DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Mata terasa cukup berat untuk dibuka tetapi aku gagahi juga. Setelah berjaya membuka mataku, terasa silau pula. Cahaya tepat menikam ke dalam mata mungkin kerana tadi aku pejam terlalu lama. Anehnya aku terbaring di atas sebuah katil bujang.
"Jane..." aku disapa oleh seseorang. Suara itu aku macam kenal tapi tak mampu meneka siapa pemilik suara tersebut.
Sehinggalah susuk tubuh itu mendekati aku, dia berdiri di sisiku. Dia memakai jaket kulit berwarna hitam dan tshirt hijau lumut di dalamnya. "Jane you dah sedar?"
"Khail? Apa dah jadi ni? Bukankah kita sepatutnya jumpa harini?"
Rambutku diusap oleh Khail beberapa kali. "Ya, memang sepatutnya kita jumpa tapi tu beberapa hari lepas. You kemalangan dan hampir 3 hari you tak sedarkan diri." Jelas Khail padaku.
Mata aku meliar mencari seseorang, hati aku berharap dia ada bersamaku sekarang. "Josh dah tahu pasal ni? Mana Josh? Dia ada datang?" Soalku pada Khail.
Khail memandang aku, mata dia redup sahaja lalu dia menggelengkan kepalanya. "He said that he couldn't make time for you. He is really sorry."
Air mata aku tak mampu halang lagi. Hati rasa berkecai remuk semua cukup. Tak tergambar apa yang aku rasa waktu ini. Orang yang aku sayang tak ada waktu aku betul-betul perlukan dia. Aku kemalangan bukannya tengah berseronok yang dia tak boleh nak ada dekat sini. Tergamaknya Joshua buat aku macam ni.
Aku mengangkat tangan untuk mengesat air mata. Belum sempat aku berbuat demikian, Khail lebih pantas mengesat air mata aku dengan sapu tangan. "It's okay Jane. I'm here. I might be not your boyfriend but at least accept me as your bestfriend. I'll take care of you."
"Thank you Khail." Aku hadiahkan dia sebuah senyuman. Mungkin fake smile!
"Joshua ada benda penting la tu nak kena settle. You jangan fikir bukan-bukan pula. Okay?" Sambil dia betulkan rambutku.
"Hmmmm.." balasku. Walaupun aku rasa kurang selesa dengan kehadiran Khail tapi aku tak mampu nak halau dia. Sepanjang aku terlantar tak sedar diri mungkin dia yang menanti aku untuk sedar. Yelah kalau bukan dia yang tunggu takkan la buka mata ini dia dah ada. Aku cuba hargai dia walaupun janggal.
Khail menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Beberapa kali dia senyum, bagi aku cukup manis untuk mana-mana wanita untuk jatuh cinta terhadap dia. Khail juga memiliki sepasang lesung pipit dia pipi kanan dan kirinya. Tetapi tidak mungkin aku akan jatuh cinta, kerana hatiku milik Joshua Kim. "Kenapa you senyum-senyum ni?" Soalku sambil acah-acah marah.
"Amboi! Nak senyum pun tak boleh ka?" Sambil dia mencuit bahu kananku dengan jari telunjuknya.
Aku pandang tepat ke wajahnya. "Bukannya tak boleh. Cuma I pelik you senyum tak bersebab. Curious! Tahu curious?" Lalu aku ketawa kecil.
Dia meraut wajahnya. "You lah... sakit pun masih cantik. Bidadari ka?"
"KHAILLL! You baru sedar ka I cantik? Yup, angel. Your angel." Lantas aku terus ketawa. Dalam hati aku sendiri berkata sakit-sakit pun menyempat erk seketul Jane ni mengedik.
Riak wajah Khail berubah kepada terlalu gembira kepada sedikit muram. Khail turut pandang tepat ke dalam mataku. Hati aku rasa berdebar, badan pun kaku. Dia merapati wajahnya pada wajahku dan matanya masih tepat memandang mataku. "Call me Hud by that I akan rasa kita lebih rapat. Kan you angel I..." dia senyum lalu terus mengalihkan pandangan dan wajahnya.
"Hud Mikhail." Sengaja aku sebut nama penuhnya dengan niat untuk bergurau.
"Ya sayang. Nak makan apa-apa?"
"You tak perlu susahkan diri you untuk jaga I. I'm okay and thank you so much... Hud!" Balasku ringkas. Gurauan dibalas dengan guraun. Tapi kalau panggil aku sayang itu bukan gurauan.
"I nak jaga you dengan rela hati bukannya kena paksa dengan sesiapa. You tak suka ka? I keluar, nak apa-apa panggil." Balasnya sebelum bangun meninggalkan bilik wad ini.
"Hud Mikhail merajuk ka?" Kataku di dalam hati.
Aku menampar pipi aku sendiri. . . "Itulah kau Jane tak tahu nak menjaga hati orang langsung. Gagal! Kesian dekat si Hud, kalau dia tak maafkan kau berdosalah kau seumur hidup. Nak ka Jane?" Sambung aku sendiri lagi.
☔🌂☔🌂☔🌂
Matahari sudah terbenam, bulan sudah mula menerangi malam. Telefon aku letakkan di atas peha yang sedang berselimut. Seharian aku habiskan masa dengan bermain telefon saja cuma 3 jam sekali akan ada jururawat masuk untuk check tekanan darah dan tahap kelajuan air yang masuk ke dalam badan.
Jam di dinding menunjukkan tepat 20:00. Lagi 30 minit aku kena makan ubat. Atas meja sebelah katilku ada makanan yang siap terhidang dalam pinggan. Mungkin yang hospital sediakan.
Aku ambil sudu dan garfu yang ada dalam laci meja tersebut. Ada nasi putih dan sup sayur. Jadilah, anggap ja rezeki malam-malam. Ada orang baik nak jaga tapi terkerek pula.
Tengah seronok makan tiba-tiba "Aduuhhh..." aku telan makanan yang masih berbaki di dalam mulut. Perlahan-lahan aku buka mulut, darah menitis ke atas riba aku. Kepala aku dah mula pening lepas tengok darah yang menitis itu.
Dengan pantas aku menekan loceng kecemasan.
☔🌂☔🌂☔🌂
"Cik dah sedar? Syukurlah." Kata jururawat yang sedang tersenyum dekat aku. Sambil itu ada la dia menilik fail rekod kesihatan aku."Nurse... I pengsan ka?"
"Ya, awak takut darah ka? Sebenarnya bahagian labial frenum awak terkoyak. Sebab itu bila awak makan berlaku pendarahan."
Dia menepuk bahuku. "Saya kesian dekat tunang awak dekat luar tu. Dah banyak malam dia tak tidur sejak awak kena tahan wad, dia selalu nampak rusing ja dekat luar. Ada la beberapa kali saya kata masuklah jaga awak dekat dalam. Dia kata dia tak sampai hati nak tengok awak tak sedar diri."
"Tunang?"
"Yelah tunang awak, Encik Mikhail tu." Dia berdehem sebelum menyambung kata-kata lagi. "Semalam waktu awak bleeding dan pengsan tu. Saya syak dia menangis sebab mata dia ada basah-basah dengan merah-merah. Sweet lah dia, sayang betul dekat awak." Fail rekod kesihatan ditutup. "Saya keluar dulu. Get well soon."
"Thank you nurse."
TO : HUD MIKHAILBro? Masuk! I nak jumpa 👉👈

YOU ARE READING
H U J A N
РазноеWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...