hiraukan aku. Dia ada pandang aku tapi dia tak datang pun melayan aku sebagai pelangannya. "Hello?" Aku bersuara lagi tetapi tidak disahutnya walaupun dengan sebuah senyuman.

Beredarlah seketul Jane, kanak-kanak yang berusia 11 tahun dari kedai tersebut. Hati mana tidak hampa benda yang diingini tidak dapat ditambah pula dengan penjual bunga itu tidak layan.

Tak lama selepas berjalan, aku nampak sebuah cafe yang belum dibuka. Di luar cafe itu ada kerusi dan meja, aku singgah sebentar. Melayan perasaan punya pasal air mata pun membasahi pipi. Tapi cepat-cepat aku lap. Malu!

"Girl? This pretty bouquet is for you." Seorang kanak-kanak lelaki sebaya dengan aku hulurkan Gypsophila yang cantik diikat reben berwarna putih. Tanpa rasa segan silu aku terus mengambil daripada dia. Dia duduk di hadapan aku sambil tersenyum.

"You're foreigner right? Maybe you call it as Gypsophila but here we call it baby breath."

Air mata yang bersaki baki aku lap hingga habis. Mata aku hanya pada bunga tersebut, berasa terlalu teruja dan seronok. "I want to say thank you."

"You're welcome. My mom said if we treat people nicely. They will love us. Friend?" Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Sure.. why not!" Aku sahut salam dia. "I'm Jane." Balasku lagi.

"I'm Joshua."

Dia memandang aku. "Where do you stay?"

"I stay at a hotel nearby.. with my brother." Jawabku sambil menyentuh bunga-bunga yang masih di tangan dengan pipi.

"Okay then, hmm let's go back to your hotel. Who knows your brother is waiting for you." Dia sudah berdiri di sebelah.

Mata aku terbuntang, otak aku ligat berfikir. Aku menangis sekali lagi. " I forgot my hotel's name."

"Seriously?"

Kami berdua berjalan mencari hotel aku semula. Setiap kali tiba di mana-mana hotel Joshua akan bertanya hotel inikah kepada aku. Samaada aku geleng atau menangis semula. Kalau aku tak jumpa hotel aku semula takkan aku nak hidup seorang diri dekat sini.

"Don't worry Jane. I will help you." Joshua memegang tanganku. Kami jalan beriringan sehinggalah kami tiba semula di hadapan kedai bunga yang membawa kekecewaan kepada aku tadi. Itu punca!!! Aku berjalan melayan perasaan sampai tak tahu jalan balik.

"Joshua.. that's my hotel." Aku tunjukkan kepada dia.

Kami lintas jalan. "Lorh dekat sini saja maaa. Ingatkan mana tadi."

Aku pandang wajah dia lama. Dia gelak kepada aku. "I thought your hotel is far from that cafe."

"Saya terkejut awak cakap Bahasa Malaysia. That's my language."

"My language too. I'm Malaysian same like you, Jane. Tapi saya membesar di sini."

Kelihatan kelibat abang menghampiri kami berdua. Perlahan-lahan abang melutut, bibir abang terukir senyuman tetapi matanya berkaca. "Mana Jane pergi puas abang cari? Siapa bagi bunga?"

Aku menjawab sambil menghala bunga pada abang. "Pergi jalan-jalan dengan Joshua niiii. Dia bagi bunga dekat Jane. He's so sweet."

"Hi Joshua? I'm Jane's brother. Nice to meet you. Thank you because willing to be my lil sister's friend."

"Hi Jane's brother." Joshua senyum kepada abang.

"Okay Joshua. We have to go. Hope to see you soon."

Aku melambaikan tangan kepada Joshua sebelum memegang tangan abang. Joshua menuju ke arah aku lalu dia mencium pipi aku. Baru dia beredar selepas itu.

Abang tersenyum lalu berkata. "He likes you and he is a loyal person. I can see that." Abang ketawa besar selepas itu.

"Josh sesungguhnya waktu tu I tak faham apapun. Itu kali pertama dan terakhir kita jumpa sehinggalah 10 tahun kemudian... kita masuk kampus yang sama. He could see that one day you will be mine."

"He is an angel. Disebabkan tragedi lama itulah, I rapat dengan dia. All my secrets with him." Balas Joshua.

"Secrets??"

Joshua memilih untuk berdiam diri.

H U J A NWhere stories live. Discover now