DON'T FORGET TO VOTE, ALSO GIVE FEEDBACK THROUGH COMMENT! 💋
Setahun kemudian : Jepun
Sepasang kakiku menapak keluar daripada rumah. Hoodie berwarna putih aku pakai bersama legging berwarna hitam. Sepasang kasut sport berwarna turquoise, kasut ini Hud hadiahkan. Setiap kali pakai sahaja kasut yang Hud bagi ini hatiku pasti berbunga-bunga. Seronok mungkin.
Disebabkan aku ambil cuti panjang dan tak tahu nak buat apa dekat rumah, aku pun keluarlah bersiar-siar berdekatan dengan rumahku. Aku terus mula berlari-lari anak sebab sebelum keluar tadi aku sudah lakukan senaman ringan.
Walaupun sudah setahun aku di Jepun tapi aku masih belum jelajahi negara matahari terbit ini sepenuhnya. Keputusan untuk berkerja di Jepun bukanlah satu keputusan yang mudah dibuat. Dek kerana ingin lupakan perkara yang pahit, aku nekad. Nekad itulah yang membawa aku ke sini.
Di sebelah kiri aku ada sebuah taman bunga manakala di sebelah kanan pula sebuah tasik yang terbentang luas. Ramai juga yang ada maklumlah hujung minggu namun tetap ada ketenangan. Aku pandang sekeliling, pandangan aku terhenti disaat dapat mengencam tubuh badan sasa dan tinggi yang berada lebih kurang 100 meter dari aku.
Aku menggorak langkah ke arahnya. "Hey bro?" Sambil aku menepuk perlahan belakang badannya.
Dia menoleh badannya ke arah aku tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu turut memakai topeng muka berwarna hitam. Jadi aku hanya dapat melihat matanya yang berwarna coklat cerah. Dia merenung ke dalam mataku lalu mengangkat kening sebelah kirinya.
Bahu aku ditepuk daripada belakang. "Jane." Aku terus toleh. "EH!! Hud."
Pandangan aku alih ke arah lelaki yang aku jumpa pada mulanya. Ternyata dia sudah tiada di situ. "Mana dia?" Ujarku.
"Dia? Siapa Jane?" Soal Hud padaku.
"Tak ada siapa lah. Lama dah you dekat sini?"
"For an hour. Jane I miss you. Nak hug..." Hud kenyit matanya lalu mendepakan tangannya.
Aku menolak bahu dia kuat. Hud terus ketawa, memang tidaklah aku nak peluk dia. Sepak boleh!
Hud Mikhail! Kerjaya kami berbeza dan tempat kerja juga berbeza, tetapi Hud tetap nak tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan aku. Perjalanan aku ke tempat kerja lebih kurang 20 minit manakala dia hampir sejam lebih. Katanya demi keselamatan aku, dia sanggup. Padahal sebelum ini dia dah ada rumah yang memang dekat sangat dengan tempat kerja dia.
Aku bersyukur kepada tuhan dikurniakan lelaki sebaik Hud Mikhail di dalam hidupku. Namun begitu, hatiku masih dimiliki oleh Joshua Kim. Hud sabar menanti saat aku menerima cintanya padahal dia sudah jelas tidak mungkin hal itu untuk berlaku.
☔🌂☔🌂☔🌂
"Pada saat mata bersatu, jantungku berdegup kencang. Siapa kau? Siapa kita?" Kata seorang lelaki yang sedang memegang tanganku erat. Wajahnya tidak kelihatan, cahaya bulan penuh malam ini juga tidak membantu penglihatan aku.
Lelaki itu segak memakai sut berwarna hitam. Tanganya masih lagi erat memegang tanganku, aku meneliti tangannya. Pada pergelangan tangannya betul-betul di atas nadi, ada satu tatu bercorak bulan sabit.
YOU ARE READING
H U J A N
عشوائيWarning! 🔞 Hidupku tidak pernah dicalit oleh sebarang duka sehinggalah sebuah mimpi bertamu. Mimpi yang membuatkan aku terfikir setiap saat tentangnya. Mimpi yang penuh tanda tanya samaada kebahagian atau kedukaan yang bakal bertandang. Novel! Ya t...