DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Joshua's POV
Buka sahaja sepasang mataku kelihatan beberapa helai kertas bertaburan di atas lantai. Sehelai demi sehelai aku kutip, ayat yang aku tulis semuanya ketika situasi aneh. Mana tidak anehnya kalau aku rasa serabut, hati tak tenang, pasti ada saja yang meluncur dari tanganku seolah-olah aku dikawal.
Lepaskan perahu untuk cinta, labuhkan sauh perahu dendam.
Mati seketika atau mati selamanya. Sesungguhnya hatimu lebih mengetahui.
Pantas aku capai telefon yang ada di dalam kocek. Semalaman aku tidur tanpa mengeluarkan telefon daripada kocek seluar. Perasaan risau dan rindu semuanya ada untuk si dia, sejak aku balik Taiwan kami jarang berhubung. Tak pasti apa yang menyebabkan aku sibuk sangat. Atau mungkin aku saja buat-buat sibuk. Yang aku pasti sibuk melayan kerenah orang daripada diri sendiri.
TO : JANE 😍
DEAR? How's Malaysia? Everything is fine? I wish I can cuddle you now. Arghh, kiss your cheek. Tarik-tarik hidung.. God! So much miss for you.
Jane tak online. Rasa sedih menyapa hati, pada masa yang sama aku keliru. Kenapalah banyak sangat ayat-ayat yang mengelirukan bermain di minda? Apakah ini petanda apa yang Abang Jibril kata bakal berlaku?
A year ago : Malaysia ⌛
Setelah cukup 3km berlarian rasa tercunggap-cunggap juga. Dadaku sudah mula naik turun. "Abang can we stop for a while? Lama tak lari. Penat."
Jibril Quzairi, abang kepada Jane merangkap bakal abang ipar aku. Hubungan kami persis adik beradik kandung segala rahsia kami kongsi bersama. Rahsia lelaki yang tak mungkin Jane faham.
"Haa jom rehat dekat kerusi tu. Low lah stamina kau ni Josh." Sambil dia ketawa kecil. Dia jalan dahulu, aku mengekori dia dari belakang. Lalu kami pun melabuhkan punggung. Dua-dua memilih untuk diam seketika.
Beberapa kali Jibril menarik nafas panjang sebelum dia batuk kecil. "Josh, abang ada benda nak cakap dengan kau."
"Tentang apa?"
Tadi pandangan Jibril jatuh ke tanah, kini dia mengangkat pandangannya ke mukaku perlahan-lahan. Dia memberikan sebuah renungan kosong. "Abang dan Jane."
Mata aku sudah mula membesar, fikiran aku terus kosong. Aku mula rasa berdebar.
"Josh apa yang kau nampak dengan mata kau bukanlah semuanya betul."
"Hah?"
Sekali lagi Jibril menarik nafas panjang lalu dihembuskan. "Hidup kami tak sempurna kerana satu sumpahan. Sumpahan yang berganti-ganti. Cinta hati abang mati kerana sumpahan itu. Abang pun dah tak lama. Abang penghidap kanser, sumpahan akan beralih kepada Jane." Jibril berhenti.
Perasaan aku berbaur antara sedih dan takut. Sedih akan penyakit yang dihadapi oleh Jibril dan takut akan sumpahan tersebut. "Abang tolong jelaskan lebih dalam. Josh tak faham. Apa semua ni?"
"Abang sendiri tak pasti sejak bila kami kena sumpahan ini. Tapi semuanya abang dapat tahu bila terjumpa diari lama arwah mama. Ada sepucuk surat tanpa nama penghantar terselit dalam diari mama, yang menulis anak kepada mama dan papa takkan ada seorang pun yang akan bahagia. Dendam bakal menghantui mereka secara rela atau tidak. Pada mulanya abang ambil tak endah sehinggakan Kak Tiara pergi meninggalkan abang. Barulah abang faham dan sedar benda itu sebenarnya berlaku dan sumpahan itu hidup." Beberapa titis air turun daripada mata Jibril.
"Mimpi! Ya mimpi, sebelum apa-apa berlaku setiap mereka yang bakal terlibat akan mendapat mimpi yang aneh. Mimpi yang korang sendiri takkan faham. Abang dapat tahu daripada Rara yang Jane selalu mimpi yang bukan-bukan. Selain itu, fikiran dan hati juga tak dapat dikawal dengan baik."
Aku menepuk bahu Jibril. "Abang pernah dapat apa-apa mimpi ka sebelum Kak Tiara meninggal?"
Jibril menganggukkan kepalanya. "Mimpi yang dia diculik oleh seorang lelaki. Waktu tu hujan lebat, Tiara jatuh. Abang cuba nak dapatkan dia tapi lelaki tu lebih cepat angkat dia dan berlalu pergi."
"Pembunuh Kak Tiara belum ditangkap kan?" Soalku.
"Belum. Sebab tiada bukti yang kukuh nak sabitkan sesiapa. Josh, abang sakit dan bila-bila ja boleh pergi. Jangan ceritakan hal ini kepada Jane. Tolong abang! Jagakan Jane sebaik-baiknya. Sejujurnya abang tak yakin siapa cinta sejati untuk Jane. Tapi setiap hari abang berdoa supaya Josh cinta sejati Jane. Yang bakal selamatkan dia daripada sumpahan tu." Dia terus memeluk aku dan menepuk belakang badanku. "Janji?"
"Abang banyak cakap harini." Aku cuba redakan keadaan. "Semoga abang dapat bertahan dengan penyakit ni. Kita sama-sama jaga Jane. Josh janji untuk jadikan Jane nyawa Josh."
⏳
Aku ni siapa dalam cerita ini? Adakah aku cinta sejati Jane? Tapi aku pernah buat dosa dahulu. Kejap, berdosa dahulu tak bermakna berdosa selamanya. Aku tersenyum kelat sambil menilik kertas seterusnya yang bertulis.
Hidup atau mati dia ditentukan oleh si dia. Si dia itu.. tubuh yang merangkul pen dan kertas ini.
Dushhh!
Kepala aku sakit yang teramat sangat. Telingaku terasa terlalu pedih rasa bagaikan nak pecah. "SAKITTTTTT!"
"Kau dah lakukan banyak perkara untuk selamatkan dia. Mungkin kali ini tidak lagi."
"Kenapa kau kembali? Janji tak nak kacau aku lagi. Pergi!!""Tolonglah pergi!!! Aku dengan Jane tengah bahagia." Rayuku lagi.
☔🌂☔🌂☔🌂
Jane's POV
TO : JOSHUA 👻
Hui, you nak tanya tentang I ka Malaysia? Kalau Malaysia tengok tv, check news ka bukan tanya I! 😂
Ada lagi satu mesej.
FROM : PRIVATE NUMBER
JANE? I'm Khail. Are you free? Jom lepak. Nanti I share location dekat you.
TO : PRIVATE NUMBER
Sure. 1430!
Khail ni ada apa-apa ka nak jumpa aku. Tapi sekurang-kurangnya terisi la juga masa aku dengan sesuatu daripada asyik makan dan tidur ja. Aku bingkas bangun. Kemas bilik dan mahu ke bilik air, telefon aku berdering tanda ada mesej yang masuk.
FROM : PRIVATE NUMBER
INDAH MALL 🌐
Indah Mall? Dekat mana ni? Tak pernah tahu pun pasal pasar raya ni. Mungkin aku ja kot yang agak ja.. kun.
YOU ARE READING
H U J A N
РазноеWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...